Ogos 2013 | ! sha my heart

.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Muka Berseri-Seri, Pakai Apa

Assalamualaikum.

Aku teruja nak kongsi dengan korang review tentang produk yang aku pakai sekarang ni.

Masa bulan Puasa bebaru ni, muka aku burn (sun burn). Gila r, dah la boyfriend nak datang rumah tapi muka aku hitam legam, dengan jerawat lagi penuh muka. Ahaks, gediks je cakap Bf padahal sepupu jer pun! Hahaha~

Aku tak perasan yang kulit aku dah terbakar dek matahari sehinggalah seorang teman serumahku menegurku. Aku tanya dia, apa yang harus aku buat. Dia jawab, beli la sun block atau BB cream.

BB cream

Tak lama lepas tu, memang aku pergi kedai dan grab sun block dan BB cream. Sun block tu aku tak nak cerita sebab aku tak berapa suka, berminyak. Tapi aku suka dengan BB Cream. Aku beli BB Cream Safi. Best. Bau pun wangi. Tak melekit mahupun berminyak.Tapi harga mahal sikit la. RM23 kalau tak silap aku. Kecil saja, 20 gram dengan SPF30.

soy collagen Nurbeutyline

Ops, oleh sebab aku tak de mood nak menulis, aku copy paste saja twit aku kat sini. Korang bacalah dari bawah ye. Hehe, dasar pemalas!

                      __________________________________________

aku plak tau aku bknnya istiqamah nk bt tiap2 hr. Jd bli je yg rm60 dpt 3kotak. Settle.

nk mkn ke x ke, x la ralat sgt. Dh murah je. Rm2 je 1 sachet. Ala standard air h0rlick je

kesannya bl hbs 2kotak bru nk nampak. Dlm 20hr mcm tu. Biar lmbt, asl slmt. Eheh!

tp ok la kn.. Nk beli yg rm200+, kna aml 3bln. 600 mlyg.. Lbh smpn je

skrg bru msuk kotak ke 3. Tp kdg2 xsmpt nk minum la. Air pns xda la. Dh knyg la. #alasan

kena mnum 2x shri. Tp aku ambk 1 je. Jimat. Hehe. Pdhal, mls. HuhuiBottom of Form

msuk kotak ke3, mknanya kena siap duit la nk beli set pr0m0 3kotak rm60. Nk cb mnum smpai xda parut

kwn2 pn dh tgur aku dh cerah. Bbru tukar krja. Kna pns mthri, sunburn. Nk mnum smpai putih mlepak. Hahaha

mmg best la prsnnya bl sblm ni kwn2 duk kata kulit aku truk. Tp skrg di0rg puji.

tp produk ni kesannya stakat yg kita mnum la. Dia pause. Dlu aku dh gn tp st0p. Ia pn stop. Tp x jd truk. Pause sj.

jd aku nk gn smpai dpt kesan yg aku ingini. Then st0p.

skrg bru msuk kotak ke 3. Tp kdg2 xsmpt nk minum la. Air pns xda la. Dh knyg la. #alasan

tp ok la kn.. Nk beli yg rm200+, kna aml 3bln. 600 mlyg.. Lbh smpn je

kesannya bl hbs 2kotak bru nk nampak. Dlm 20hr mcm tu. Biar lmbt, asl slmt. Eheh!

nk mkn ke x ke, x la ralat sgt. Dh murah je. Rm2 je 1 sachet. Ala standard air h0rlick je

aku plak tau aku bknnya istiqamah nk bt tiap2 hr. Jd bli je yg rm60 dpt 3kotak. Settle

sbnrnya pr0duk2 d psrn ni, klu hrga rm200+ mmg cpt brkesan. Tp aku xbnyk duit nk bli

ala, aku pkai brg murah2 je pn. Jnj ada quality. Tanaka xpkai pn. Xbeli wlpn tringinlah jgk. Hehe.

ala, aku pkai brg murah2 je pn. Jnj ada quality. Tanaka xpkai pn.

jd klu org tny, aku akn ckp: pkai oxy, bb cream, pixy, bdk sjuk. Mkn soy collagen nurbeautyliner. Korg cb lah!

bb cream safi. Bedak pixy. Bedk sjuk pkai mlm2. Jgn xpcya keupayaan bdk sjuk. Magik tau!

ok aku bgtau aku guna apa. Oxy cleanser. Sheshido mask black mud (smggu 2x). Nurbeautyline soy collagen (mnum).

nk tau aku bt mcmna? Er, bnyk sbnya aku pn xpst yg mn 1. Mgkn sb BB cream?

msti la nampak mnyerlah.. Kwn2 duk puji2 aku. Aku, biasa je la. Ye la, dh biasa bjrwt tkut jrwt mncul lg

korg byg'n la. Dlu sunburn,bmnyk, bjrwt, bprut,pori2 tbuka. Tp skrg, dh cerah,jrwt xda, parut hlg,pori2 xnmpk. Bygkn2..

aha, wjhku dh mkin ok. Prut jrwt dh pudr, jrwt dh xbnyk, pori dh ttup. Dh cerah, dlu sunburn.

