Langkau ke kandungan utama

Tak Payah Baca

"We can change our lives, We can be, do and have exactly what we wish

~Anthony Robins~

Is it possible? Absolutley!


Assalamualaikum.

Perasaan aku tatkala ini bercampur baur. Banyak yang tak terluahkan. Dulu, blog ni la jadi mangsanya. Tapi kini, ada masalah sikit dengan lappy membuatkan aku seperti hilang tempat meluahkan rasa. Jangan risau, apa yang aku luahkan tidaklah mengaibkan sesiapa.

Malam ini, aku sedar, aku masih lagi jauh dalam bidang blogging ini. Dengan jumlah follower 2500 itu belum dapat membuktikan apa-apa apabila komen pula kurang.

Aku tahu blog aku tidaklah semenarik blog orang lain. Apa pun terim kasih sudi ikut (follow) blog aku ni, walaupun aku tak amalkan i follow u, u follow me back. Entah berapa orang saja yang aku follow back tu.

Aku teringin sangat nak masuk Projek 100 Blogger oleh Bro Framestone. Dah berkali-kali juga aku nyatakan hasratku kepadanya. Bukan dia tak kasi aku join cuma aku rasa langkah kakiku belum sampai. Cemburu juga kepada mereka yang dapat masuk. Tapi apakan daya, tiada rezekiku di situ.

Penat rasanya nak cari trafik. Sebab aku tak tahu caranya. Ping? Aku sudah cuba tapi tak juga capai 500 uv sehari. Tajuk gempak? Udah aku usahaiin (sila baca dengan dialek Indonesia). BW? Sudah berlari pun.

Mungkin bukan rezekiku.

Oh ya, blog aku kan tak ada pembaca, jadi aku boleh je tulis apa sahaja. Freely. =)

Bulan Mac 2012 ini menjadi bulan yang lemah bagiku. Aku jatuh sakit dan mempunyai banyak masalah. Bersabarlah Sha. Oh hati, bersabarlah..


Terima kasih sudi baca. Komen la sikit tanda korang membacanya.

Salam sayang,
Sha.

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)