Langkau ke kandungan utama

Awesome Lor, Suka sangat

Assalamualaikum.

Cari idea

Entah bagaimana harus aku mulakan entri ini. Semua yang berada dalam kepala aku ni ada dua je temanya. Tapi tak boleh nak keluarkan apa-apa lagi memandangkan ada isu tengah hot. Kang meletup lagi Gunung Kalimanjaro kat Indonesia tu. Hahaha~ Kita kasi sejuk dulu la.. Kita minum dulu. Hehe~

Aku duk cari idea tapi masih tak jumpa-jumpa lagi nak buat entri baru. Tips tak ada idea nak buat entri (Ini perkara biasa bagi seseorang blogger. Jangan nafikan). Ideanya telah aku buat untuk entri autopublish pun untuk tiga hari yang akan datang. Best juga entri-entri tu, maka janganlah korang ketinggalan untuk singgah di sini lagi pada  3,4,5 hari bulan April ya. Sedikit promosi di situ.


Masalah bertimpa

Sekarang ni, aku menghadapi ujian. Agak besar. Bertimpa-timpa juga la. Kadang-kala rasa tak sanggup juga tapi kadang-kadang rasa nak tergelak pula bila fikirkan. Hahaha~ Apa-apa je la, kan? Janji aku tetap tabah dan kuat sambil tersenyum dalam mendepani hidup yang sukar.

Ada masa aku rasa 'korang tak rasa apa yang aku rasa. Korang tak pernah rasa macam aku, korang bahagia je' tapi aku rasa dugaan yang aku terima kecil saja kalau berbandingkan orang lain terutamanya kawan-kawan baik aku. Aku tahu kisahnya. Sadis sangat. Sebab tu aku kena kuat. Aku kena kuat macam kawan-kawan aku.


Kawan-kawan baik penyembuh luka

Aku suka sangat bila aku dengan kawan-kawan baik aku tu, walaupun kami tak cakap apa-apa mengenai masalah tapi rasa lega sangat bila dapat jumpa sekejap. Rasa masalah seperti selesai. Kadang-kadang mereka buat aku tergelak walaupun bukannya kelakar pun, tapi bagi aku ianya sangat menggelikan hati. Bila dapat gelak, rasa ringan masalah tu.

Aku suka sangat-sangat saat seperti itu. Terima kasih Ya ALLAH kerana kurniaan ini. Tak ternilai rasanya. Subhanallah, Maha Suci ALLAH.

*Ada lagi yang aku nak ceritakan pasal keunikan persahabatan aku dengan kawan-kawan baik aku tu. Tunggu untuk entri esok lusa tau. Dah autopublish. Hehe~


Kesimpulan


1. Senyum dan ketawa serta berlapang dada akan membuatkan anda berasa masalah yang seberat 1000 KG terasa seperti kapas ditiup bayu.

2. Persahabatan itu, sesuatu yang awesome yang ALLAH kurniakan kepada mereka yang terpilih. Jadi, pilihlah kawan-kawan baik anda. Pick one, ok.


Terima kasih sudi baca sesuatu dari aku.

Semoga korang dapatlah sesuatu.

Ulasan

  1. bertuah jika ada kwn yg sentiasa ada dikala susah n senang..=)

    BalasPadam
  2. senyum tak perlu kata apa2 :)

    BalasPadam
  3. Dah lama takde kawan camtu.... Tak cari...

    BalasPadam
  4. untung yer~~
    nk tye..cmne ea nk buat 'FAN'..
    yg fb pye tu?ajarkn blh x?tq :D
    nt klo awak nk buat post sal ni jgn lpe tag sya ea..tq :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker