Langkau ke kandungan utama

Lelaki Muda Jaga Baby, Aku Kagum Dengan Kau





Assalamualaikum.

Sebelum aku nak cerita, aku nak tanya dulu, korang pernah tak tengok cerita Mr Bean yang mana dia kena jaga baby? Tajuknya kalau tak silap, Fun Fair Baby.




Apa korang rasa bila nampak Mr Bean tu jaga baby? Memang dia buat bukan-bukan seperti tinggalkan baby di dalam kereta bahagian minyak dan break. Dia juga biarkan budak tu sorang-sorang naik kereta yang kena isi syiling dahulu, lama pula tu dibiarkan. Sungguh pun begitu, telah wujud sedikit perasaan sayang Mr Bean pada bayi tersebut.

Apatah lagi kalau baby itu berada dalam jagaan seorang lelaki muda yang mana keadaannya sama seperti Mr Bean tadi, tiada kena mengena dengan bayi tersebut. Ini adalah kisah benar. Ini adalah kisah kawan aku. (Terkejut tak?)

(Maaf, terpaksa buat read more sebab ada gambar, risau load lambat)

Masa mula-mula aku dapat tahu dia rapat dengan baby, aku ingatkan baby tu anak kak dia. Sebab dia selalu cakap rindu Baby YY (nama tak boleh letak, nanti dia marah. Haha~) Semuanya kisah ini terbongkar dari aku duk komen-komen gambar Baby YY, akhirnya cerita sebenarnya keluar. Terkejut juga aku. Ye la, sebab dia boleh buat semua tu walaupun dia seorang yang gila-gila. Cuba korang bayangkan.. Kalau perempuan, okay lagi, macam cerita Little Star (Filifina-TV3). Tapi sekarang ini, lelaki.





Aku tabik spring la kat dia boleh jaga baby sorang diri
. Cuba bayangkan seorang lelaki muda yang pendapatan pun tak menentu dan tinggal di Kuala Lumpur, jauh dari famili, boleh jaga seorang bayi. Time kerja, dia hantar kat rumah pengasuh. Ya, baby tu bukan anak dia. Dia bukan bapa baby tu. Ulangan, bukan anak dia atau darah dagingnya.

Dari lahir sampai lima bulan dia jaga baby tu. Parent baby tu mana? Bapa dia, aku tak tau. Tapi mak dia, sosial, nak tak nak je jaga Baby YY tu.


Pada aku, kawan aku tu (yang jaga Baby YY dari lahir) memang boleh dijadikan calon suami yang sangat sesuai. Aku kagum dengan dia. Dia baik sangat sampai boleh buat macam tu (er, ceritanya nanti la kalau dia kasi aku cerita, aku up date k. Tapi buat masa sekarang korang bayangkanlah sendiri). Bukan semua orang boleh buat macam tu. Mahu boleh sewel kalau nak buat macam tu. Haha~

Bertuah siapa yang dapat lelaki macam kawan aku ni. Aku? Tak mungkinlah nak dapat dia.


Kesimpulan
Kasih sayang itu universal. Sesiapa sahaja boleh dapatkannya =)


Korang pernah jumpa tak orang macam tu? Kalau anak sendiri, anak buah atau sepupu tu dah biasa dengar. Tapi kalau tiada kaitan pun, agak rare la..



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Azee: ciri kebapaannya terserlah.

    BalasPadam
  2. Ijam: fail. haha~ gurau je. tu la bukan semua orang boleh jaga baby.

    BalasPadam
  3. nice post.. :)



    asyrulamy.blogspot.com :)

    BalasPadam
  4. tajuk cite Mr Bean tu ialah " Mind The Baby, Mr Bean." hehehe

    BalasPadam
  5. Terharu sungguh :')
    Pandai dia jga baby. Beruntung sapa kwen dgn dia. :D

    BalasPadam
  6. nak tau jugak jalan cite kisah your friend ni, cepat mintak permission n update ea.. ;D

    BalasPadam
  7. sy pandai gak jaga baby....heheh

    BalasPadam
  8. Menjaga baby perlukan kesabaran yang tinggi dan kena memahami keperluannya.

    Jika nangis, tanda-tanda lapar.. susu kena beri.. hehehe

    BalasPadam
  9. teringat cter Cik Mama..
    Cik mama kata kecik2 dulu, Cik Abah tinggalkan CK bwh tudung saji sebb nk kuar g kdai kejp.. -_-'

    BalasPadam
  10. he3 , kekadang bab2 menjaga baby nih akan terserlah bila dah ada anak sendiri jer , hehe ..kan3 .

    BalasPadam
  11. tak susah jaga baby ni. naaaa. beli lah bumbo..hehehe..:P

    BalasPadam
  12. uisy. xpenah jumpa lagi. memang respek ar. nanti kalau dia kahwin, bertuah isteri dia! :)

    BalasPadam
  13. pnh tgk mr bean jg bby tu..

    lawak..hee

    tp mmg respek gak utk kaum adam y muda2 ni..:)

    BalasPadam
  14. ini jenis lelaki yg suka sangat ngan budak2..

    BalasPadam
  15. awww. suwitnye. mude2 dah ada tanggungjawab y sptutnye bukan utk die.

    sy juge request cite kwn awak ni di expandkan. hehe

    BalasPadam
  16. Kasihan baby tu.. Mak dia sosial erk. Cam mana la nasib dia nnti kalau dah besar.. Harap2 dia Jdi orng yg berguna cerah masa depannnya..

    Apa apa pun tabek gua dgn Lelaki tu jaga baby.. Aku tak reti sngt dowh.. Lalau baby ngis paling aku risau..

    BalasPadam
  17. Aida: terharu jugak? =)
    tu la, beruntung sungguh..

    BalasPadam
  18. Hafiz: a ah, memang sweet. kalau la anak sendiri, lagi la bertambah sweetnya.

    BalasPadam
  19. Hanys: nampaknya dia sedang marah saya sebab keluarkan entri ini. Hahaha~

    Nak minta permision? Dah tak berani woo..

    Lebih sayangkan persahabatan tu.

    BalasPadam
  20. Fendy: awak pandai juga? boleh buat calon. Hahaha~

    BalasPadam
  21. Shahril: tahu tak pe..
    memang kena bersabar banyak

    BalasPadam
  22. Cik Kartun: lucunya abah awak. hahaha~

    BalasPadam
  23. apix: itulah..
    tapi dengan anak orang yang kita dah anggap anak sendiri, betapa mulianya kasih sayang =)

    BalasPadam
  24. Cik kiwi: banyak la tak susah.

    ada bumbo je pun, yang lain susah juga nak jaga

    BalasPadam
  25. Fatin: itu la pasal. alangkah bertuah si isterinya (future)

    BalasPadam
  26. Ira: aah lawak kan Mr Bean tu. kahkah~

    tu la, saya pun respek juga. =)

    BalasPadam
  27. Azam: nak buat apa? Nak jaga baby? =)

    BalasPadam
  28. Yatie: a ah. Dia suka sangat dengan budak-budak. Dia suka baby. =)

    BalasPadam
  29. Huda: sweet kan?
    request anda dibatalkan. Haha~
    Tak de la, tengok la macam mana nanti =)

    BalasPadam
  30. Abu: tu la.. kesian juga. Sekarang ni baby tu dah balik kepada keluarganya. Kawan aku dah selesai tanggung jawab yg tak perlu dia tanggung pun.

    Harap baby tu jadi anak yg baik.

    Aku tabik jugak. Salute.

    Aku tahu dah ko tu, bukannya reti sangat. haha~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker