Langkau ke kandungan utama

Langkawi, Kedah: Cantik Sangat dan Pengangkutan Awam

Sunset Pantai Chenang, Langkawi yang indah. Capture dari hp ku.
Assalamualaikum.


Aku berkesempatan melawat (atau melancong mahupun melencong) ke Pulau Langkawi sebanyak dua kali. Kali pertama semasa majlis kahwin adikku, raya cina 2013 dan kali kedua pada 20 Ogos 2013. Ya, baru lagi.

Pergi

Korang pergi dengan apa?
Naik bas? Boleh.. Dari KL, ambil bas ke Alor Setar. Boleh tanya bas tu, nak turun Pekan Rabu boleh tak?

Balik

Bas? Korang tak perlu risau. Di sini terdapat perkhidmatan bas yang boleh kata efeksien.
Nak tunggu kat mana? Korang kena keluar dari Kompleks Jeti Kuala Kedah dan berjalan keluar. 
Korang ada nampak kedai mamak tak? Restoran Ali Imran kalau tak silap aku. Tulisan warna biru.
Aha, korang tunggu dekat-dekat sana. Tapi bukan kat bawah restoran tu. Korang tunggu bas kat tempat duduk yang ala-ala tempat orang tanam pokok. Diorang tak sediakan tempat tunggu bas berbumbung tau.

Tunggu jer. Bas tak lama pun, datang la.

Tambang bas ke Pekan Rabu (pusat bandar) adalah RM 1.50. Murah jer. Dalam 20 minit jam perjalanan bas, sampai lah ke Pekan Rabu.Di Pekan Rabu, korang bolehlah tengok apa-apa yang patut. Korang nak melancong kat sini pun okay juga sebab tempat-tempat bersejarah banyak berada di pusat bandar. Dekat je. nak berjalan kaki pun okay juga. Tapi yang jauh-jauh tu korang naiklah teksi ke bas ke.

Kalau korang nak ke Terminal Bas Shahab Perdana, korang kena tambah lagi duit dalam 80 sen hingga keRM 1.50 (bergantung kepada caj setiap syarikat bas, berlainan).

Itu kalau korang dari Jeti nak ke Alor Setar. Kalau korang dari Alor Setar nak ke Jeti Kuala Kedah, korang boleh naik bas dari Shahab Perdana (stesen bas express) atau  Pekan Rabu. Korang boleh naik bas Kuala Kedah. Tapi biasanya orang ramai terutamanya hari Sabtu (sebab budak-budak sekolah cuti dan datang bandar) dan petang (sebab pekerja mula balik kerja). Caj tiket bas dikenakan 0. Ha? Maksud aku tiada caj tiket tapi cuma kena bayar tambang jer RM1.50. Hehehe~ Gurau je.. Caj atau tip tak ada. Tapi tambang kenalah bayar. Ada faham? Senyum.


Kalau ambik teksi caj yang dikenakan ialah RM25.

Oh ya, kalau naik bas, kena bagitau sama pemandu bas bahawa anda mahu turun di jeti. Kalau tak, susah la. Sebab jeti di tengah, bas akan pusing sampai hujung jalan. Sampai mana, aku pun tak tau. Aku bukan orang situ. Hehe~


Tambang Feri ke Langkawi bagi sehala adalah seperti berikut:
Kuala Kedah  (dewasa): RM23
Kanak-kanak: RM17

Kuala Perlis (dewasa): RM18
Kanak-kanak: RM13


Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis adalah sekitar 45 minit (ini aku tengok kat mana-mana pun tulis macam ni. Tapi berdasarkan pengalaman aku, satu jam perjalanan). Kalau korang memilih perjalanan ke Langkawi dari Jeti Kuala Kedah, korang kena duduk dalam feri selama sejam 15 minit atau mengikut pengalaman aku, dua jam dan 1 jam 20 minit dan  (pergi dan balik).

Tapi perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Perlis mengambil masa selama sejam. Minyak kereta dan harga tambang bas lagi mahal berbanding RM5 beza tiket ikut jeti. Cumanya ramai yang pilih Kuala Perlis (lebih ramai, tapi Kuala Kedah pun tak kurang ramainya) sebab mereka tak suka berada di laut lebih lama.

Korang boleh letak (parking) kenderaan anda dengan sewa RM10 sehari semalam, di Jeti Kuala Kedah. Kalau kat Kuala Perlis dicaj sebanyak RM15 hingga ke RM30 bagi berbumbung.


Untuk makluman, belum dibuat lagi feri besar macam ke Pulau Pinang yang boleh naik sekali dengan driver. Feri yang disediakan cuma feri penumpang dan perkhidmatan kargo kalau nak naik kenderaan anda tapi kena tunggu sehari sehingga tiga hari, baru nak sampai ke Langkawi kenderaan anda. Hantar kenderaan sahaja. Tuan kena naik feri penumpang juga. Korang boleh baca kat sini: bawa masuk kereta http://emarieys.com/2013/06/bawa-masuk-kereta-ke-langkawi-dan-feri.html

Oh ya, dah pergi Langkawi Coklat Daim memang famous amos terkenal gila. Belilah satu. Murah jer.
Keychain pun murah. Seringgit sahaja satu.


Harap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda.

Tag: cara nak pergi Langkawi, Pulau Langkawi, Pengangkutan Awam Langkawi, Langkawi, Harga tiket, perbezaan jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis Langkawi, travel sorang-sorang, balik sendiri, langkawi murah,

Ulasan

  1. Terima kaseh sngt berinformasi

    BalasPadam
  2. tumpang tnya .. kalau dari sahab perdan nak ke kola.kedah , tambang teksi brape ea ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker