DIA Sayang Aku | ! sha my heart

.

Ahad, 8 Disember 2013

DIA Sayang Aku

Si jantung hati. Jantung pisang. Gambar diambil di rumah ayah bonda. Belakang tu serban ayam.




Dia? Siapa 'dia'? Hehe~ Dia la yang menyayangi aku.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Kadang-kala keajaiban Tuhan nak bagi pada kita.

Nak cerita yang aku ni bukannya banyak duit. Dalam bank pun ada la seratus dua. Tapi kadang-kala datang keinginan untuk berpakaian baru sempena hari istimewa, makan makanan yang sedap nan mahal (ekau nan hado, hehe), pergi melancong bercuti tenangkan hati dan fikiran dan bla bla bla..

Tup-tup,  Allah makbulkan apa yang aku rasa teringin tu. Dapat pakai. Dapat makan. Dapat bercuti. Alhamdu lillah. Syukur sangat.

Sebab ini juga ada orang yang cemburukan aku. Iya la, kat dia tak sape pun nak bagi. Tapi, eh perlukah dia berasa cemburu? Jap, aku nak fikir. Hehe~

Erm, mungkin la dia cemburu. Dia tak dapat apa yang aku dapat sebab dia dah ada banyak duit. Gaji dia tebal. Tapi patut ke dia cemburukan aku? Sepatutnya, aku yang cemburukan dia sebab dia ada duit sendiri, boleh saja nak makan, pakai dan bercuti ke mana sahaja. Manusia oh manusia memang pelik.

Aku? Chillex saja. Dah rezeki aku sikit, aku bersyukur. Banyak? Lagilah aku bersyukur. Tapi kan, tahun ni banyak gila aku guna duit dan aku juga melancong sakan. Habis duit kat bank. Apa-apa pun, terima kasih kepada beberapa orang kesayanganku yang membelanja aku beratus-ratus ringgit Malaysia. Terima kasih kerana sudi sayang aku dengan tak kedekut duit korang. Alhamdu lillah juga, rezeki dari ALLAH.

Aku bukan kaki kikis. Tapi diorang yang bagi. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.


Ok la, setakat ini dahulu.

Chau cit chau.

Semoga bertemu lagi. =)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...