Kesimpulan

Jadi, tak rugi pun korang guna macam aku guna. Murah pun murah tapi kesannya alhamdu lillah. Ni ramai dah duk puji aku makin berseri-seri. Gembira ada, bangga pun ada. Rasa best pun ada. Ye la, kulit dah cantik macam orang lain malah lebih cantik.

Cubalah..

Nak cantik, kena rajin sikit.

tag: Review Sheshido Mask, review soy collagen Nurbeutyline, review soy collagen Nurbeutyliner, review muka berseri, review produk terbaik.

Aku mohon permisi dulu ya. Hehe~
Sampai jumpa lagi.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Langkawi, Kedah: Cantik Sangat dan Pengangkutan Awam

Sunset Pantai Chenang, Langkawi yang indah. Capture dari hp ku.
Assalamualaikum.

Aku berkesempatan melawat (atau melancong mahupun melencong) ke Pulau Langkawi sebanyak dua kali. Kali pertama semasa majlis kahwin adikku, raya cina 2013 dan kali kedua pada 20 Ogos 2013. Ya, baru lagi.

Pergi

Korang pergi dengan apa?
Naik bas? Boleh.. Dari KL, ambil bas ke Alor Setar. Boleh tanya bas tu, nak turun Pekan Rabu boleh tak?

Balik

Bas? Korang tak perlu risau. Di sini terdapat perkhidmatan bas yang boleh kata efeksien.
Nak tunggu kat mana? Korang kena keluar dari Kompleks Jeti Kuala Kedah dan berjalan keluar. 
Korang ada nampak kedai mamak tak? Restoran Ali Imran kalau tak silap aku. Tulisan warna biru.
Aha, korang tunggu dekat-dekat sana. Tapi bukan kat bawah restoran tu. Korang tunggu bas kat tempat duduk yang ala-ala tempat orang tanam pokok. Diorang tak sediakan tempat tunggu bas berbumbung tau.

Tunggu jer. Bas tak lama pun, datang la.

Tambang bas ke Pekan Rabu (pusat bandar) adalah RM 1.50. Murah jer. Dalam 20 minit jam perjalanan bas, sampai lah ke Pekan Rabu.Di Pekan Rabu, korang bolehlah tengok apa-apa yang patut. Korang nak melancong kat sini pun okay juga sebab tempat-tempat bersejarah banyak berada di pusat bandar. Dekat je. nak berjalan kaki pun okay juga. Tapi yang jauh-jauh tu korang naiklah teksi ke bas ke.

Kalau korang nak ke Terminal Bas Shahab Perdana, korang kena tambah lagi duit dalam 80 sen hingga keRM 1.50 (bergantung kepada caj setiap syarikat bas, berlainan).

Itu kalau korang dari Jeti nak ke Alor Setar. Kalau korang dari Alor Setar nak ke Jeti Kuala Kedah, korang boleh naik bas dari Shahab Perdana (stesen bas express) atau  Pekan Rabu. Korang boleh naik bas Kuala Kedah. Tapi biasanya orang ramai terutamanya hari Sabtu (sebab budak-budak sekolah cuti dan datang bandar) dan petang (sebab pekerja mula balik kerja). Caj tiket bas dikenakan 0. Ha? Maksud aku tiada caj tiket tapi cuma kena bayar tambang jer RM1.50. Hehehe~ Gurau je.. Caj atau tip tak ada. Tapi tambang kenalah bayar. Ada faham? Senyum.

Kalau ambik teksi caj yang dikenakan ialah RM25.

Oh ya, kalau naik bas, kena bagitau sama pemandu bas bahawa anda mahu turun di jeti. Kalau tak, susah la. Sebab jeti di tengah, bas akan pusing sampai hujung jalan. Sampai mana, aku pun tak tau. Aku bukan orang situ. Hehe~

Tambang Feri ke Langkawi bagi sehala adalah seperti berikut:
Kuala Kedah  (dewasa): RM23
Kanak-kanak: RM17

Kuala Perlis (dewasa): RM18
Kanak-kanak: RM13

Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis adalah sekitar 45 minit (ini aku tengok kat mana-mana pun tulis macam ni. Tapi berdasarkan pengalaman aku, satu jam perjalanan). Kalau korang memilih perjalanan ke Langkawi dari Jeti Kuala Kedah, korang kena duduk dalam feri selama sejam 15 minit atau mengikut pengalaman aku, dua jam dan 1 jam 20 minit dan  (pergi dan balik).

Tapi perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Perlis mengambil masa selama sejam. Minyak kereta dan harga tambang bas lagi mahal berbanding RM5 beza tiket ikut jeti. Cumanya ramai yang pilih Kuala Perlis (lebih ramai, tapi Kuala Kedah pun tak kurang ramainya) sebab mereka tak suka berada di laut lebih lama.

Korang boleh letak (parking) kenderaan anda dengan sewa RM10 sehari semalam, di Jeti Kuala Kedah. Kalau kat Kuala Perlis dicaj sebanyak RM15 hingga ke RM30 bagi berbumbung.

Untuk makluman, belum dibuat lagi feri besar macam ke Pulau Pinang yang boleh naik sekali dengan driver. Feri yang disediakan cuma feri penumpang dan perkhidmatan kargo kalau nak naik kenderaan anda tapi kena tunggu sehari sehingga tiga hari, baru nak sampai ke Langkawi kenderaan anda. Hantar kenderaan sahaja. Tuan kena naik feri penumpang juga. Korang boleh baca kat sini: bawa masuk kereta http://emarieys.com/2013/06/bawa-masuk-kereta-ke-langkawi-dan-feri.html

Oh ya, dah pergi Langkawi Coklat Daim memang famous amos terkenal gila. Belilah satu. Murah jer.
Keychain pun murah. Seringgit sahaja satu.

Harap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda.

Tag: cara nak pergi Langkawi, Pulau Langkawi, Pengangkutan Awam Langkawi, Langkawi, Harga tiket, perbezaan jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis Langkawi, travel sorang-sorang, balik sendiri, langkawi murah,

Rabu, 21 Ogos 2013

PTPTN dan CRISS: Cerita yang Mudah Difahami

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cerita pasal hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang heboh nak dimasukkan ke dalam CCRIS. Aku pun faham dari sini. Okay, korang baca dulu.

Ramai yg kurang tahu apa itu CCRIS Dan Kesannya Bila Nama Anda Direkodkan Dlm Sistem Tersebut... Jom layangzz cerita pendek ni bagi memudahkan pemahaman tentang CCRIS...
KISAH NAJIB DAN CCRIS
Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Najib juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan.

Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta.

Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.

Selang beberapa tempoh Najib ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula.

Apabila Najib mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Najib didalam sistem CCRIS.

Ini bermakna maklumat kredit Najib bukanlah rahsia bagi setiap bank. Walapun Najib mempunyai hutang dengan Maybank, pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS ini yang telah dipusatkan di bank negara.

Jika pihak Ambank mendapati jumlah pinjaman atau hutang semasa Najib adalah seimbang dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Najib bergantung pada jumlah yang dipohon.

Tetapi, jika selepas semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran balik hutang kad kredit Najib dengan Maybank telah tertunggak selama 2 bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak permohonan pinjaman beliau.

Begitu juga jika kes ini berlaku pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Najib ialah, beliau perlu menjelaskan segera hutang - hutang tertunggak tersebut dan selepas 3 bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru.

Ini kerana selalunya, tempoh 3 bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CRRIS.

Ada juga kes yang mengambil masa berbulan - bulan bagi membersihkan "bad record" tersebut.

Pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Indris Jusoh untuk menggunapakai sistem yang sama seperti yang disebut diatas terhadap peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN membawa maksud peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti "Najib".

Cuma bezanya Najib sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit dan kereta. Jika permohonan Najib ditolak kerana adanya tunggakan hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang mungkin seribu atau dua ringgit.

Najib juga mungkin sudah mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.

Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah 3 tahun (tidak temasuk bunga).

Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk kegunaan harian ke tempat kerja.

Okay, dah faham kan?
Kesannya besar kepada bekas pelajar. Kasihan. Iya la, kalau nak beli aset, kena lunaskan dulu hutang PTPTN. Bukan seringgit dua jer. Beribu-ribu.

Ya, hutang memang kena bayar. Tapi kenapalah kerajaan nak membebankan rakyat?

Oh ya, syukur Malaysia masih aman. Hekhek.

Komen korang?

Lamanya Tak Up date

gambar di Hari Raya yang mulia.

Assalamualaikum.

Lama tak jumpa di alam maya, kan?
Keinginan memang ada nak update blog tapi tapi tapi (sengaja membuat pengulangan di sini) tapi aku ada halangan tersendiri.

Tak apa la, bagi kat blogger-blogger lain sajalah yang mengup date story. Hehe~

Oh ya, aku dah dapat cek hasil dari 'penyewaan iklan Nuffnang' di blog ini. Beratus-ratus ringgitlah juga hasilnya. Alhamdu lillah. Side income.

Kehidupan aku masih biasa tapi syukur sebab tetap ceria mendepani hari-hari yang mendatang.

Oh ya, terima kasih juga kepada bloggers yang masih ingat kepadaku ini. Puasa dan raya pun masih ingat pada aku. Oh terharu! Sesungguhnya persahabatan ini amat indah. Seindah bunga yang mekar di pagi hari. Cubalah korang bayangkan.

Jadi, di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Semoga jumpa lagi, ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...