Langkau ke kandungan utama

Mana Nak Cari Jodoh?

Assalamualaikum.

Maaf, ini adalah entri peribadi.

Walau bergunung rasa rindu ini saya tanggung tapi saya tak salahkan awak. ALLAH bagi pinjam awak kejap je. Sekarang ni DIA ambil balik.

Saya tak marah. Saya tak terkilan. Saya redha. Saya yakin ALLAH ada perancangan yang terbaik untuk saya. Saya optimis. DIA tak kan sia-siakan apa yang ditarik balik dari saya. Saya bersyukur kerana dapat kenal awak.

Terima kasih, awak. Sesungguhnya saya rindukan awak. 

Tapi aku harus kuat. Kuat menghadapi semua ini. Sudah suratan takdir.

Hati mana tak sedih kan melihat orang lain membina masjid sedangkan diri masih keseorangan.

Aku tahu tak semua orang dapat ujian macam aku. Aku tahu tak semua orang sekuat aku. Aku cuba menyedapkan hati sendiri.

Bukannya tiada kemahuan ke arah itu tapi belum sampai jodoh. Aku kena kuat, kuat. Tak semua orang sekuat aku, masih boleh berlagak selamba, masih boleh bergelak ketawa membicarakan hal ini. Tapi kadang kala mendung juga singgah.

Mana nak cari jodoh???

Minta maaf menghidangkan korang cerita entah apa-apa.

Terima kasih sudi baca.

Sayang korang.

Ulasan

  1. bukan ke dalam hati ada taman?frust?,,herrmm,,akak ni lagilah tua dr dik,,dan ramai lg yg masih solo diluar sana,,insyaAllah,,kuatkan hati teruskan hidup seperti biasa,,,

    BalasPadam
  2. miss ina: biasa la, taman tak permanent. haha~

    tahu, tengah tunggu ni. hihihi~

    BalasPadam
  3. alala.. xpe.. jodoh xsampai lg..bila dah smpai seru..smpai la.. jgn sedih2 naa.. ALLAH saves the best man for u dear.. :D

    BalasPadam
  4. Ada hikmah semua ni. Jodoh sampai awal ataw lambat bukan penentu kebahagiaan... ewah!

    BalasPadam
  5. Takpe nanti ada lah pengganti maybe yang lebih baik lagi...
    good luck

    BalasPadam
  6. skrg jodoh mmg kena cari..klu duduk di rumah mmg susah dpt jodoh..kena bersosial yg ada batasan

    BalasPadam
  7. sisiw: terima kasih di atsa kata2 pujukan tu =)

    BalasPadam
  8. Fids: itulah yg diharapkan selalu =)
    semoga yg dtg lebih baik =)

    BalasPadam
  9. Abg Ghani: iya lah.. bukannya jadi katak bawah tempurung =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker