Langkau ke kandungan utama

Orang Umno Liat Solat, Orang Pas Ahli Masjid

Assalamualaikum.

Aku nak cerita sikit. Er, kalau cerita sikit bukan cerita tapi nak cuit sedikit pasal politik. Aku tak masuk mana-mana belah parti politik. Jadi, harap sangat sesiapa yang membaca di sini dapat berfikiran dengan terbuka dan waras.

Sepanjang umurku 27 tahun ini, aku ada beberapa orang kenalan yang memang aktif dalam bidang politik. Kalau sebut orang Melayu Malaysia ni, sudah pastilah dua buah parti yang paling menyerlah iaitu UMNO dan PAS. Kawan-kawan aku pun memang berada di dalam kedua-dua parti ini.

Secara umumnya, persamaan kedua-dua parti ini adalah kepunyaan orang Melayu yang beragama Islam. Jadi mereka memegang wadah perjuangan Melayu dan Islam.

Apa yang membezakan mereka ialah bagaimana ketaatan kepada Tuhan. Itu isu yang aku nak jentik sikit. Hehe~

Berdasarkan pengalaman sendiri, kawan-kawan aku yang aktif jadi wakil UMNO ni, solat pun entah ke mana. Tapi kawan-kawan yang ahli PAS, alhamdu lillah, dialah ahli masjid. =)

Jadi, kita sama-sama Melayu. Kita sama-sama Islam. Jadi kenapa perlu kalau je ahli UMNO, nak solat pun susah? Solat dan masjid bukan hak orang PAS, okay. Kita kan sama-sama beragama (mengamalkan agama), tak kan sekadar pakai baju Melayu dan bersongkok sahaja di perhimpunan UMNO?


Aku bukan kata orang UMNO tak solat. Aku bawakan isu kenapa ada beza tahap 'iman' orang UMNO dan orang PAS sedangkan mereka juga Melayu Islam?

Ada sesiapa nak cuba jawab tak?


*Agama Islam itu syumul (lengkap sempurna), semuanya ada. Politik pun ada. Jangan kata politik dan agama (Islam) itu berbeza, k. Kalau tak, boleh dikatakan.. er, aku terlupa apakah hukumnya. Korang google je la.

** Ingatlah bahawa dunia hanyalah sebentar. Akhirat tu abadi. Sengsara kat dunia tak apa asalkan akhirat terjamin masuk syurga.

***Jangan saman saya, saya orang susah.

Ulasan

  1. hihihi.
    sy ad kawan yg sokong pas n umno..

    dan kedua2nya jaga solat mereka :)

    solat adalah tiang agama :)

    BalasPadam
  2. ikut diri msing2.. kalau ada ksedaran, mmg akn jge bnd2 asas ni semua kn :)

    BalasPadam
  3. umno ke pas ke..yg penting solat kene jaga..;)

    BalasPadam
  4. bergantung pada individu itu sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Tapi apakah peranan pemimpin? Bukankah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan?

      Padam
  5. ye bgantung pada diri individu tu sendiri..dah kalau mmg tabiat n peel dia jenis liat nak solat, slagi dia tak sedar slagi tu lah ..

    BalasPadam
  6. i like ur blog..very nice.
    already follow..follow me back dear :)

    http://mcyahvespa.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Ana: sy sdg ckp psl 'peranan parti dan pemimpin' dlm bntuk trsirat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker