Langkau ke kandungan utama

Mitos Jenayah: Wanita dan Langkah Keselamatan

Jenayah boleh berlaku di mana sahaja. Kita kena berusaha selamatkan diri



Menjaga keselamatan diri adalah tanggung jawab penting. Anda juga bertanggung jawab untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang sekitar anda. Oleh itu, anda perlu meningkatkan ilmu pengetahuan diri dalam mengambil langkah keselamatan.

Menurut ASP Lee Siew Kee dari Unit Serangan Seksual, Ibu Pejabat Selangor, menyatakan setiap wanita perlu tahu tentang langkah keselamatan diri. Wanita kini menjalani kehidupan yang aktif. Di samping itu, wanita perlu bijak menggelakkan diri daripada kejadian yang tidak diingini.



Mitos tentang jenayah


Mitos 1: Tiada sesiapa pun yang terselamat

Sebenarnya ia tidak benar. Masih ramai yang orang yang selamat dan menikmati kehidupan seharian mereka tanpa gangguan. Anda perlu berasa selamat. Ia merupakan faktor penting untuk membina keyakinan diri untuk melakukan aktiviti tanpa dihimpit perasaan takut dan bimbang.


Mitos 2: Hanya orang lain yang terlibat dalam jenayah

Kebanyakan kejadian jenayah dilakukan oleh orang yang dikenali. Contohnya, ibu bapa mendera anak,  dan suami pukul isteri. Tidak kurang juga dengan kes sumbang haram melibatkan seperti bapa, datuk, abang dan adik.


Mitos 3: Penjenayah hanya kalangan lelaki sahaja

Tanggapan bahawa lelaki sahaja yang terlibat dalam jenayah tidak benar. Terdapat kes yang melibatkan golongan wanita yang dianggap lemah. Contohnya kes wanita bunuh suami, wanita dera pembantu rumah.

Tok guru aku pesan, kita kena berwaspada dengan tiga ‘ta’. Wanita, tahta dan harta. Dalam kelas, aku juga diajar dan diingati selalu bahawa perempuan dengan sama perempuan pun boleh bergaduh. Perempuan pun boleh buat aniaya kepada orang. 

Perempuan kan lebih mudah dipengaruhi oleh syaitan, macam kes makan buah larangan dalam Syurga. Selepas iblis tak berjaya pujuk Nabi Adam, dipujuknya pula Siti Hawa.
Jadi, berwaspadalah selalu tak kira jantina.


Mitos 4: Hanya wanita muda dan menarik dirogol

Kejadian rogol berlaku tanpa kira umur. Mangsa berusia 75 tahun. Pemakaian juga bukanlah merupakan factor  utama. Ini kerana ada mangsa yang berpakaian lengkap dan sopan tetapi masih menarik perhatian perogol.

Menurut ASP Lee, sebenarnya keselamatan diri bemula daripada anda. Terdapat tiga asas utama untuk keselamatan dirim iaitu pencegahan, penegasan dan pertahanan. Anda perlu tahu bahawa setiap orang berpotensi menjadi  penjenayah dan tiada tanda-tanda seseorang itu merupakan penjenayah.


PENCEGAHAN


1. Perhatikan persekitaran anda walau di mana anda berada
Anda perlu tahu dan kenal apa yang berada di sekeliling anda. Anda perlu tahu dan kenal apa yang ada di sekeliling pintu masuk, pintu keluar, bentuk bangunan, dan orang-orang di situ. Bila dah tahu jalan keluar, senang untuk anda pilih jalan keluar kalau berlaku apa-apa yang tak terduga nanti.

2. Anda perlu tahu kekuatan dan kelemahan anda
Dari situ, anda boleh membuat keputusan untuk menjadi hero atau sebaliknya. Jika anda punya kekuatan fizikal seperti kemahiran seni mempertahankan diri, dan mampu mengatasinya, anda boleh pilih jadi hero. Jika anda kurang yakin, lebih baik angkat kaki.

Pelajari dan kuasailah kemahiran seni mempertahankan diri. Penting tu tatkala ditimpa saat tak terduga. Apa pun, jangan berlagak kalau sudah ada, kerana ALLAH yang menggerakkan langkah kita dengan izin-Nya.

3. Lindungi ruang peribadi
Ruang peribadi anda adalah jarak yang anda berada selesa berada dengan orang yang tidak dikenali. Aku pernah belajar pasal jarak yang sesuai. Kalau pensyarah dengan pelajar, jaraknya kalau tak silap 10 meter.

 Kalau Zety Aziz, Gabenor Negara, beliau ada jarak persendirian yang jauh. Kalau nak jumpa beliau dalam suasana kerja, kena duduk jauh-jauh. 

Kalau jarak romantic, 2cm. Kira rapat la. Ehem-ehem, hanya untuk mereka yang sah suami-isteri ye.

Kalau ada orang masuk ke dalam ruang peribadi anda, anda akan berasa tidak selesa atau terganggu seperti ada orang terlalu hampir dengan anda. Contohnya dalam bas, komuter, pasaraya, dan sebagainya.

4. Apabila berjalan, berjalanlah cepat dan berkeyakinan. Maksudnya, anda tahu tujuan dan destinasi anda. Berjalanlah dengan gaya tegak, peka dengan persekitaran. 



PENEGASAN


1. Gunakan hubungan mata
Apabila berkomunikasi, pandanglah tepat ke anak matanya. Ianya lebih berkesan. Adakalanya pandangan mata sahaja sudah cukup untuk menyatakan hasrat hati anda. Ia juga menunjukkan kesungguhan anda terhadap apa yang dibicarakan. Kiranya, mata melawan gitu. Tajam dan memberi amaran.
Kalau cakap pun mata pandang bawah, selain tak berkeyakinan, penjenayah akan anggap anda takut.

2. Apabila bercakap, gunakan nada yang kuat, tegas dan jelas
Suara yang kuat boleh menyebabkan seseorang itu tersergah. Contohnya, anda mahu menegur seseorang yang begitu hampir dengan beg anda.  Anda boleh cakap begini, “Maafkan saya! Saudara terlalu dekat dengan saya.”

Ada seorang kawan memesan, kalau ada orang mahu merompak, anda jeritlah kuat-kuat memanggil nama-nama lelaki walaupun tak wujud. Contohnya, “Tolong! Perompak! Abang Long, Abang Ngah, Nazri, Zul, Azmi, Akashah, Anif, Nizam, ada orang nak masuk rumah. Bakar, Abu, Kamal, Bubu, Hilmi. Tolong-tolong! Cepat-cepat!” Perompak akan takut bila disergah. Walaupun tak logic, ada ramai lelaki dalam sebuah rumah, tapi taka pa, panggil je.



PERTAHANAN


1. Sewaktu anda keluar rumah, pakailah pakaian yang selesa dan kasut yang senang gerak. Ia memudahkan anda untuk melakukan tindakan dengan tepat, seperti berjalan, berlari dan menendang.

Aku memang selalu amalkan perkara ini. Aku tak suka orang pandang aku lemah. Aku juga tak suka bawa banyak beg. Kalau travel pun (aku selalu travel) seboleh mungkin beg aku hanya tiga. Satu beg pakaian, satu beg benda berharga (handband) dan satu lagi makanan. Itu je. Tak suka banyak-banyak. Beg makanan tu nanti boleh sumbat dalam beg pakaian. Simple. Kalau ikutkan, aku nak je bawa satu beg je. Tapi baju kena bawa juga kan. Beg benda berharga tu agak besar. Aku akan sumbat tuala (buat selimut), sweater dan stoking. Tak ketinggalan, teddy bear. Hihihi~

Aku pernah nampak student aku rasa, berbaju kurung, bawa beg empat buah. Satu beg pakaian. Satu beg laptop. Satu handbag dia. Satu lagi beg plastic 4 segi yang letak pakaian tu. Kemudian, bas dia mengalami kerosakan di tengah jalan. Jadi, diorang tumpang bas aku. Aiyoyo, pening aku tengok budak tu. Nak duduk pun tak selesa. Serabut doe. Kalaulah ada orang ragut dia, macam mana dia nak bawa beg-beg dia? 

Jadi, adik-adik sekalian, tolonglah jangan buat macam tu tau. Kesianlah kepada diri sendiri. Tak salah bawa beg besar daripada beg kecil tapi banyak. Aku faham, tak ramai yang berkemampuan. Aku pun sama juga dulu, beg aku kecil-kecil je. Tapi korang kenalah bijak. Kan ada cara lipat pakaian kasi jimat ruang. Belajarlah dengan kawan-kawan.

2. Utamakan nyawa anda
Jika anda terserempak dengan perompak, campaklah duit atau barang berharga jauh dari anda. Kemudian, lari  kea rah bertentangan. Sebenarnya perompak hanya mahukan duit dan benda berharga dari anda, bukannya diri anda.
Jadi, janganlah perasan je wahai kaum Hawa sekalian. Hahaha~

3. Apabila beg anda diragut, lepaskannya tanpa ragu-ragu.
Cara terbaik membawa beg tangan ialah menyangkutnya di bahu. Apabila berlaku rentapan (diragut), anda tidak mudah tercedera.

4. Letakkan beg anda dalam simpanan tempat duduk bawah seat motosikal.
Biasa sangat dengar berita kena ragut dan cedera sampai masuk hospital sebab letak beg dalam raga motor. Kalau anda berada di belakang, boleh juga letak beg di tengah- tengah, kemudian lindungi, jangan sampai sesiapa perasankan ada handbag kat situ. Ini adalah yang diberitahu polis kepada Kak Cik, pekerja tempat aku praktikum. Dia kena ragut masa atas motor bersama suaminya. Dia galas beg masa tu. Orang ragut kat trafik light.



Kesimpulan


-Jangan biarkan diri anda dan keluarga diselubungi misteri eh, ketakutanlah.

-Jangan undang penjenayah. Jangan terlalu menunjukkan diri anda kaya dengan pakai barang kemas setengah kilo. Pakai barangan berjenama sahaja dan gajet berteknologi terkini tanpa korang tahu cara nak jaga daripada peragut dan orang yang tangan panjang.

-Cara nak selamatkan harta berharga bermula dari diri anda. Tak salah belajar seni mempertahankan diri, selain dapat pupuk disiplin, kenal ramai orang, ia juga dapat selamatkan diri anda dari jadi mangsa jenayah. 

Sumber dari Majalah Wanita dan diubahsuai.

Apa pendapat anda?

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker