Langkau ke kandungan utama

Selamat Berbahagia, AA

Assalamualaikum.

Aku balik kampung. Ada call masuk ke handphone ayah, aku yang terdengar deringan membawakan handphone kepada orang tuaku itu. Nama dia tertera. Aku malas nak angkat. Ye la, antara kami sudah tiada apa-apa.

Aku yang kebetulan panas terpaksa duduk berdekatan ayah (ada kipas), tambahan pula di kaca televisyen menanyangkan program yang aku mesti ambil tahu. Penting. Bukan niat aku nak curi dengar.

Tapi, aku tersentak apabila ayah bertanyakan, "dah belikan cincin? Orang mana?"
Patut la aku rasakan itu yang dia nak kasi tahu kepadaku beberapa waktu dahulu. Aku dapat rasa apa yang kau nak bagitau. (Kenapa ada telepathy antara kita?)

Kenapa kau nak bagitahu aku? Nak sakitkan hatiku ke?

Kenapa aku dengar kau minta maaf pada ayah, sedangkan kau sakiti aku? Kenapa kau tak minta maaf padaku? Ye, aku tak berharga pada kau. Kau benci aku.. =(

Ingin juga aku mesej kau untuk ucapkan kata-kata indah untuk kehidupan kau yang akan datang tetapi aku bimbang kau marah dan maki-maki aku lagi. Jadi, aku pendamkan sahaja niat baikku itu.

Persoalannya, kenapa kau kejam sangat kepadaku? Apa salah aku? *Sedih..

Kalau kau kata kau terluka, aku seribu kali lebih terluka. Malam-malam aku tak tidur. Kalau masuk tidur pun, aku bukannya dapat tidur tapi aku menangis berjam-jam, terkilan dengan sikap kau. Selepas subuh baru aku dapat tidur. Nanar.

Tapi, apa yang aku dapat? Kau maki aku ada la. Ya, aku tahu, aku tak layak untuk kau.

Kali kedua berhubungan, aku gembira sangat sebab kau dah berubah, tiada kata-kata kesat lagi. Malam tu, aku trauma balik. Aku takut dengan apa yang berlaku dahulu bakal terjadi lagi. Aku bimbang kau lukai aku. Tapi aku teruskan juga apabila semuanya nampak normal. Tak ku sangka kau tunjukkan belang kau. Kau berdendam dengan aku, sedangkan sepatutnya aku yang berdendam dengan kau.


Untuk kamu yang pernah, er pernah apa ya? Oh, mungkin kita pernah rapat. Tapi kau mengecewakan aku.

Untuk kamu yang aku pernah rapat, semoga kali ini hubungan kau dengan si dia kekal hingga ke jinjang pelamin ye. Aku doakan kau bahagia..

*Pelamin anganku musnah. Hahaha~

** Kalau pun kita tiada jodoh, tak bolehkah kau bercakap elok-elok dengan aku? Aku yang lebih terkilan, bukannya kau.

*** Uwaa, nak kahwin juga..

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker