Langkau ke kandungan utama

7 Masalah Buat Aku Dingin Berblog

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang perasaan, blog aku seakan sepi sejak akhir-akhir ini. Minta maaf juga, aku masih tak sempat nak buat entri yang senaraikan semua peserta segment aku.

Semuanya kerana aku mengalami masalah yang bertimpa-timpa. Aku rasakan macam my hard time.


1. Kesihatan diri

Aku sakit. Memang sakit. Tapi alhamdu lillah, belum sampai tahap kritikal lagi. Hahaha, boleh gelak-gelak lagi. :P


2. Perasaan

Perasaan itu aku dapat lagi. Kecewa juga. Tapi aku tak kisah sangat. Aku rasa dia telah ALLAH utuskan untuk membuatkan aku tak begitu merasai kekecewaan yang lalu. Tapi bila dah jadi macam ni, barulah aku merasai betapa peritnya perpisahan yang lalu, yang belum pernah aku er apa ya.. Susah nak terangkan, biar aku sorang je yang faham, boleh macam tu? haha~

Apa pun, aku percaya, ALLAH menyayangiku kerana itulah dia utuskan seseorang yang dapat menggembirakan aku. Tapi bila DIA nak ambil balik, aku kena redha.


3. Oh perasaan lagi

Kali ini perasaan lain sikit. Selama ini aku abaikan sahaja perasaan ini. Tapi mungkin sudah sampai masa aku fikirkannya. Seksa bila fikirkannya. Ah, tak nak fikir la, boleh? Hahaha, tak boleh lor..


4. Blog

Blog tak habis-habis masalah. Kalau macam tu, macam mana nak maju dan dikenali dalam dunia blogger ni?


5. Lappy

Lappy aku sudah mula membuat perangai. Mentang-mentang la tempoh warranty dah tamat. Sekarang ini, aku belajar untuk memfixnya sedikit demi sedikit. Nak wat banyak-banyak, tak reti sangat. Hahaha~


6. Persahabatan

Aku amat mementingkan persahabatan dalam hidup. Apabila dia mula dingin, aku rasa resah dan tak tentu arah. Gembira aku pun cuma sebentar cuma (tak betul-betul gembira) kerana aku sedih memikirkan kenapa jadi begitu. Sesungguhnya teman, aku menyayangimu dan persahabatan kita.


7. Kematian


Beliau yang banyak berjasa, dia yang banyak mengajar, dia yang menjadi inspirasi telah dijemput menemui Tuhan yang Esa. Sesungguhnya aku rindu kepada arwah, terasa kenangan yang terjalin ibarat baru semalam terjadi.
Al-fatihah kepada Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Ust Ishak Itam, 77 tahun.



Bila semua ini bersatu, aku nanar juga. Air mata bersatu, jiwa kosong. Dua hari juga la berendam dengan air mata. Haha. Teruk kan? Tapi tak pe, syukur juga tak berlarutan. Dua hari cukup la. Sehari pun aku tak nak. Tension kot. Tapi kalau air mata nak mengalir, biar je la. Itu air mata yang membawa racun keluar dari badan, tak elok tahan-tahan.

Terima kasih kepada seorang rakanku yang tolong mengurangkan sedikit rasa itu. Aku tak bagitau dia semua ketujuh-tujuh masalahku. Aku bagitahu satu sahaja. Dialah yang mengukirkan senyum dan tawaku. Terima kasih teman, aku sangat menghargainya. Saya sayang awak.

Sebenarnya, banyak aku nak kongsikan dalam blog ini tapi nampaknya belum sampai masanya lagi. Sabar k. Hehe~

Terima kasih sudi baca.

Sayang korang. =)

Ulasan

  1. kesukaran itu rencah yg memaniskan kehidupan..

    sabar yer kak...

    BalasPadam
  2. tabahlah menghadapi segala dugaan.. i'm here if u need to share something..=)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum semua..

    salam perkenalan dan jemput singgah ke hijabismybeauty.blogspot.com
    Kami menawarkan tudung bawal plain no.1 'Dian Pelangi'
    dengan warna yang menarik dan harga yng berpatutan..

    http://hijabismybeauty.blogspot.com/

    sebarang order boleh dibuat melalui sms 013-3189358 atau email ke hijabisbeauty@yahoo.com

    Wanita Hiasan Dunia Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah..
    InsyaAllah

    terima kasih senyum2 [:)

    BalasPadam
  4. itulah dikatakan kehidupan...ada perkara gembira, perkara sedih..

    itu semua untuk jadikan kita manusia yang kuat, yang tak mudah mengalah..sha harus bangkit dari kesedihan, kerana hidup ini cukup singkat untuk kita sia2kan

    BalasPadam
  5. kita manusia kan sha... ada masanya beginilah...

    BalasPadam
  6. Banyak masalah yer.. Biasalah manusia, tu semua mmbantu kita utk lbh matang.. Ye dak!
    Blogging bila dah senang, tak lari pgi mana pun blog ni..kan..
    Wah gitu aku mengomen :p

    BalasPadam
  7. hidup ni kan banyak dugaan..sabar bnyak2 ye..

    BalasPadam
  8. huhu setuju sangat lagi2 bab perasaan tu..

    BalasPadam
  9. alfaatihah
    dihadiah kan kpd almarhum pak Ak
    (tn.hj.ishak bin itam)
    =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker