Kepala Otak Tak Dapat Tahan | ! sha my heart

.

Rabu, 4 April 2012

Kepala Otak Tak Dapat Tahan



Assalamualaikum.

Apa khabar?

Aku lemah sikit rasa badan ni. Ditambah dengan kepala yang berfikir macam-macam terutamanya pasal ... Segan pula nak sebut.

Aku rasa macam betul-betul tak larat. Masalah tu kadang-kala menghimpit kotak kepala ni. Kadang-kala ia hilang macam tu je, kadang-kala begitu menekan. Bukan satu tapi banyak. Dah bercampur baur ni.

Nasib baik aku mempunyai ramai kawan-kawan yang baik, yang setia berada di sisi. Kalau sorang tak ada (sibuk), ada yang lain. Terima kasih wahai kawan-kawanku..

Tapi sekarang ni, aku rasa penat nak layan karenah orang.


Untuk SW, terima kasih sudi layan karenah saya. Awak terbaik yang pernah saya jumpa walau kita tak mungkin bersatu..

P/s: Rerupanya ada orang perasan A yang aku maksudkan ialah dirinya. Sorry la, ingat ko sorang je ke yang ada nama mula huruf A? Kalau aku tulis pasal ko, aku tak sebutkan apa-apa huruf pun. Ko kan orang besar, mana boleh sebut nama ko, nanti aku kena saman pula. Orang politik kan, sikit sikit saman, sikit sikit saman.

Maka, aku gunakan SW pula, nama penuhnya. Biasanya aku guna nama panggilannya, A je. Sebab kami berkongsi kawan baik, Bubu (dipendekkan jadi B). So, ada A, ada B. Kan senang..

P/s/s: Ada lagi tak orang nak perasan lepas ni? Just wait and see. Er, sebelum tu muka SW ni macam muka gambar kat atas tu pula, Won Bin. Baru aku perasan.


Terima kasih sudi luangkan waktu untuk baca.

Tinggalkanlah sedikit komen untuk tatapanku.

2 ulasan:

frogos berkata...

sape A tu?huish,,,,

sha my heart berkata...

A tu ABC.. hahaha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...