Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Tahniah. Ini Blog Terbaik dari Ladang!

Assalamualaikum.

Apa khabar? Terima kasih kerana sudi singgah blog aku ni. Mungkin jugak korang tersesat ke sini. Tak apa lah. Yang penting korang boleh baca dan aku harap korang singgahlah lagi. Tu pun kena tengok juga la kontent blog aku okay atau tak yang korang nak singgah pun kan.. Eh, korang faham tak apa yang aku merepek ni. Hahaha~

Sebenarnya, aku nak cakap yang kat blog aku ni ada entri-entri yang menarik. Korang boleh pilih dan baca kategori mana yang korang suka.

Tips blog

Ping Group

Percintaan

Pesanan terbaik

dan banyak lagi la.. Korang godek-godeklah sendiri ye.


Justeru, sokonglah blog tempatan. Eh, dah macam suruh sokonglah barangan buatan  Malaysia. Ehehe~

Aku Suka Dia

Assalamualaikum.

I am in relationship with someone!

Sesungguhnya, pada mulanya kami kenal, aku rasa ni jenis tak boleh pakai. Tapi aku suka dia sebab dia sempoi dan ada aura positif. Dari situ, lama-lama aku kenal dia.

Paling best bila aku dekat dengan dia. Aku uji dia. Dia pula jenis kuat cemburu. Dia ni jenis kuat terasa. Tak boleh aku kasar atau tolak dia, sentap tu sampai merajuk-merajuk bagai. Tapi paling aku tak tahan, dia merajuk sampai buat tak tak macam tak kenal aku bila selisih dan tarik muka. Terasa gila aku. Mesej-mesej aku dan call-call aku langsung dia tak endah..

Jenuh juga la pujuk dia. Sepagi kot. Kemudian, aku tinggalkan dia jap. Biar dia redha merajuk dulu. Petang tu, aku contact dia balik. Alhamdu lillah, dia dah ok.


Sebenarnya, dia ni jenis nak orang ikut cakap dia. Aku pula lain sikit. Aku tak macam anak-anak buah (staf) dia yang ikut saja cakap dia. Aku melawan kalau benda tu tak ok. Aku pernah tinggi suara dengan dia depan staf dia. Aku pernah tampar dia depan staf…

Percutianku Kuantan-Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Aku baru balik dari bercuti. Aku pusing-pusing Kuantan dan duduk tengah-tengah Kuala Lumpur. Aku duduk di Petaling Streets. Ya, tempat tumpuan pelancong tu.

Aku sempat juga meronda dan melawat beberapa tempat seperti Warisan Walk yang menempatkan Culture Market (Pasar Budaya), dan Pudu Sentral. Tesco Ampang. Giants Wangsamaju.

Gambar tak banyak yang aku ambil kerana aku sorang saja yang bercuti. Kawan-kawan aku, semuanya bekerja. Jadi, aku agak segan nak ambil gambar. Bila balik ni baru rasa ruginya aku tak ambil gambar bila tengok gambar-gambar yang aku ambil tu aku rasa ada 'moment yang indah'.


Jom layan gambar.










 Aku tak sempat nak up gambar aku jalan-jalan kat Kuantan, makan pepahat kat Tanjung Lumpur, jalan-jalan kat Petaling Streets. lappy dah hang. Lain kalilah kalau sempat ye.

Apa-apa pun, memang best sangat percutian kali ini walaupun aku kena tinggal sorang-sorang disebabkan tuntutan kerja kawan-kawanku. Tapi aku okey saja. Aku boleh merayap sorang-soran…

Epic Fail Betullah!

Assalamualaikum.

Kali ini aku nak kongsikan pada korang sesuatu yang orang kata, 'epic fail' atau kantoi bahasa yang senang nak faham.

Hahaha~ Lawak.

Mahu Redha ALLAH Mesti Kena Ada Redha Ibu Bapa

Assalamualaikum.

Biarlah gambar berbicara. Padahal dalam gambar dah ada tulisan! Hehe.



Kan.. Redha mak bapa kita tu sangatlah penting. Tak guna korang 'berjaya' tanpa redha mak bapa. Kunci syurga kita ada pada ibu bapa kita. Ingat tu.


Ibu adalah berkat kita. Bapa pula karamah.


Semoga bertemu lagi ya.

Minyak RON95 Naik dan Naik Minyak

Assalamualaikum.


Topik panas dan mendidih sekarang ni pasal kenaikan harga minyak la. Aku ambik sumber dari facebook.

pakar ekonomi Najib Razak berkata, dgn 20 sen subsidi petrol dikurangkan, maka KERAjaan BN jimat RM 1 Billion hingga akhir tahun 2013! jom kita kira!
- 3 bulan = RM 1 Billion, maka 1 bulan = RM 333 juta, 12 bulan = RM 333 juta x 12 = RM 3.99 Billion utk 20 sen! jika 60 sen = RM3.99 Billion x 3 = RM 11.9 Billion setahun atau dari RM 1.90 seliter kepada RM 1.30 seliter!
- IPP syarikat letrik kapitalis subsidi RM 22 Billion!
- wang negara tiris setahun RM 28 Billion!
- minyak untuk rakyat hanya RM 11.9 Billion setahun utk minyak turun RM 1.30 seliter tidak mampu?

Dipetik dari:
Pakatan Rakyat Supporters's status.

Hot Topik

Topik hangat di profile fb saya hari ni adalah berkenaan harga minyak.. dikatakan harga minyak naik 20 sen..

Pandangan saya: kalau setakat harga minyak yang naik tidak menjadi masalah, tapi nanti mesti harga barang lain akan turut naik.. mesti …

Tangisan Melimpah Seperti Bendang pun Tak Guna

Assalamualaikum.




Aku nak bagi tazkirah sikit. Ceduk dari senior aku masa sekolah dulu. Dia baru kehilangan ayahanda tercinta.

" Tiada yg kekal didunia ini..Sesungguhnya Allah maha kuasa..titisan air mata yg melimpah seperti bendang takkan mampu menghidupkan semula org yg kita syg..sayangilah ibubapa kamu semua sementara mereka masih ada"


 Beliau adalah Leman Raja Lawak
 Kami satu sekolah. Dia peramah dan lucu orangnya. Suka menghiburkan orang. Beza umur kami lima tahun tapi kami pernah beberapa kali terlibat dalam perkhemahan Kelab Kembara dan Rekreasi. Best sangat. Kenangan oh kenangan. Indahnya. Sayangnya gambar tak ada. Entah di mana gambar.


Dah lama tak menulis ni, jadi balik la tak tau nak tulis apa. Lama duk fikir. Bila tak buka blog, idea mencurah-curah datang. Haish!

Duit Dah Masuk Akaun Bank, Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum.

Gembiranya sebab duit berblog sudah masuk akaun bankku! Yay! Alhamdu lillah.

Hasil berblog selama er, berapa lamanya.. Lama la. Start 2009 hingga kini 2013 walaupun kadang-kala tinggal juga blog comel ni sebab ada tuntutan lain. Tapi kawan-kawan blogger makin hari makin ramai walaupun kat blog makin menyepi.

Sebenarnya tak tau pun macam mana nak pergi bank dan tunaikan cek tu.

Ok, macam ni. Kita akan dapat cek Hong Leong Bank dari Nuffnang sebab Nuffnang guna bank ini untuk urusan pembayaran. Jangan risau kita tak ada akaun bank Hong Leong pun. Tapi pastikan kita ada akaun mana-mana bank la. Tak kisah bank apa. Yang penting nama yang tertera dalam cek adalah sama dengan nama pemilik akaun. Nama kita la. Contohnya, kat cek tertulis nama Wan Aishah. Kita nak tunaikan cek pun mestilah menggunakan nama akaun Wan Aishah jugak. Tak boleh la guna nama Ali Bakar pulak. Faham?

Ok, next. Kat belakang cek tu ada kotak untuk tulis nama, no akaun dan no telefon bimbit. Isi bagi …