November 2012 | ! sha my heart

.

Jumaat, 2 November 2012

Alhamdulillah Rezeki Nuffnang, Dah Bagi Duit

Assalamualaikum.

Apa khabar wahai pembaca setia blogku? Erk, bajet je ada pembaca setia dan peminat misteri. Hehe~

Apa nak buat, bukan lama tak nak up date. No no no.. Sebabnya lapppy bermasalaha. Nak format, ongkosnya pula kurang mencukupi. Al maklumlah kerja biasa-biasa saja. Tapi bersyukurlah, lepaslah untuk diri sendiri dan adik-adik sikit-sikit.

Alhamdulillah, walaupun jarang-jarang up date tetapi Buffered Earning duk menari-nari dalam blog kesayanganku ini. Syukur, rezeki ALLAH yang bagi.

Rahsia? Nak rahsia pasal nak dapat BE Nuffnang? Oh, senang je. Korang kena banyak menulis entri. Entri aku sikit jer, semuanya dalam seribu lebih je. Apa yang aku nak tekankan di sini, tulislah entri yang memberi manfaat kepada orang lain dan benda itu orang cari.

Susah nak tulis sesuatu yang orang suka? Belajarlah menulis entri. Tulis banyak-banyak. Oh ya, jangan lupa untuk berjalan-jalan ke blog orang lain jugak. Dari situ, korang akan dapat belajar sedikit sebanyak. Belajar k.

Kalau nak belajar dari aku pun boleh, tips blogging. Banyak tips blogging dalam tu. Kalau nak pasal tutorial blog yang aku dah guna pakai dalam merekaletak (design)blog ini, korang boleh klik sini tutorial blog

Kalau nak tips pasal Nuffnang, tengok sini, k. Tips Nuffnang. Ok?

Dah lama tak menulis entri, rasa janggal pula.

Apa-apa pun, good luck untuk korang berkawan baik dengan Nuffnang ye.

Selamat berblog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...