Januari 2012 | ! sha my heart

.

Jumaat, 27 Januari 2012

Tips Elak Dari Kena Hack


Gambar ni bukti aku kena hack.



Assalamualaikum.

Dah lama aku ingin kongsikan apa yang aku tahu pasal elakkan diri dari hack. Ku pendamkah hasrat itu kerana rasakan semua orang dah tahu. Tapi perkara ini menjadi sebaliknya apabila aku kena hack, ada yang bertanya apakah tips untuk elakkannya.

Mungkin akan kata apa yang aku tahu pasal hack, sebab aku pun terkena? Aku terkena perangkap si hacker bukan kerana kelemahan yang ada tapi kalau dah terkena phising, tak ada siapa boleh elak dari dihack. Anda faham tak? Phising tu boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Contohnya kita seekor ikan, kita masuk ke laluan air sehala yang hujungnya ada jala. Kita tak dapat nak lari ke mana.

Cara yang lain, malware mengintip apa yang kita buat.

Ada juga jenis virus apa ya, aku tak ingat namanya. Ia akan ikut apa yang kita buat. Contohnya, kita buat password baru, dia dapat tau. Diorang ada copy automatic satu. Perkara ni pernah menimpa seorang blogger popular.

TIPS ELAK KENA HACK

1. KOMPUTER

Kemaskini (up date) antivirus
Hal ini penting. Aku guna antivirus kypersky internet security. Bila je online, ia akan terus up date automatic. Senang, tak payah nak tekan-tekan lagi. Kenapa aku pilih internet security? Sebab aku tahu aku suka on line. Ada safe run, kita boleh online dengannya, kalau ada virus, ia akan beri warning atau tidak loading langsung. Kalau dah ada warning tu, tak payah la nak masuk lagi. Batalkan sahaja niat tu. Kalau virus data perkongsian pendrive tu kurang la, sebab ini adalah PC –personal computer. Jarang nak berkongsi apa-apa dengan storage yang lain.

Kalau anda tidak mahu beli/tiada bajet untuk antivirus, jangan risau ada solution yang lain. Ada antivirus untuk windows (cari: antivirus for windows). Ini pensyarahku ajar. Seeloknya sebulan sekali, sebab diorang pun buat kemaskini sebulan sekali saja. Aku pernah guna. Not bad. Pensyarahku kata ianya lebih kuat dan cukup sebab windows memahami apa yang mereka hadapi berbanding dengan vendors luar.

Kemaskini (up date) windows
Kalau ada up date untuk windows contohnya adobe reader, buat la. Tapi pastikan linknya adalah laman web perisian tersebut yang original. Contohnya, www.adobereader.com


2. LINK DAN EMAIL

Elakkan daripada klik laman web yang bukan-bukan, yang pelik linknya

Contohnya, www.exe.php.bit/vo
Aku pun tak tau link apa yang kat atas tu. Aku main pakai taip je. Nak buat contoh. Kalau anda nak tau, try la klik. Haip, kan dah kata jangan klik laman web yang bukan-bukan! Oh ya, apa yang aku tahu, kalau masuk ke dalam web lucah, berisiko dapat virus. So, elakkan diri okay, lagipun benda tu haram.

Elakkan menggunakan email yang sama dengan log in facebook
Hal ini akan menyenangkan kerja si hack, kalau dia dapat hack fb anda, dia juga dapat hack blog anda sekaligus. Tak pun, tengok kat info fb anda pun dah boleh heck blog.
Solutionnya: gunakan email yang berbeza. Contohnya, pada fb, guna email yahoo manakala email login blog guna google mail.

Elakkan guna password yang mudah. Contohnya, 1234.
kalau anda nak tahu, ada banyak password yang ramai orang guna, di dunia ni.
Aku ada jumpa dulu, sekarang dah tak ingat nak cari kat mana.
Solutionnya: Gabungkan abjad dan nombor, juga symbol-simbol. Contohnya: Meinyau80164_@$&*)(

Elakkan guna password nombor kad pengenalan. Contoh, 920121, 210192, 21192.
Nombor kad pengenalan, birthday adalah sangat mudah untuk dihidu. No telefon anda pun perkara mudah untuk dikesan.

Elakkan guna password nombor yang berulang. Contohnya, 123123, 242424,
Solutionnya: guna je nombor entah pape. Contohnya, 187038923

Elakkan guna password nama anda. Contohnya, Sha
Solutionnya: guna je password entah pape. Contohnya, ikankekekkenakokek

Elakkan keluar laman maya tanpa log out
Anda terus je tutup fb dan blog bila dah tak nak gunakan lagi terutamanya diakses di kedai computer-cyber cafe (CC). Hal ini lebih berbahaya kalau anda berkongsi computer atau anda buat automatic login di CC. Oh, tidak! Jangan sesekali buat macam tu tau.
Aku pernah sekali terjumpa dengan seorang mamat tu dia tak log out masa masuk ke salah satu laman web kerajaan. Masa tu aku isi borang, sekali borang mamat tu yang keluar. Nak buat macam mana lagi, dah tak ada cara lain, terpaksa la aku padam dan tulis butir-butir aku. Aku ambik no hp mamat tu dan bagitau dia. Dia isi semula. Masa tu aku guna wifi. Ada orang kata, kalau berkongsi wifi, senang nak kena hack. Aku diberitahu, kalau guna broadband pun boleh terkena juga. Aduh, dunia maya sudah tidak selamat.

Elakkan menyebarkan email anda merata tempat
Kalau dah tak ada kerja, email anda pula mudah didapati di merata tempat, jadi pemangkin kepada mereka untuk buat kerja hack ni.


3. ORANG

Elakkan menyakitkan hati orang
Kalau orang dah sakit hati, ada saja yang berdendam. Hati orang, tak semuanya sama.
Solutionnya: berbaik dengan semua orang. Kalau ada salah, minta maaf.

Elakkan berkawan dengan orang yang pandai hack
Er, kelab RileksCrew dan Pengembara Timur jangan marah naa.. Aku dengan si hackers ni ok je, sebab diorang tahu hormat aku. Tapi aku nak cerita pasal seorang kawan a.k.a adik angkatku di UUM, fb dia selalu kena hack. Kerja kawan-kawan dia la. Lawak pun ada juga, kesian pun ada juga. Ye la, kawan-kawan fb dia selalu hilang. Selalu kena add balik. Tak ada apa, gurauan. Tapi kalau aku kena macam tu, mau bengang jugak, ye la nak kena add dan cari balik kawan-kawan terutamanya yang mudah terasa, tuduh kita remove dia. Ermm..


KESIMPULAN


Kalau anda nak tahu, ada berapa ribu banyak laman web yang ajar untuk hack. Berjuta-juta lemon laman web yang mengajar cara-cara untuk hack. Menggerunkan. Jadi, kita kenalah peranginya. Paling tidak pun, jagalah keselamatan laman web dan akses maya anda.

Kalau ada sesiapa nak tambah, dipersilakan. Aku pun bukannya pandai sangat bab ni. Sekadar berkongsi apa yang tahu. Semoga bermanfaat.

P/s: My dear hacker friends, no more hack my blog, k.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.



Khamis, 26 Januari 2012

Tips Cara Menghadapi Orang Mengumpat Pasal Kita



Assalamualaikum.

 korang pernah tak diumpat, dimengata? mesti pernah, kan? Jadi, apa kata korang ikut je tips yang aku bagi kat bawah ni. Semoga ianya dapat meringankan beban perasaan korang tu.
Apabila kita diumpat, cool saja. Fikirkan mungkin mereka tiada rahmat dari Tuhan. Kita yang dapat rahmat dari-NYA kena tunjuk contoh yang terbaik.

Tips cara hadapi orang mengumpat pasal kita

1. Cool
buat cool je. Tenang je. Buat derk je.

2. Senyum
senyum tu bukan sekadar sedekah tapi ia juga untuk menyejukkan hati. Jadi banyakkan senyum. Tak payah cakap pape, baru nampak misteri sikit. Ingat kata-kata ni: senyum, tak perlu kata apa-apa.

3. Dekatkan diri dengan ALLAH
Banyakkan solat, berdoa, baca al-quran dan berzikir yang selama ini mungkin telah lama kita tinggalkan.

4. Dengar ayat-ayat Maha Pencipta
Sesungguhnya ayat suci adalah sumber ketenangan. Kalau boleh baca, baca. Hafal dan hafaz. Dengan kecanggihan teknologi, dengar melalui gadjet pun boleh.


5. Berubah
Pernah dengar, 'musuhmu adalah mereka yang betul-betul kenal akan dirimu?' mungkin apa yang mereka umpatkan itu tujuan supaya kita berubah menjadi seorang yang terbaik.

Aha, ok tak? Cubalah korang amalkan, insya-ALLAH kurang sikit rasa sakit hati tu.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Selasa, 24 Januari 2012

Lama Tak Semestinya Lupa

Assalamualaikum.

Apa khabar korang semua?

Lama tak menulis entri, dah macam tak reti pula nak mulakan. Haha~

Selama hampir sebulan aku tak on line. Sebab apa? Saja-saja nak cuti. Ye la, dekat setahun kot aku asyik berblog je, tak ada cuti pun. Bila dah ada kesempatan, aku rebut la. hihi~

Selama beberapa hari aku tak on line tu, bagus juga rupanya kalau tidak berblog ni. Haha, nampak sangat aku ni tak nampak life sebelum ini. Masa tak on line, aku melakukan hobi lama, menulis. Dah siap tiga cerpen. Sekarang ni, aku usahakan novel pula.

Oh ya, aku juga banyak membaca novel adikku. Sebelum ni, jangan harap la aku nak baca. Bukan tak minat tapi buat aku ingatkan memori yang melukakan saja. cuma sekarang ni, novel-novel terkini dah tak melankolik macam lima tahun dahulu.

Sesungguhnya, aku gembira dengan hidupku. Tak on line? Nanti la, kalau aku ada pendapatan lebih. Haha~

Terima kasih kerana masih sudi menyokong aku.

Selasa, 17 Januari 2012

Tak Sangka Ada yang Ternanti-nanti



Assalamualaikum.

 Serius, aku tak sangka pula ada orang suka baca blog aku terutamanya untuk belajar sesuatu dan ternanti-nantikan sambungannya.

Korang boleh tengok kat tips blog, Korea, Bahasa Thai, Tutorial dan lain-lain. Kat situ, aku dah sediakan kelas terapi terbaik eh bukan kelas tapi apa yang korang nak tahu tentang tips blog, Korea, Bahasa Thai dan bermacamlah lagi yang aku sumbat pada menu tab atas blog ni. Silalah check sendiri.

Terima kasih, semoga blog aku bermanfaat kepada semua. Bajet je blog ni ada berita dan tips pelbagai. Haha~

Meh lihat sini blog yang paling menarik perhatian, ada blogger yang memang menanti-nantikan sambungan bahasa asing yang aku usahakan. Ingatkan tak de sape baca dan nak belajar, tu yang malas nak buat. Hehe~


Kesimpulannya, korang taburlah ilmu sebab ianya akan menjadi sesuatu yang amat berguna kepada orang lain. Tinggalkan ilmu yang kita ada dalam bentuk penulisan supaya ada orang boleh belajar. *Terbayang sawah padi emas ni. Huraian? Cuba bayangkan dan fikir. Hehe~

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...