Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Paku-Paku Pula, Amenda Ni Rimas

Assalamualaikum. Korang kalau bercakap atau bertindak ada main paku-paku tak? Rimas lor ada jumpa orang macam ni. Kalau lelaki tak apa. Ni perempuan. Tak suka, tak suka.. Thought that girl is very annoying. Perempuan tak elok nak ada perangai dendam mendam ni. Tak sesuai dengan jiwa keibuan dan kelembutan seorang wanita. Cheewahh.. Pengajarannya Tak payahlah kot nak main paku-paku. Tak payah la der duk dendam-dendam. Bukan best pun. Jadi pemaaf lagi best. Sumpah =)

Petua Untuk Elak Bau Peluh

Assalamualaikum. Korang kuat peluh? Lepas tu, badan berbau? Aku ada sedikit tips nak kongsi. 1. Mandi kerap Macam orang agama kata, kalau dah setiap hari mandi lima kali, adakah akan masih ada kekotoran? Falsafah yang sama juga boleh diapplikasikan di sini. Ya, mandi. Tapi biarlah mandi elok-elok. Jangan mandi kerbau ye. Kalau rasa badan anda berbau, korang digalakkan mandi lama sedikit. Mandi, gosok, sabun (tak kira sabun ketul ke shower gel). Sental badan tu. Berapa lama? Tak kisahlah berapa lama korang nak ambil. Seelok-eloknya mandi setengah jam. Ini kes masa badan korang mula mengeluarkan bau badan. Insya-ALLAH, akan hilang bau tu. Tapi bukan dalam masa sehari ye. Amalkan je, nanti hilanglah. =) 2. Banyakkan menjaga kebersihan Buanglah segala bulu-bulu yang tidak berkenan dan tidak berkenaan ye. Apabila kita berpeluh di tempat yang kotor (ketiak yang berbulu) ia akan menyebabkan muncul bau ketiak. Cara nak hilangkan bau itu dengan korang pergi basuh ketiak dahulu.

Tiga Perkara Pergi, Hancur dan Hilang dari Hidup Kita

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI ♥ 1. Waktu 2. Perkataan 3. Kesempatan ♥ ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA ♥ 1. Kemarahan 2. Kesombongan 3. Dendam, Iri Hati, Dengki. ♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA ♥ 1. Cinta Kasih 2. Keluarga 3. Sahabat

I Know You are There!

I know You are there Allah. I know You see my tears.  I know You hear my prayers.  I know You are testing me.  And all I ask from You is to strengthen my Imaan so I can handle the struggles in life and have patience. I love you my Lord.  My Allah.  Please keep me safe.  Ameen

Siapa Percaya Dia Dah Ada Anak

Assalamualaikum. Aku ada kisah benar yang aku nak ceritakan. Shyyuu, kat orang lain, dia tak ceritakan. Hanya kepadaku. Ops, bukannya aku nak bocorkan cerita dia. Aku sekadar nak kongsikan tanpa sebut siapa dia sebenarnya. Kalau tak sebutkan nama, latar belakang dia, tak termasuk dalam mengumpat. Nama dia aku letak Najah. Umur baru 21 tahun, tahun ini. Seorang gadis genik yang manja. Mempunyai wajah yang manis. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti merasakan dia sedang belajar paling kurang pun di Poli. Zaman sekarang kan banyak peluang untuk belajar dan ramai orang yang terpelajar. Tetapi Najah ini belajar sekadar SPM sahaja. Dan lebih mengejutkan Najah adalah janda anak satu! Dia bercerai awal tahun lepas. Anaknya sudah setahun lebih. Pada  mula dia cakap, "Kak, nanti jumpa anak Najah kat rumah. Kak jangan terkejut tau." Sumpah aku tak percaya. Dia cuba yakinkan aku, "Najah bagitau kak awal-awal supaya kak tak terkejut." Tapi pada masa itu, aku masih tak dapat perc

Pilih Kawan Pada Pakaian

Assalamualaikum. Ini adalah kisah seorang teman aku. Tak berapa rapat kerana baru beberapa kali bertemu. Nama dia? Er, terlupa plak. Tak apa la, kita letak nama lain. Nama Alif. Dia ni orang miskin. Dia duduk dengan.. er, dia duduk sorang. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Dia anak yatim piatu. Dulu dia duk dengan abang dia. Sekarang ni, dia buat blok kat belakang rumah yang abang dia huni. Mungkin itu adalah rumah pusaka mereka. Ye la, nak duduk sekali mungkin isteri abang dia tak selesa. Ye la, kalau aku pun tak nak la ada orang menumpang. Bukan apa, nanti jadi masalah lain. Better duduk rumah sendiri daripada duk rumah orang. Kecik-kecik pun, rumah kita. Bersih ke berselerak ke, rumah kita. Tak ada sape nak kisah kan sangat. Kira dia hidup sendirilah. Makan minum pakai semuanya sendiri. Kadang-kala kesian juga kat dia. Tapi apa yang boleh dibuatkan. Dia ada kawan, nama dia (ubah sikit ye, Hanif). Hanif ni boleh kata anak orang berada juga la. Diorang ni rapat. Hanif ada teman wan

Bos yang Menakutkan

Assalamualaikum. Aku nak bercerita pasal kerjaya sedikit. Kat tempat aku kerja ni, aku rasa pelik juga sebab ramai pekerja seakan-akan takut kepada majikannya. Pelik juga aku rasa. Mungkin sebab aku dah banyak umur, pengalaman berhadapan dengan orang (berpersatuan) dan bekerja dengan beberapa orang majikan membuatkan persepsi aku tak sama dengan kebanyakan pekerja di tempat kerja aku. Pada aku, majikan perlu dihormati, bukannya ditakuti. Pada aku, aku akan kenal seseorang (terutamanya majikan) terlebih dahulu. Mereka pun manusia juga. Bukannya bengis mana pun. Mereka juga punya anak walaupun ada majikan yang keras hati. Tapi ingatlah mereka tetap manusia yang ada perasaan. Kalau ada orang buat mereka tersentuh, mereka akan tersentuh. Yang penting, keikhlasan. Bila aku dah kenal rentak mereka bagaimana, senanglah nak counter attack. Ops, bukannya nak jatuhkan majikan. Sekadar dapat tambat hati mereka pun dah cukup heaven. Aku tak takut, cuma hormat pada orang. Buat apa nak takut kan

Percakapan Meningkatkan Iman

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sesuatu kepada korang. Aku dapat dalam group kawan aku. Rasanya elok untuk dikongsi-kongsikan.. Allah yang bagi rezeki, bukan majikan yang bagi rezeki. Allah yang memberikan kesihatan, bukan ubat-ubatan yang memberi kesihatan. Allah yang berikan kebahagian, bukan harta yang memberi kebahagiaan. Hanya Allah yang Berkuasa, makhluk tak ada kuasa.. Ucaplah Lailahaillallah insya-Allah Iman kita akan meningkat. Percakapan ini ialah percakapan iman supaya kita tidak yakin selain pada Allah. Sebab itu syirik Khafi yg lebih bahaya dari Dajjal Laknatullah. Syirik yang kita tidak sedar. Nauzubillah minzalik P/s: Jadikan amalan harian di pagi hari. Pesanan buat aku yang sering lupa...amalkanlah. Insya-Allah, i man akan meningkat.

Bagaimana Bila Pendapat Tak Sama

Pendapat Semua orang ada pendapat sendiri Ada juga yang tiru sahaja pendapat orang lain. Macam-macam pula ternampak apabila seseorang itu memberi pendapat. Kadang-kala tergelak sendiri sebab pendapat yang entah apa-apa. Tapi tetap hormat sebab itu pendapat dia, bukan pendapat kita. Tapi kadang-kala pendapat itu membuka mata. Membuka mata untuk membuatkan kita tersedar. Tersedar bagaimana cara pemikirannya dan tersedar akan keluasan ilmu. Apa yang kita tahu belum tentu orang lain tidak tahu, dan belum tentu orang lain tahu. Apa yang orang lain tahu belum tentu kita tidak tahu, dan belum tentu kita tahu. Jadi, berilah pendapat. Tiada salahnya. Brainstroming in English. Tapi janganlah dicemuh si pemberi pendapat. Itu pendapat dia. Jangan diketawakan si pemberi idea. Itu idea dia. Kesimpulan Terimalah perbezaan pendapat dengan baik. Tak perlu nak maki hamun segala. Adalah baiknya bila kita sama-sama nasihat menasihati semasa bertengkar, kan lebih baik.

Dah Bertemu Kembali

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Minta maaf sebab dah lama tak up date entri. Perasaan rindu untuk mengupdate cerita terbaru itu memang ada. meluap-luap. Tapi apakan daya diri ini lantaran kerana lappy dan broadband tidak bekerjasama. Lagipun sudah tiada siapa lagi yang mahu top upkan handphoneku seperti dahulu. Nak balas mesej pun haram, apatah lagi nak buat baik dengan aku kan? Wah, sangat terasa. Orang dah tak sayang, buat tak tau je. Tapi masa sayang dulu merasa la juga duit orang. Hahaha~ ops, aku tak pernah minta okay. Dia yang nak kasi, ambil je la.. Oh ya, aku dah kerja. Itu yang membuatkan aku lambat nak boleh buka lappy dan on line. Alhamdu lillah, syukur dapat juga kerja. Kerja biasa-biasa saja. Tapi aku bersyukur sebab aku tahu di situ rezeki aku. Kalau aku ada hp yang canggih, dah lama aku up date entri. Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah komen, membaca dan memfollow blog ini. Blog yang hebat. Hehehe~ Apa pun nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mu

Open Tracker