Langkau ke kandungan utama

Tips Temuduga: Ceritakan Pasal Diri Anda


Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda.

Ini adalah perkara pertama yang akan ditanya pada temuduga. Hal ini ditanya untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan peminta kerja dan mereka juga ingin memecahkan kebuntuan dan kecemasan anda dengan temuduga. Tujuannya hanyalah untuk mengurangkan rasa kegugupan anda. Selain itu, mereka ingin melihat bagaimana gaya persembahan presentation pasarkan diri anda bukan sekadar tertulis di dalam kertas (sijil yang anda bawa sahaja).

Jadi, kalau dah namanya ‘ceritakan, huraikan,’ kenalah panjang sikit. Aku ceritakan apa yang aku tahu melalui kursus, pengalaman, pembacaan buku, majalah dan pencarian dalam internet berkait tentang topic ini. Aku rumuskan khas untuk korang yang singgah ke sini. Bertuah korang. Hehe~

Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Nak cerita apa? Cerita saja apa-apa pun. Hehe~ Eh, mana boleh. Korang hanya perlu cerita pasal nama, pendidikan tertinggi, jawatan tertinggi, pengalaman kerja dan perwatakan anda. Itu sahaja. Tak payah pun nak masukkan hobi. Tapi kalau korang dah tak tau nak balun apa, sebat je la, hobi, adik beradik korang, asal mana.

Meh aku huraikan satu persatu.

1. Nama.
Sebut nama korang la. Nama penuh sahaja. Jangan pula disebut nama bin bin bin.. Cukup nama penuh korang sahaja dengan satu bin atau binti. Contohnya Siti Aminah binti Ahmad, Amiruddin Bin Ali.

Nama samaran? Tak perlulah. Korang bukannya nak berkenalan memadu asmara dengan si penginterview (intervieweer).

Nama bapa korang ada pangkat Dato’, Datuk, Tan Sri, Datuk Sri, Tun? Tak payah la sebut. Sebut nama, sudah, tak payah nak sebut pangkat. Lainlah kalau korang boleh gunakan pangkat bapa untuk dapatkan kerja tersebut. Macam mengugut pula. Tak pun, mereka tidak selesa kerana berkerjasama dengan anak seteru sendiri mungkin. Selain itu, korang macam nak belagak sahaja sebut pangkat. Belum kerja pun dah sombong, apatah nanti bila dah kerja, bagaimanalah pula perangai korang, kan?

2. Pendidikan tertinggi tu, biarlah dua sahaja.
Contohnya korang ada diploma dan ijazah. Ikutan, adalah seeloknya korang sebut yang paling tinggi terlebih dahulu.
Kiranya ijazah dahulu, barulah diploma. Bukan sekadar sebut ada sijil  diploma sahaja. Sebut juga korang ambik bidang ada apa sijil-sijil itu. Contohnya, diploma Pengurusan Perniagaan pengkhususan Pengurusan Akaun. Ijazah Pengurusan Sumber Manusia-Perhotelan.

Kalau ada diploma sahaja, tak perlulah nak sebut ada PMR, SPM ya. Dah tentulah si penginterview sedia maklum, memang la kalau nak buat diploma mesti ada SPM dan PMR. Lagipun SPM dan PMR tak penting bagi mereka tahu. Yang penting, kelayakan tertinggi.
3. Jawatan tertinggi
Menunjukkan korang seorang yang aktif.
Tak ada jawatan pun tak apa. Cakap sahaja korang aktif dalam persatuan (apa-apalah yang korang anggotai). Contohnya saya aktif dalam Kelab Sukarelawan Peace Malaysia dan Kelab Belia 4B. Memang ada point tambahan untuk korang la kat situ. Tak kan korang tak ada aktif dalam apa-apa persatuan, kan?
4. Pengalaman kerja
Pengalaman kerja ini penting. Ini menunjukkan anda senang untuk diambil kerja. Tetapi, jangan terlalu banyak menulis atau menceritakan tentang pekerjaan dahulu kerana ia akan menggambarkan anda akan mudah berhenti jika berlaku sesuatu yang tidak memuaskan hati anda.
Kaitkan pengalaman kerja anda dengan jawatan yang dimohon. Contohnya korang kerja restoran makanan segera sebelum ini. Kaitkan dengan kepentingannya dengan jawatan yang dipohon dengan sifat tolong menolong, teamwork, melayan karenah pelanggan, semagat melakukan kerja, dan sebagainya yang difikirkan sesuai.
5.  Perwatakan anda
Siapa anda sebenarnya? Nak juga majikan tahu siapakah diri anda yang sebenarnya. Korang kena listkan beberapa potensi positif dalam diri anda yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan apa yang syarikat cari.
Contohnya, anda seorang yang bersemangat, ceria, optimis, berwawasan, cepat belajar dan lain-lain.


Tips lain:
Tak perlu panjang-panjang dan meleret. Just nice je tau. Masa yang sesuai 2-3 minit sahaja.

Berlatih cakap depan cermin. Ada eloknya korang rakam latihan anda. Nanti korang boleh nilaikannya sendiri.

Cakap dengan jelas, dan terang sebut butirannya.

Pandang interviewer dengan pandangan yang menyakinkan yakni kekalkan eye contact. Jangan pandang tempat lain.

Kalau intervieweer ramai, pandang sama rata atau boleh pandang lebih kepada ketua penenuduga.

Jangan sesekali menundukkan kepala.

Bahasa badan perlu juga. Jangan kaku sahaja. Boleh gerak-gerakkan tangan semasa menerangkan sesuatu. Tapi tangan tak boleh melepasi paras bahu anda. Tak boleh buat macam Karam Sigh Walia, itu dah langgar terma penggunaan tangan dengan sopan. Macam nak marah dan salahkan orang sahaja.

Jangan lupa untuk senyum dan bersopan. Ucap terima kasih.


Semoga bermanfaat dan semoga lulus temuduga dan dapat kerja, ya. Aminn..

Membantu tak tips-tips ini? Komenlah sikit.

Ulasan

  1. entry yg sgt mbntu lps abs bljr nti..tengs. nice entry.:)

    BalasPadam
  2. Cik suka: sama2 kasih. Hehe. :-)

    BalasPadam
  3. serius bagus entry ni..tp yg penting confident.. buat resume konfiden, interview konfiden, becakap konfiden.. jalan konfiden...haha kan..

    BalasPadam
  4. Abu: betul3. Jd upin ipin jap. Haha

    BalasPadam
  5. Ye,
    'soalan tell me about your self' dalam temuduga kerja sememangnya tidak sama dengan seperti ditanya di sekolah dulu.
    Soalan ni haru dijawab dengan teliti dengan jawapan yang menjurus ke arah 'kenapa majikan harus ambil kita bekerja / perihal diri yang boleh membantu organisasi atau majikan'
    Ramai yang tidak tahu akan hal ini.

    Sekian,

    Bukhari Ryo
    http://www.temuduga.com.my/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker