Langkau ke kandungan utama

Blogger Datang Sembah Balik, WTHelicopter



Blogger datang sembah. What should i say? Ini adalah sebuah kisah yang benar dan rekaan juga supaya suspek tidak merasakan aku sedang bercakap mengenai dirinya. Hahaha~

Terus terang, aku cakap, aku tak punya sesiapa dalam dunia blogging ni. Maksudnya, masa mula-mula aku nak kenal benar-benar apa itu blog dan blogging. Tak ada sesiapa. Aku belajar dan explore sendiri. Agak susahlah sebab tutorial pun tak ada.

Ada juga beberapa rakan-rakanku terlibat dalam dunia blog ni. Tapi, masa aku minta tolong ajarkan blog, langsung tak dipandang, ok. Ye la, aku kan masih merangkak dan tak tahu apa sangat dalam blogging ni. Follower ada pun sorang, aku sendiri (haha) sedangkan mereka sudah ada beratus-ratus follower. Tambahan pula, mereka cemburu jika aku berjaya bergelar blogger berbanding dirinya. Aish, apa la manusia ni!

Masa aku sudah kenal sikit-sikit cara nak post entri, nak daftar Nuffnang, aku ajak adik-adik yang menjadi peneman setiaku untuk turut membuat blog. Hasilnya ada juga yang aktif dalam blog macam Anis. Alhamdu lillah.

Aku tak kedekut ilmu. Apa-apa yang aku tahu, aku kongsikan dengan dia. Dia untung sebab ada aku yang real, depan mata, boleh tunjuk ajar dia depan-depan. Tak payah nak susah-susah explore dan try and error macam aku.
Ok la, hidup pun enjoy.

Tapi, sekarang ni, orang yang pernah aku minta tolong ajar berblog dahulu datang menyembahku. Well, sekarang kan aku ada hampir 3K follower walaupun aku tak suka nak follow-mollow sangat.

Sape nak follow, follow la. Kalau mood aku sangat cantik, aku terjah sorang-sorang dan follow balik. Tapi, tak selalu nak dapat macam tu. Sebabnya? Mood Ok, line pula KO. Line Ok, mood ok, bizi pula. Sape yang aku follow balik tu, bertuahlah ye =) Hahaha, masuk lift angkat sendiri ni. :P


Cari balik

Dia datang balik cari aku. Atas tiket apa? Sahabat? Kawan? Sahabat kah kalau aku minta ajarkan bagaimana letak nuffnang pun berkira? Kawankah jika blog aku dia tak pernah jejak?

Aku bukannya nak bangga diri. Tapi aku dah berjaya ajar kira-kira 10 orang untuk buat blog. Bukan setakat ajar create blog je tapi aku bagitau apa setting yang perlu, apa yang perlu disable. Kiranya aku ajar sampai blog diorang fit dan tunggu untuk masukkan bahan entri sahaja. Kalau sesiapa nak belajar pun boleh jugak.

Aku ada juga ajar apa-apa yang kawan-kawan blogger tanya kat facebook. Nak add aku boleh je. Noor Hapisah, pic basikal. Mesej dulu bagitau korang dari blog aku. Kalau tak, aku malas nak approve. Kalau mood aku cantik sangat je aku approve semua. Bukan apa aku malas nak approve, kebanyakan mereka yang aku tak kenal ni, diorang punya status entah apa-apa, buat sakit mata je membaca.

Berbalik kepada orang yang aku pernah minta tolong tu, kalau ikutkan aku yang bengkek dengan dia, mahu sahaja aku smash dia balik. Tapi, aku tak macam tu. Orang datang cari kita, kita kenalah layan elok-elok dan tunjukkan contoh yang baik. Semoga dia malu sendiri sebab dah buat salah. Itu adalah seribu kali baik untuk buat dia malu dan segan sendiri! Biarlah kita nampak baik sahaja di matanya.


Kesimpulan

Pesanan untuk korang, jangan sesekali berlagak dengan apa yang kita ada kerana bukan semuanya hak kita. Semuanya hak ALLAH.

Janganlah lupakan kawan kerana kawan tak pernah lupakan awak (ambil pengajaran dari pelanduk selalu melupakan jerat, tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk).

Ilmu perlu dikongsi, bukannya disimpan peram seorang diri. Semakin kongsi ilmu, semakin bertambah.

Sekian.


Komenlah sikit..

Ulasan

  1. sharing is caring bah kan, jgn lokek ilmu :)

    BalasPadam
  2. sutera: ya, jangan lokek2 kok.. tak baik.

    BalasPadam
  3. urm...dak baca kena lah komen,,tapi tak tau sangat... urm.. kalau depa dtg balik tu sambut je lah..buang y ang keruh.. ye dak?

    BalasPadam
  4. Bl0g: ya, smbut dgn baik. Biar Allah yg bls pbuatn dia dlu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker