Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Bahasa Siam: Keluarga

Sawadee kah.
Sabai dee mai? Kun ce arai? Hah, tak tahu? Sila semak entri terdahulu pasal bahasa Thai ye.

Bahasa Siam/Thailand kembali lagi. Lama rasanya tak buat kelas bahasa Thai ini.
Kali ini kita belajar bab saudara-mara pula dalam Thai ye.

Jom belajar dan semak.

Bapa= pho
Emak= mae
Datuk= po
Nenek= ya
Mak saudara= na sau/pa
Bapa saudara= na din/loong
Kakak= phi/phi sau
Abang= phi/phi bao
Adik= nong
Kawan=phean

Apa yang aku faham, phi merujuk kepada kedua-dua jantina yakni mereka yang lebih umur dari kita (abang dan kakak). Kedua-duanya kita panggil phi sahaja.Aku tengok drama dan tanya kawanku yang Melayu Thailand, dia kata okay saja nak panggil phi.
Tetapi apabila aku suarakan kepada kawanku yang mana Siam Malaysia, dia kata sebut phi sau dan phi bao lebih jelas nak panggil kakak atau abang, bukan setakat senior sahaja. =)

Selamat belajar ye, phean.

Kap kun kah.

Boleh masuk dalam halaman Bahasa Thai

Buat Duit Internet, Boleh Dapat Ke

Assalamualaikum.

Buat duit dengan internet? Boleh. Ada kawan-kawanku buat duit beribu-ribu dengan internet. Diorang main Churp-churp. Kawan yang buat duit dengan Nuffnang baru ada beratus-ratus. Aku ada la sikit, setakat seratus lebih. Kira ok la kan, siapa nak bagi duit macam tu free je kan?

Hajat nak buat duit dengan internet memanglah tinggi tapi nampaknya blog pun tak la banyak sangat trafik. Nak apply dengan syarikat yang besar-besar, jangan haraplah. Tapi Bro Framestone ada cakap blog bangsa lain walau dengan blog yang ada follower berapa kerat dan trafik pun tak tinggi tapi boleh dapat duit poket beratus-ratus sebulan. Sampai bila nak tulis blog dengan percuma?

Iya, memang mahu dapat side income dengan blog tapi tak tahu cara.

1. Churp-churp
Kalau korang nak join, klik sini: churp-churp

Churp-churp ni dikira bila korang kongsi iklan dan diklik. Kongsi pada facebook, twitter, myspace, blog, web dan sebagainya.


2. Nuffnang
Apa yang aku tahu, korang mestilah mempunyai sebuah  blog …

Bila Blogger Bosan, Apa Nak Buat

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca tersayang? Ada yang merinduiku tak? Hehe, lama tak berup date blog.
Ini semua gara-gara blogspot yang dah up date template dan imbas upaya tidak lagi disokong dengan handphone symbian 60 ku yang comel itu.
Mr X-men, nama dia.

Kalau tak, sudah lama aku kongsikan kisah-kisah yang menarik dengan korang semua. Ini semua salah blogspot!
Aku lebih suka on line guna handphone sahaja memandangkan ianya mobile- mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Kalau lappy, jenuh nak usung kot.
Lagi satu lappy aku, Mr Len pun bukannya baik sangat kesihatannya.

Tanpa dapat up date entri, kepala aku jadi macam berat sahaja. Tak dapat nak luahkan. Luah kat facebook? Twitter? Facebook, tak sesuai nak luahkan. Twitter? Ala, aku dah terlupa passwordnya. Kalau tak, boleh bertwitter dengan Abu (ashgive.com)
Hahaha, kesian kan.. Tak ada tempat nak luah kot.

Jadi sepanjang aku tak berup date entri, aku balas komen-komen, lawat balik mereka yang dah komen kemudian komen kat banyak ent…

Jangan Dengkilah Wahai Blogger

Assalamualaikum.

Cerita pasal blogger ni kadang-kala boleh buat satu kamus tebal. Haha~

Sepanjang 3 tahun aku berada dalam bidang blogging dan setahun baru aktif, banyak juga karenah blogger yang dapat aku jumpa.

Sekarang ini, heboh dengan pertandingan Digi Awards. Aku pun join juga sekadar mahu memeriahkan suasana dan pertandingan. Nak menang tu tak ada harapanlah. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat promosikan blog aku yang tidak seberapa ini. Itu dah kira promosi free. Undilah aku ye. Kesian kat aku. Hahaha, undilah blog aku ya, daripada korang tak ada buat apa-apa tu, apa salahnya sumbangkan masa sekejap untuk aku, kan? Thehihi~


Blogger hebat dengki

Karenah blogger yang aku nak bincang ni rasanya dah ramai orang tahu. Aku pun pernah suka dan pernah tak suka dengan seorang blogger A ini tapi aku neutral balik setelah kawan aku yang dapat no 2 dalam Social Media Awards,menberi pendapat kira aku dah fikir positif pasal blogger A yang aku maksudkan.

Masalahnya sekarangnya, aku nampak yan…

Dah Putus, Kena Pukul Sampai Cacat

Assalamualaikum.

Aku nak sambung cerita yang dulu, pasal kawan aku yang kaki sentap tu. Boleh klik sini untuk membaca ceritanya, sebab ini adalah sambungannya.

Dah la si perempuan itu menolak lamaran yang bakal dihantar oleh si lelaki, dia boleh pula upah gangster suruh pukul mamat tu. Sampai masuk hospital. Aku memang terkejutlah. Ingatkan masuk hospital sebab frust tapi sebab lain. Sebab kena pukul. Lagilah aku terkejut. Lebih mengejutkan, si gadis pujaan hati itu yang rancang semua ini.

Ok, kira dah tak mahu dengan lelaki yang ikhlas nak kahwin dengan dia, upah gangster suruh pukul. Kalau pukul sikit-sikit tak apa lah. Tapi teruk juga la siap masuk hospital, bukan sehari dua,  lama juga. Pula tu sekarang ni si lelaki tu (kawan aku) mengadu dia bakal buta sebab hentakan yang kuat di bahagian mukanya.

Aku kasihan dan bersimpati dengan dia. Sudahlah ditolak keinginan hati yang suci murni nak bina masjid, dipukul pula, akan cacat lagi. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku terima nasib se…

Ada Masalah, Bersyukurlah

Assalamualaikum..

Aku setuju sangat dengan gambar di atas.

Lappy aku pun ada masalah juga. Tapi memang bersyukurlah, kadang-kala boleh on line, kadang kala susah.
Bab broadband, aku malas nak aktifkan balik, dah terminate pun. Dah tak ada hutang tu kira okay la. Rimas aku nak fikir bab hutang-hutang ni.

Sekarang ni aku guna kredit prepaid je. Terima kasih untuk encik abang tersayang sebab dia yang kasi kredit untuk dibuat beli broadband weekly. Kalau ikut aku, nak je buat broadband daily tapi dia suruh ambil yang weekly punya, aku sambar je la. Tambahan pula bukannya duit aku pun. Hahaha~


Kesimpulan

Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Berterima kasihlah kepada mereka yang berbudi.

Tips Blogging: Blogging Biarlah Ikhlas

Assalamualaikum.

Bebaru ini aku berkenalan dengan seorang blogger yang hebat. Aku tanya apakah rahsia atau tips yang dia nak kasi kepada aku selaku blogger (dia tak tau pun blog aku nama apa, berapa follower).

Katanya, yang penting ikhlas.

Aku kurang faham. Aku tanya dia, ikhlas apa.

Dia kata keikhlasan dalam membuat entri, biarlah kita rasa sempurna dan ikhlas dari kita untuk orang lain hadap entri kita.

Terfikir juga aku. Ada betulnya kata-kata blogger tersebut.



