Langkau ke kandungan utama

Pendengar Setia yang Awesome




Assalamualaikum.

Aku ada ramai kawan tak kira kat luar atau kawan yang kenal kat dunia maya. Erk, macam mana nak mulakan cerita ni? Korang jangan cakap atau fikir apa-apa tau. Aku bukannya nak bangga diri ke apa, aku cuma nak kongsi cerita sahaja.

Aku pun tak tau apakah aku ni ada bakat jadi kaunsellor tak terlatih atau boleh jadi motivator. Hahaha, mula la nak berangan.

Kalau ada kawan-kawan aku ada masalah diorang akan cari aku. Nampak malu-malu je nak kongsikan masalah mereka tu tapi kalau dah duk like-like je apa je yang ada dalam wall aku tu, nampak sangat la nak aku yang tanya-tanya dulu. Adei, manja betul kan kawan aku ni?

Nasib baik la aku ni pakar bab ni. Bukan seorang dua dapatkah khidmat aku selama ini. Aku akan nasihat elok-elok. Kena juga fahami hati dan perasaan orang lain kan. Put you in their shoes.

Kalau lelaki, jangan mengada nak bagi pendapat tanpa mereka minta. Kadang-kadang, diorang nak kita dengar masalah mereka sahaja tanpa perlu kata apa-apa. Bukan tak boleh nak kata apa-apa, tapi lelaki biasanya mahukan ada seseorang mendengar masalah yang mereka hadapi.

Karekter lelaki ni, diorang kan diajar sedari kecil lagi untuk tidak mudah melepaskan (mengekspressikan) perasaan mereka. budak lelaki kan selalu ditegah untuk menangis seperti budak perempuan. Dari situ, mereka belajar membawa diri.

Mereka hanya perlukan pendengar setia je. Lagipun lelaki kan ego sikit. Jatuhlah ego diorang kalau 'dengar' cakap perempuan.

Aku bercakap berdasarkan apa yang aku belajar secara formal, tak formal, melalui pembacaan, pemerhatian dan aku pun tegah juga anak-anak saudaraku jadi lembik macam perempuan.

Aku memang tak kisah. Aku jadi tak senang duduk kalau tahu kawan-kawan yang aku rapat ada masalah. Paling tidak pun, aku tahu apa masalah yang dihadapi. Aku jenis sayang kawan-kawan kadang-kadang tu lebih dari sayang diri sendiri. Sayang kawan-kawan je la, nak sayang anak, tak ada anak. Hahaha~

Apa pendapat korang?

Aku sayang kawan-kawan aku dan anda yang sedang menatap entri ini.

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…