Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Ini Jawapan Kepada Persoalaanmu

Assalamualaikum.

Wah, tajuk tak boleh blah sungguh. Nak tarik perhatianlah katakan. Hehe~

Teringinnya nak menulis kembali. Teringin nak menulis novel, paling tidak pun menulis blog. Lama sudah ku tinggalkan semuanya. Hal ini demikian kerana sang lappy yang berpenyakit dan masa yang suntuk. Masa oh masa!
Aku kerja. Pergi pagi balik malam. Penat. Kemudian nak tunggu lappy pun lambat nak buka la, apa la, lebih baik aku gunakan masa yang suntuk itu untuk tidur. Itu lebih menuntutku.
Bulan ni, aku dah tak kerja. Aku berhenti kerja. Gila aku nak kerja kat tempat tu. Ah, tak suka! Ada gangguan. 
Tapi masalah sekarang, puas sudah aku mencari kerja. Namun tetap tidak menampakkan hasilnya. Ya ALLAH, permudahkanlah ujian-Mu ini. Aku tahu mesti KAU ada perancangan yang lebih baik. Jadi aku kena banyak bersabar dan terus berusaha. Mungkin sebab aku berumur, dah 28 tahun yang menyebabkan aku tak layak nak sandang jawatan yang ku pohon. Alahai..

Aku ada mengusahakan kerongsang menggunakan kain felt…

Open Tracker