Pilih Kawan atau Memilih Kawan | ! sha my heart

.

Isnin, 9 April 2012

Pilih Kawan atau Memilih Kawan

Assalamualaikum.

Perlu ke kita pilih kawan atau kita memilih untuk berkawan?

Aku akan pilih kawan tapi aku tak memilih untuk berkawan. Erk, apakah? Tak faham?

Macam ni, aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun. Baik ke, buruk ke, warak ke dajal ke aku tak kisah nak berkawan. Itu membuktikan aku bukan jenis memilih untuk berkawan. Memilih untuk berkawan tu maksudnya dia akan tengok dulu, perhati, kaji orang tu macam mana, baru akan berkawan. Contohnya, dia hanya pilih kawan yang kaya-kaya, cantik-cantik dan pandai je. Kita yang kurang ni, tak layak la jadi kawan dia.

Masa sekolah dulu selalu ada jumpa kawan macam ni.

Aku pula sekarang ni, kalau nak jadi kawan aku, aku agak memilih. Tapi bukan bermakna aku tengok dia dari segi harta, muka dan status.

Aku hanya akan terima dia jadi kawan aku bila akhlak dia okay, pass. Aku tak kisah dia nak jahat ke apa ke. Yang penting hati dia baik dengan aku. Tak de cakap bukan-bukan. Aku tak kisah kalau nak merapu sebab aku pun memang kaki merapu jugak. Hahaha~ Cuma jangan buat perangai entah apa-apa macam dengki ke apa ke. Sebab aku pantang orang macam tu. Rasa rimas sangat-sangat.

Dah berapa (belum sampai 10) orang aku remove dari jadi friend FB. Itu membuktikan aku jenis tak memilih untuk berkawan tapi aku kelas juga siapa kawan aku. Kalau perangai teruk, suka maki-hamun, sorry la.. Walaupun dia tak maki aku tapi tak mungkin suatu hari nanti dia akan maki aku pula kan? Lebih baik jauhkan diri daripada orang macam tu.

Aku ni jenis cepat terpengaruh sikit. Dulu ada aku terpengaruh dengan sorang kawan aku ni. Dia baik tapi ayat dia memang kasar la. Hasilnya, aku dapat ayat-ayat dia yang kasar tu. Sumpah, aku pakai lepas je sebut WTF, WTH, GTH. Sampailah aku tersedar, kenapa orang nak terasa dengan aku, sedangkan aku tak de buat salah pun. Rerupanya ayat-ayat tu tak leh guna sesuka hati je. Itu ayat yang paling dahsyat.

See, besarkan pengaruh kawan yang ada perangai negatif ni.

Jadi, kita kena tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun. Kena pililh kawan, tapi bukan memilih kawan. Dont simply accept as friend untill u cannot get out from trap.


Jom jadi kawan aku.

Komen?

12 ulasan:

ciksukaberangan berkata...

wa'alaikumussalam...

hhmm.. masa sekolah dulu pun ada gak kawan jenis memilih ni.. tapi ikut dia la.. ta rugi pun tak kawan dengan dia... dia yang rugi tak kawan dengan kita. ececeh.. hehe

betul~ kene memilih kawan..agar khidupan lebi tjamin

jom jadi kawan! >,<

sha my heart berkata...

Cik suka: tq sudi nk jd kwn sha.

Xkisah pn kn xda kwn yg mmilih mcm 2.

Ya memilih utk hdup tenang.

ciksukaberangan berkata...

sama2 :D

sis92 berkata...

jangan memilih kawan sebaliknya pilihlah kawan yg boleh mbawa kebaikan kpd diri kita n diri dia juga :)

sis pun tk memilih kawan , memilih bakal suami je muahaha

sha my heart berkata...

a ah.
Pilih yg ok2 je.

Future wife/husbnd mmg kna pilih

sha my heart berkata...

U r m0st welc0me, dear.
S0ri xdpt nk balas jejak. On9 guna hp je.

Mak Wardah berkata...

sha akak dah jumpa berbagai kawan, alhamdulillah ramai yg baik dr buruk

afiqazizan berkata...

Dua-dua..pilih dan memilih kawan..:)tapi lebih nak pilih kawan yang ke arah kebaikan.

siti noorhajar binti mohamed saufi berkata...

salam..hey nice blog! follow mine^_^

http://penhijaupenpink.blogspot.com/

Leeya Hezlin berkata...

Hye..salam singgah..
Hmm kalau saya,saya berkawan ja dengan siapa2..
Tak rugi pun kalau kawan ramai2 ni..
Janji kita pilih kawan yg membawa kita ke arah kebaikan..
Ada juga kawan2 yg terlalu memilih dalam berkawan..

syafiqakarim berkata...

bukan jenis pilih.biasanya kwn dengan
semua.tp mana baik ikut.yg buruk tolak :)

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

dlm hidup..mmg kena pilih kwn..

sbb kwn2 boleh mempengaruhi pemikiran kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...