Ogos 2012 | ! sha my heart

.

Selasa, 14 Ogos 2012

Paku-Paku Pula, Amenda Ni Rimas

Assalamualaikum.

Korang kalau bercakap atau bertindak ada main paku-paku tak?

Rimas lor ada jumpa orang macam ni. Kalau lelaki tak apa. Ni perempuan. Tak suka, tak suka..
Thought that girl is very annoying. Perempuan tak elok nak ada perangai dendam mendam ni. Tak sesuai dengan jiwa keibuan dan kelembutan seorang wanita. Cheewahh..

Pengajarannya

Tak payahlah kot nak main paku-paku. Tak payah la der duk dendam-dendam. Bukan best pun. Jadi pemaaf lagi best. Sumpah =)

Ahad, 12 Ogos 2012

Petua Untuk Elak Bau Peluh



Assalamualaikum.

Korang kuat peluh? Lepas tu, badan berbau? Aku ada sedikit tips nak kongsi.


1. Mandi kerap
Macam orang agama kata, kalau dah setiap hari mandi lima kali, adakah akan masih ada kekotoran? Falsafah yang sama juga boleh diapplikasikan di sini.
Ya, mandi. Tapi biarlah mandi elok-elok. Jangan mandi kerbau ye.

Kalau rasa badan anda berbau, korang digalakkan mandi lama sedikit. Mandi, gosok, sabun (tak kira sabun ketul ke shower gel). Sental badan tu. Berapa lama? Tak kisahlah berapa lama korang nak ambil.
Seelok-eloknya mandi setengah jam. Ini kes masa badan korang mula mengeluarkan bau badan. Insya-ALLAH, akan hilang bau tu. Tapi bukan dalam masa sehari ye. Amalkan je, nanti hilanglah. =)

2. Banyakkan menjaga kebersihan
Buanglah segala bulu-bulu yang tidak berkenan dan tidak berkenaan ye. Apabila kita berpeluh di tempat yang kotor (ketiak yang berbulu) ia akan menyebabkan muncul bau ketiak.
Cara nak hilangkan bau itu dengan korang pergi basuh ketiak dahulu. Pakai deodorant. Nanti okay la. Tapi, kalau dapat buang bulu ketiak, lagi bagus. Nanti bila korang berpeluh, ia tak ada bau ketiak lagi.

Petua nak lambatkan penumbuhan bulu ketiak, masa selepas korang buang bulu ketiak, korang sapulah limau nipis.

3. Guna sahaja anti-perspirant atau deodorant
Cadangan aku, kalau nak lebih terjamin tak ada bau badan, korang buat dulu no 1, mandi dan no 2, hilangkan bulu-bulu. Kemudian pakai deodorant.
Kalau korang cepat berpeluh di badan, sapukan juga deodorant di badan, tengkuk. Bila berpeluh nanti ia tak akan berbau tetapi akan bau deodorant.

Aku guna Rexona. Tahan 24 jam kalau ada aktiviti lasak pun tak kisah sangat. Aku agak aktif dalam bidang seni mempertahankan diri. Berpeluh tu biasa la, lagipun aku cepat peluh. Tapi bila pakai rexona, ok jer, dah tak kisah nak lasak-lasak dan tak takut peluh.
Tak berani nak tukar ke produk lain, sebab ada kawanku dia mengadu gatal-gatal ketiak dan tak tahan seperti Rexona apabila pakai deodorant buatan syarikat tempatan.

Ada orang kata Rexona penyebab putih-putih kat baju t-shirt. Baju aku pun ada juga, tu kes deodorant tak kering tapi dah pakai baju. Hahaha~
Ada juga orang kata Rexona penyebab kanser payudara. Aku tak pasti pula kenapa dia nak cakap Rexona, padahal yang sebenarnya deodorant yang dipakai kat ketiak penyebab urat ketiak jadi membengkak dan menyebabkan kanser payudara.

Jadi, korang boleh juga guna apa ntah namanya, yang orang Melayu guna untuk letak kat ketiak, lama-lama ketiak tak berbau dah. Aku tak pernah juga, dengar cerita sahaja. Itu mungkin lebih baik, murah pun murah.


Semoga bermanfaat.

Ada petua dan tips lain? Kongsilah..

Sabtu, 11 Ogos 2012

Tiga Perkara Pergi, Hancur dan Hilang dari Hidup Kita

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI ♥

1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan


♥ ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA ♥

1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, Iri Hati, Dengki.

♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA ♥

1. Cinta Kasih
2. Keluarga
3. Sahabat

Jumaat, 10 Ogos 2012

I Know You are There!

I know You are there Allah.


I know You see my tears. 


I know You hear my prayers. 


I know You are testing me. 


And all I ask from You is to strengthen my Imaan so I can handle the struggles in life and have patience.



I love you my Lord. 






My Allah. 


Please keep me safe. 


Ameen

Rabu, 8 Ogos 2012

Siapa Percaya Dia Dah Ada Anak

Assalamualaikum.

Aku ada kisah benar yang aku nak ceritakan. Shyyuu, kat orang lain, dia tak ceritakan. Hanya kepadaku. Ops, bukannya aku nak bocorkan cerita dia. Aku sekadar nak kongsikan tanpa sebut siapa dia sebenarnya. Kalau tak sebutkan nama, latar belakang dia, tak termasuk dalam mengumpat.

Nama dia aku letak Najah. Umur baru 21 tahun, tahun ini. Seorang gadis genik yang manja. Mempunyai wajah yang manis. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti merasakan dia sedang belajar paling kurang pun di Poli. Zaman sekarang kan banyak peluang untuk belajar dan ramai orang yang terpelajar.

Tetapi Najah ini belajar sekadar SPM sahaja. Dan lebih mengejutkan Najah adalah janda anak satu! Dia bercerai awal tahun lepas. Anaknya sudah setahun lebih.

Pada  mula dia cakap, "Kak, nanti jumpa anak Najah kat rumah. Kak jangan terkejut tau."
Sumpah aku tak percaya. Dia cuba yakinkan aku, "Najah bagitau kak awal-awal supaya kak tak terkejut." Tapi pada masa itu, aku masih tak dapat percaya lagi. Ye la, Najah ini pun suka berseloroh dan bergurau. Umur baru awal 20-an, tak kan lah dah ada anak, kan? Gaya dia tak macam ibu orang. Isk, confious!

Bila sampai kat rumah dia, baru aku percaya akan kata-katanya. Masa dalam perjalanan dia sudah beritahuku status dia yang sudah bergelar janda dan ibu tunggal. Apabila melihat rumah dia yang sempit ibarat rumah setinggan, aku betul-betul kesian dan tersentuh hati. Mak Najah pula masakkan kami maggie goreng untuk makan malam (walaupun aku tak suka maggie goreng -aku suka maggie celup-celup sahaja), lagilah aku rasa terharu. Aku rasa macam menyusahkan mereka sahaja.

Najah la sekarang ini yang menanggung keluarga. Bekas suaminya haram nak kasi duit nafkah anak mereka yang seorang itu. Bapa tirinya baru dapat strok sebelah badan. Mak Najah dan madunya yang membela bapa tiri Najah secara bergilir. Dengan ini menyebabkan mak Najah tak dapat untuk pergi kerja. Sebelum ini mak Najah kerja, dapat jugaklah tampung perbelanjaan keluarga. Abang Najah tak kerja. Aku pun tak faham, kenapa dia tak kerja. Tidaklah pula aku tanya lanjut.

P/s: Aku memang kenal rapat dengan Najah ni. Aku kenal mak dia, anak dia. Anak dia pun rapat dengan aku. Aku pula memang sukakan kanak-kanak, dah pandai cara nak bergaul dengan budak-budak.

Dengan cerita kisah benar ini, aku nak ajak korang supaya bersyukur dengan kehidupan yang kita ada. Mungkin kita rasa hidup kita susah, tapi ada lagi yang lebih susah. Kita kena banyak tolong-menolong meringankan beban orang lain.

Semoga Najah kuat mengharungi hidup. Kak Sha sayang Najah. Rasa macam adik sendiri.

Selasa, 7 Ogos 2012

Pilih Kawan Pada Pakaian

Assalamualaikum.

Ini adalah kisah seorang teman aku. Tak berapa rapat kerana baru beberapa kali bertemu.

Nama dia? Er, terlupa plak. Tak apa la, kita letak nama lain. Nama Alif. Dia ni orang miskin. Dia duduk dengan.. er, dia duduk sorang. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Dia anak yatim piatu.

Dulu dia duk dengan abang dia. Sekarang ni, dia buat blok kat belakang rumah yang abang dia huni. Mungkin itu adalah rumah pusaka mereka. Ye la, nak duduk sekali mungkin isteri abang dia tak selesa. Ye la, kalau aku pun tak nak la ada orang menumpang. Bukan apa, nanti jadi masalah lain. Better duduk rumah sendiri daripada duk rumah orang. Kecik-kecik pun, rumah kita. Bersih ke berselerak ke, rumah kita. Tak ada sape nak kisah kan sangat.

Kira dia hidup sendirilah. Makan minum pakai semuanya sendiri. Kadang-kala kesian juga kat dia. Tapi apa yang boleh dibuatkan.

Dia ada kawan, nama dia (ubah sikit ye, Hanif). Hanif ni boleh kata anak orang berada juga la. Diorang ni rapat. Hanif ada teman wanita, Nana (aku tak kenal pun. Budak Insanniah. Berjubah tapi londeh habis bila keluar. Cakap tak naik motor tapi bila hanif pergi ambil dia dengan motor, naik pulak).

Petang tu, Hanif ada ajak Alif teman dia belikan rantai sempena birthday si Nana ni. Malam tu nak sambut birthday. Alif beria-ia nak ikut. Kalau kita pun, mestilah nak pergi meraikan orang yang kita dah susah payah cari barang pada petangnya. At least, nak tengok reaksi si birthdy girl, kan..

Boleh pula si Hanif ni cakap pada kawan yang lain, "Aku tak nak bawa Alif sebab malu pada awek aku. Ko tengok la cara dressing dia.." Pergh, berasap wei..

Iya, Alif tak kaya. Tak ada baju berjenama luar negara. Dia hidup berdikari sahaja. Berdiri di atas kaki sendiri. Mak ayah dah tak ada nak support itu ini. Kalau kita di tempat Alif..

Bila Alif dapat tahu, terasa juga la dia. Lama juga tak bertegur sapa. Aku pun kureng sikit denga Hanif ni. Berlagak. Menyampah juga kadang-kadang tu dengan dia. Apa ingat dia ada harta boleh buat sesuka hati je ke? Harta je ada tak guna la wei, melainkan harta.


Kesimpulannya

Jangan hanya lihat kepada kebendaan sahaja. Contohnya, kalaulah si Alif tak temankan Hanif petang tu, kang susah juga..

Jangan ingat orang yang berjubah tu baik. Belum tentu. Dont judge a book by it's cover.

Isnin, 6 Ogos 2012

Bos yang Menakutkan

Assalamualaikum.

Aku nak bercerita pasal kerjaya sedikit.

Kat tempat aku kerja ni, aku rasa pelik juga sebab ramai pekerja seakan-akan takut kepada majikannya. Pelik juga aku rasa. Mungkin sebab aku dah banyak umur, pengalaman berhadapan dengan orang (berpersatuan) dan bekerja dengan beberapa orang majikan membuatkan persepsi aku tak sama dengan kebanyakan pekerja di tempat kerja aku. Pada aku, majikan perlu dihormati, bukannya ditakuti.

Pada aku, aku akan kenal seseorang (terutamanya majikan) terlebih dahulu. Mereka pun manusia juga. Bukannya bengis mana pun. Mereka juga punya anak walaupun ada majikan yang keras hati. Tapi ingatlah mereka tetap manusia yang ada perasaan. Kalau ada orang buat mereka tersentuh, mereka akan tersentuh. Yang penting, keikhlasan.

Bila aku dah kenal rentak mereka bagaimana, senanglah nak counter attack. Ops, bukannya nak jatuhkan majikan. Sekadar dapat tambat hati mereka pun dah cukup heaven.

Aku tak takut, cuma hormat pada orang. Buat apa nak takut kan? Nampak gelabah. Nampak salah.
Bos tak suka aku? Lantaklah.. Hahaha, tak ada la. Bos kurang gemar dengan pekerja yang cepat cemas. Mereka suka seorang yang tenang macam ehem ehem ehem... Hehe~~

Kesimpulannya
Takuti dan hormati kepada yang hak. Majikan bukannya untuk ditakuti tetapi lebih untuk dihormati. Ye la, orang yang memberi kita 'makan' kena la hormat. Kalau tak hormat, susah jugak. Lain jadinya.

Selamat bekerja semua.

Ahad, 5 Ogos 2012

Percakapan Meningkatkan Iman

Assalamualaikum.

Aku nak berkongsi sesuatu kepada korang. Aku dapat dalam group kawan aku. Rasanya elok untuk dikongsi-kongsikan..

Allah yang bagi rezeki, bukan majikan yang bagi rezeki.
Allah yang memberikan kesihatan, bukan ubat-ubatan yang memberi kesihatan.
Allah yang berikan kebahagian, bukan harta yang memberi kebahagiaan.
Hanya Allah yang Berkuasa, makhluk tak ada kuasa..


Ucaplah Lailahaillallah
insya-Allah Iman kita akan meningkat.

Percakapan ini ialah percakapan iman supaya kita tidak yakin selain pada Allah.
Sebab itu syirik Khafi yg lebih bahaya dari Dajjal Laknatullah. Syirik yang kita tidak sedar. Nauzubillah minzalik


P/s: Jadikan amalan harian di pagi hari.
Pesanan buat aku yang sering lupa...amalkanlah. Insya-Allah, i
man akan meningkat.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Bagaimana Bila Pendapat Tak Sama



Pendapat
Semua orang ada pendapat sendiri
Ada juga yang tiru sahaja pendapat orang lain.
Macam-macam pula ternampak apabila seseorang itu memberi pendapat.
Kadang-kala tergelak sendiri sebab pendapat yang entah apa-apa. Tapi tetap hormat sebab itu pendapat dia, bukan pendapat kita.

Tapi kadang-kala pendapat itu membuka mata. Membuka mata untuk membuatkan kita tersedar. Tersedar bagaimana cara pemikirannya dan tersedar akan keluasan ilmu.
Apa yang kita tahu belum tentu orang lain tidak tahu, dan belum tentu orang lain tahu.
Apa yang orang lain tahu belum tentu kita tidak tahu, dan belum tentu kita tahu.
Jadi, berilah pendapat. Tiada salahnya. Brainstroming in English.

Tapi janganlah dicemuh si pemberi pendapat. Itu pendapat dia.
Jangan diketawakan si pemberi idea. Itu idea dia.


Kesimpulan



Terimalah perbezaan pendapat dengan baik. Tak perlu nak maki hamun segala.
Adalah baiknya bila kita sama-sama nasihat menasihati semasa bertengkar, kan lebih baik.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Dah Bertemu Kembali


Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Minta maaf sebab dah lama tak up date entri.

Perasaan rindu untuk mengupdate cerita terbaru itu memang ada. meluap-luap. Tapi apakan daya diri ini lantaran kerana lappy dan broadband tidak bekerjasama. Lagipun sudah tiada siapa lagi yang mahu top upkan handphoneku seperti dahulu.

Nak balas mesej pun haram, apatah lagi nak buat baik dengan aku kan? Wah, sangat terasa. Orang dah tak sayang, buat tak tau je. Tapi masa sayang dulu merasa la juga duit orang. Hahaha~ ops, aku tak pernah minta okay. Dia yang nak kasi, ambil je la..

Oh ya, aku dah kerja. Itu yang membuatkan aku lambat nak boleh buka lappy dan on line. Alhamdu lillah, syukur dapat juga kerja. Kerja biasa-biasa saja. Tapi aku bersyukur sebab aku tahu di situ rezeki aku.

Kalau aku ada hp yang canggih, dah lama aku up date entri. Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah komen, membaca dan memfollow blog ini. Blog yang hebat. Hehehe~

Apa pun nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Semoga amalan kita diterima-Nya. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...