Melepaskan batuk di tangga Kita ni buat entri pun bagai melepaskan batuk di tangga saja. Begitukah layaknya kita memberi kepada orang lain. Begitukah yang kita ingin pamerkan kepada orang lain? *Serius, aku pun terasa malu juga bila fikir macam ni. Entri aku pun ada juga yang macam ni, setakat bagi ada entri sahaja. Malu.

Typo
Kadang-kala ada typo. Kadang kala ayat entah apa-apa. Orang nak faham pun kena baca berkali-kali.

Aku salute dengan mereka yang menggunakan bahasa baku tetapi boleh lagi bersahaja, macam Ariff Shah. Ramai lag…

Tips Persiapan Pengantin yang Perlu Anda Buat

Tips Persiapan Pengantin yang perlu anda buat, dibawa khas kepada anda oleh blog hebat, Sha myheart.,Dulu-dulu tak pula terfikir pasal bab aspek kenduri kahwin ni. Ada fikir juga tapi tak de la fikir dalam-dalam sangat, bukan apa, tak nak terluka sendiri. Uii, sakitnya frustrated! Tak nak tambah lagi, cukuplah.
Tapi sekarang ni dah siap search dan nak tahu dengan lebih jelas lagi. Kenapa? Ehem-ehem, rasanya dah makin dekat. Sweet.

See, perasan sendiri. Tak ada orang pun kata sweet. Gedik! Ahaks.

Ok, inilah antaranya yang perlu difikirkan oleh bakal pengantin:

Senarai persediaan/persiapan pengantin

1. Kad kenduri dan panggilan kenduri walimatulurus-off line dan on line

2. Banner dan bunga manggar

3. Katering/pakat orang kg - menu

4. Potong kelapa -photographer la..Hehe~

5. Souvenir/buah tangan/bingkisan - utk kawan-kawan -apa nak letak dalam goodies bag?

6. Ada bunga tak untuk kereta rombongan?

7. Baju untuk sedara mara ada tak? T-shirt ke, warna tema sama ke?

8. Pelamin, meja dan bilik…

Apa itu Zikrullah

ZIKRULLAH (mengingati Allah) yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah,mensucikan-Nya,menyebut kalimah Allah,mengucap 'Subhanallah' dan melakukan pujian dengan berbagai bentuk dan cara.
Manfaat zikrullah ini sangat besar sekali sebagaimana firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi:
Maksudnya:Wahai anak Adam!Apabila kamu ingatkan aku (Allah) dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pula kepadamu dalam keadaan sunyi sepi. Dan apabila kamu mengingati Aku di tengah khalayak ramai nescaya Aku akan mengingatimu di dalam khalayak ramai yang lebih baik dari tempat kamu ingat kepadaku.
-Riwayat Bazzar dari Ibnu Abbas.

Nilai Hantaran Orang Utara

Assalamualaikum.

Kali ini mahu berbicara mengenai hantaran yang diletakkan semasa majlis pertunangan.

Aku orang utara. Hantaran kami tak sama macam sebelah negeri lain. Mula-mula, aku pelik juga sebab orang bising-bising bila ada keluar jadual hantaran yang mana ikut kelulusan si pengantin perempuan.
Aku rasa hairan, kenapa mereka bising-bising pada hal kat tempat aku biasa sahaja kalau harga itu, malah kalau ada SPM pun dah sampai tahap RM 8,000.

Kemudian, baru aku tersedar, kat tempat aku berbeza.
Bagi sebelah utara ni, kami hanya ambik duit hantaran, mas kahwin dan barang kemas cincin sahaja. Tak ada barang serba satu serba duduk, serba diri, serba baring. Juga kami tak ada minta duit untuk kenduri.
Duit kenduri guna duit sebelah pengantin perempuan itu sendiri. Tetapi, ada juga yang mahu minta barang kemas, terpulang kepada pengantin.

Aku rasa wang hantaran orang Utara lagi rendah dan murah.

Erm, apa nak kata pasal duit hantaran kawan-kawanku.

Kes 1
Hantaran 6 ribu, cincin dua bent…