Langkau ke kandungan utama

11 Tips Laman Web/Blog yang Baik

Laman web boleh juga disamakan dengan blog tetapi blog lebih mudah diuruskan.
Aku ada belajar mengenai ciri-ciri yang baik tentang sesebuah laman web dan blog. Inilah dia 11 tips laman web/blog yang baik

1. Navigasi
Menu mudah dilihat dan dicapai.
Pilih warna yang sesuai supaya mudah pembaca cari atau terus ternampak.
Selain itu, navigasi perlulah teratur, tak kiralah di atas, kiri, kanan mahupun bawah.

2. Grafik
kena optimisekan supaya cepat load.
Kalau blog, template dan headernya biarlah ringan dan mudah dimuat (loading laju).
Reka bentuk grafik yang menarik dapat mencuri hati pembaca.

3. Logo atau nama
Pastikan jelas kerana ia melambangkan identiti.
Kalau blog, header dan URL blog adalah sangat penting. Buat URL blog yang senang ingat. Contohnya inibelogsaya.blogspot <- ini blog Hanis Zulaikha yang lama. Kini dia beralih ke .com.

4. Font
Pilih font yang standard sahaja sepertia 'Times New Roman, Arial, Verdana', dan lain-lain.
Jika pilih font yang tak standard, kalau pembaca tiada font tersebut di komputer atau handphone mereka, ia akan jadi error, tak boleh nak baca.
Tak perlu pening kepala nak pilih pakai font apa.Guna yang biasa-biasa sudah. Semua orang suka.

5.Resolution
800x600 pixel atau lebih tinggi? Untuk lebih selamat, gunakan 800x600 untuk lebih selamat.
Tapi ada juga standard resolution 1024x768.
Apa yang aku faham, kalau buat blog tu, tulisan jangan besar sangat. Gunakan 14' untuk tajuk dan 11' untuk isi pun sudah cukup.
Kalau tak jenuh nak hendap besarkan mata nak baca atau terkejut, tulisan besar sangat. Aku pernah jumpa. Rimas.

6. Contact
Sekarang ini media sosial sudah banyak. Letak sahaja bagde facebook, twitter, spring dan macam-macam lain. Paling kurang pun, email mahupun no telefon tak kira no telefon premis atau telefon bimbit.

7. Load
Pastikan laodnya tidak berat. Boleh timbang berat blog dan laman web seperti di web i tool.
Kalau boleh, pastikan satu laman tidak melebihi 100kb.

8. Look and feel
Pastikan keseluruhan page yang ada adalah sama atau hampir sama dengan home supaya pembaca tidak rasa sudah tersesat ke laman lain.
Kalau blog, rasanya tak ada masalah.

9. Objektif
Perkara ini memang sangat penting. Perkara ni aku belajar lama tau, kalau tak silap aku, beberapa sesi kelas 3 jam semata-mata nak tentukan objektif laman web.
Setkan laman web korang tu nak buat apa kerana ia akan mempengaruhi asoek reka bentuk -warna, audiens sasaran, teknologi dan sebagainya.
Isi kandungan juga perlu mempengaruhi objektif. Jangan lari daripada objektif.

10. Isi kandungan
Content is the king.
Isi kandungan perlulah menarik dan mempunyai info yang dicari pengunjung.

11. Mesra pengguna
Pengguna akan suka kalau bila klik ia akan dibawa ke apa yang diklik tanpa menutup tapak asal.
Selain itu, boleh mengumpayakan teknologi yang mesra teknologi yang lain seperti mobile phone, ipad. Sekarang dunia sudah canggih, guna teknologi mobil dan di hujung jari sahaja.
Tak perlu lagi bawa lappy, hanya bawa handphone sahaja.


Sumber dan diubahsuai.

Topik yang hampir sama juga boleh diakses di Tips Blog.

Semoga ianya bermanfaat.

Terima kasih sudi baca. Sila berkunjung lagi.

Ulasan

  1. Salam sha..tips yg sgt berguna.

    Yg no 9 tu,betullah seperti yg ditulis. Memang sangat2 penting. Tapi melalui pengalaman lana sndiri,selepas beberapa lama kita blogging, kita akan lebih sedar pa tujuan kita berblog. Waktu tu dah mula nampak objektif n pencapaian yg kita nak.

    Sebab tu la, kalau kita rajin BW, kdg2 sesetangah blogger penyampaiannya mungkin agak merapu2.. mungkin masih baru dan tidak nampk lgi hala tuju..

    BalasPadam
  2. Lana: tq dear.
    Bl0g kena bnyk bw. Bru tahu apa e2 dunia bl0g, bnyk jns bl0ggr yg kta akn kenal.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker