Langkau ke kandungan utama

Minyak RON95 Naik dan Naik Minyak





Assalamualaikum.


Topik panas dan mendidih sekarang ni pasal kenaikan harga minyak la. Aku ambik sumber dari facebook.

pakar ekonomi Najib Razak berkata, dgn 20 sen subsidi petrol dikurangkan, maka KERAjaan BN jimat RM 1 Billion hingga akhir tahun 2013! jom kita kira!
- 3 bulan = RM 1 Billion, maka 1 bulan = RM 333 juta, 12 bulan = RM 333 juta x 12 = RM 3.99 Billion utk 20 sen! jika 60 sen = RM3.99 Billion x 3 = RM 11.9 Billion setahun atau dari RM 1.90 seliter kepada RM 1.30 seliter!
- IPP syarikat letrik kapitalis subsidi RM 22 Billion!
- wang negara tiris setahun RM 28 Billion!
- minyak untuk rakyat hanya RM 11.9 Billion setahun utk minyak turun RM 1.30 seliter tidak mampu?


Dipetik dari:
Pakatan Rakyat Supporters's status.


Hot Topik

Topik hangat di profile fb saya hari ni adalah berkenaan harga minyak.. dikatakan harga minyak naik 20 sen..

Pandangan saya: kalau setakat harga minyak yang naik tidak menjadi masalah, tapi nanti mesti harga barang lain akan turut naik.. mesti ramai peniaga-peniaga yang akan ambik kesempatan ini untuk dijadikan sebagai alasan menaikkan harga minyak..

Masalah ni takda la membawa kesan sangat pada yang kaya sbb mereka ni sebab wang bukan masalah bagi mereka.

Bagi yang miskin pun tidak menjadi masalah sebab mereka dah biasa hidup serba kekurangan, mereka takda nak wat loan kat bank. Mereka makan pun yang besa-besa ja.

Tapi golongan yang bermasalah adalah golongan pertengahan yang hidup sederhana. Mereka ni kebanyakan ada hutang ptptn, hutang kereta, hutang rumah, hutang kawen dan sebagainya.

macam mana nak setle masalah ni?

UBAH GAYA HIDUP

1. Tambah pendapatan kurangkan perbelanjaan

Buat kerja sambilan ke, berniaga kat fb ni ke... pastu kalau ada astro terminate, kalau ada aircond, tak yah pakai dah,

2. Hidup sebagaimana orang miskin hidup

Mudah saja..anda jual segala benda dalam rumah anda, kalau duduk ruah sewa pindah kat stesen bas ke, tandas awam ke, tepi jalan ke.. nak selesa sikit duduk masjid.

3. Hidup sebagaimana orang kaya hidup
Anda perlu belajar cara menjana pendapatan Rm 20 000, tak kisah la anda nak buat camana.. jadi prompak ke, buat forex ke, buat restoran 5 bintang ke, buat hotel sendiri ke. Hahaha~

4. cara keempat ni special sket, g jumpa PM.. mintak PM bank in 20% daripada gaji dia setiap bulan, hehe.. Kalau dia nak bagi la.

Pilihan ditangan anda. Selamat mencuba
 

-Dipetik dari:
Cikgu Fahmi's status.

Kenaikkan Harga Minyak.

Saya tidak marah dengan kerajaan menaikkan harga minyak, cuma CARA mereka menaikkan itu yang tidak berapa pandai. Sepatutnya kerajaan bagitahu 2-3 hari lebih awal sebelum menaikkan harga minyak supaya pengguna tidak terkejut dengan berita tersebut. Kedua sebaik-baiknya, Menteri bertanggungjawab perlu menerangkan kepada rakyat KENAPA perlu naikkan harga minyak, dan lebih baik jika ahli kabinet juga menurunkan gaji masing-masing untuk bersolidariti dengan rakyat. Ketiga dan paling penting, sepatutnya kerajaan menaikkan secara perlahan-perlahan, biar minggu ni 10sen dan minggu depan 10sen, tidak lah rakyat rasa terkejut kenaikkan mendadak secara tiba-tiba.

Kerajaan perlu lebih berperikemanusiaan terhadap rakyat yang telah mengundi mereka, saya berharap kenaikkan ini cuma sebentar dan apabila harga minyak dunia turun, RON95 perlu berada dibawah RM2.00 . Sistem pengangkutan awam negara belum tahap memuaskan lagi seperti di negara barat di mana majoriti penduduk bandar tidak perlu memiliki kereta. Ada beberapa projek pengangkutan awam seperti MRT,LRT extension,ERL ke KLIA2 dan kereta api peluru KL-Singapura, mungkin apabila semua projek itu siap, Malaysia boleh kurangkan pergantungan kepada petrol, tetapi sekarang belum masa lagi.

DS Najib perlu lantik penasihat yang lebih berperikemanusiaan, bukan sekadar melihat kepada fiskal kewangan negara, tetapi juga fiskal kewangan rumah tangga rakyat. Sudah lama saya berjuang untuk BN, saya berharap mereka tidak ulangi kesilapan zaman Pak Lah.
 

-AR-
 Dipetik dari:
Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad's status.
 
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

kredit to Ben Ridhuan


Kerajaan disaran guna duit rakyat dengan lebih berhemah. Dari duit rakyat ... ahli parlimen dan ahli dewan rakyat boleh dapat elaun itu ini ... dari duit rakyat, kerajaan boleh bina jambatan pulau pinang kedua. Dari duit rakyat, pak menteri boleh pakai 4 ekon dalam satu bilik ....

Tertubuhnya Petronas, Proton, Perodua ... bukan dari poket orang-orang kaya ... tapi dari mereka yang dah bayar cukai itu ..cukai ini ...

Dan cukai pula datang dari pelbagai sudut ... tgk wayang kena cukai, makan kat restoren segera kena cukai, beli barang kat kedai serbaneka 24 jam kena cukai, nak masuk dan keluar lapangan terbang kena cukai, nak duduk rumah sendiri kena cukai .... nak tanam pokok kat tanah sendiri pun kena cukai ....

Dulu, ada syarikat GLC ni kata nak naikkan harga atau caj perkhidmatan mereka sbb tak dapat nak tanggung kos bahan api ... last2 kuar statement untung berjuta dan berbillion .... hmmm jadi macamana rakyat tak naik hangin.

Buka je mana-mana bil yang ada, mesti ada tulis TAX ....

Kata kawan aku ... "Nak buat macamana ... dah itu sahaja caranya .... berjimatlah mana yang boleh"

Jimat?

Ini teori aku ...

Kalau kita jimat nak guna elektrik, kita guna lilin atau lampu minyak tanah ... permintaan naik ... gamaknya nanti, harga lilin dengan lampu tu leh tak dapat 5 singgit?

Kalau kita semua cadang tak nak guna kenderaan sendiri gi kerja, naik pengangkutan awam .. gamaknya nanti ... tiket, sewa, tambang tak naik ke nanti?

Kot mana dan celah mana sekalipun ... yang akan sakit dan perit adalah rakyat. Rakyat tak dapat nak guna duit rakyat .... tapi yang pasti pemimpin memang guna duit rakyat.

Buka kedai makan ... nak tampung kos hidup .. buka kedai, nak kena daftar .. bayar lagi. Ada kedai, nak bayar cukai perniagaan .. bayar lagi ...

Macamana aku tak merintih. Tak bersyukurkah aku? Aku akan lebih bersyukur andai anda pemimpin yang faham keadaan rakyat ...
Dipetik dari:

 Wall masih lg panas dgn ketidakpuasan hati rakyat marhaen. Aku ada crta panas tapi apabila wall pn panas, aku hold'n crta e2 dlu. Biar tahap kepanasan e2 surut dan redha dhlu. Kang mendidih plak, susah.
-Wahai rakyat Malaysia, bersabarlah. Kita marah2 pn, perli2 pn bkn diorg nk ambk tahu. Maka, apa yg blh kita bt adlh brtenang. Cuba tarik nfs pnjg2, tahan skjap dan lepas perlahan2. Ulg 3kali. Kmdn, ukirkan senyuman klu x pn pd org, pd diri sndri. Ikhlaskan hati.
-Rasa x perbezaannya? Klu xrasa pape, cuba lg.

Dipetik dari wall aku: 
status.


Kesimpulan

Hal minyak naik seliter dua puluh sen ini memeningkan banyak pihak.  Ini bukan kes parti politik. Tengok geng yang sokong BN pun melenting bila harga minyak naik. Ini adalah keperluan asas dan hak rakyat.

Semoga kita mendapat hikmah dari kenaikan ini.
 

Ulasan

  1. bagi saya ianya soal parti politik yg terus mencengkam rakyat. mengukuhkan ekonomi dengan menekan rakyat dan bukannya melalui pelaburan dan saham.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker