Langkau ke kandungan utama

Tips Entri SEO


Assalamualaikum.

 Entri tips blogging.


Blog ko ada entri SEO tak?

Kalau nak maju dalam bidang blogging, sesebuah blog perlu mempunyai entri SEO. Sebab kalau ada entri ini, orang akan masuk blog kita apabila carian SEO hasil taipan pengguna.

Jap, SEO tu apa? CEO ke?

SEO is SEO, not CEO, okay.

Apa yang aku belajar secara formal, SEO ialah Search Engine Official.  Enjin Pencari. Ada juga yang kata SEO is Search Engine Optimization. Aku terangkan pasal SEO (Search Engine Official) yang aku tahu, ok.


Apa tu SEO (Search Engine Official)?

SEO ni adalah tempat kita taip untuk mencari sesuatu. Kita guna Internet ni adalah untuk mencari sesuatu, kan? Kita boleh pilih guna Google, Yahoo, Bing, dan macam-macam lagi SEO. Aha, itu la dia SEO.

Google Crome, Mozila Firefox, Internet Explorer, Cometbird dan bermacam jenis lagi tu apa pula? Yang tu namanya browser. Browser ni digunakan seperti rumah kepada kita nak pergi kepada SEO. Kalau tak ada browser, tak dapat la kita nak connect internet.

Entri SEO tu apa pulak?

Entri SEO ialah entri yang mana akan naik apabila pengguna internet menggunakan SEO untuk mencari sesuatu dengan menaip keyword - kata kunci dan entri kita naik dalam carian mereka.


Apa jenis entri SEO?


Entri SEO ni ada pelbagai jenis. Yang aku tahu, pasal gadjet terkini, bola dan isu terkini. Itu memang carian panas la. Korang boleh juga tengok carian tertinggi apa, biasanya kat Yahoo home page, ada.

Tapi, aku nasihatkan korang awal-awal ye, kalau bab politik yang sensitive dan gambar yang mendedahkan aurat better korang tak payah buat la. Nanti silap-silap kena saman dan kumpul dosa jer. Nak ke susahkan diri di kemudian hari? Aku tak nak..

Kenapa pentingnya entri SEO?

Entri SEO penting kerana blog kita akan selalu diindeks dalam carian dan Alexa suka. Hal ini juga boleh kita guna untuk mendapatkan pengiklanan yang mana boleh memberi kita wang. Ha, mesti ramai yang suka bila aku sebut pasal duit kan?

Selain itu, kalau kita ada entri SEO, kita boleh duk rileks sahaja tanpa perlu up date entri pun, trafik akan masuk ke dalam blog kita. Kita off line tapi trafik maintain. Seronok, bukan? Lagi seronok kalau trafik masuk dan duit pun masuk. Hihi~

Petua nak buat entri SEO?

1.      Korang kena taip setiap perkataan dengan baik. No short form okay.

2.      Short form tu apa?
Short form tu tulisan berbentuk pendek. Contohnya: Sy nk mmt yg sgk & bl dy nk jmp saia ni.

3.      Kenapa tak boleh buat short form?

Siapa kata tak boleh buat short form? Boleh. Tapi pengguna biasanya akan taip secara penuh dengan mengeja perkataan dengan lengkap di SEO. Contohnya, nak cari pasal: saya cinta awak. Orang akan taip saya cinta awak, bukannya saia cnt wk.
Jadi, kalau kita tulis short form, SEO tak dapat nak detect entri kita la. Faham? Bagus kalau faham.

Cuba perhatikan kebanyakan blogger yang mempunyai domain sendiri (dot.com), mereka akan menulis dengan memberi perhatian kepada kualiti penulisan tapi mereka masih mampu untuk bersahaja dan santai. Ini aku pun perlu banyak belajar lagi. Sebab entri-entri di blog aku pun ada juga yang tulis ikut suka sahaja. Haha~

Macam mana nak buat entri kita berada di atas dalam carian SEO?

Kita kena ping entri di ping group seperti Pingler, Busuk.com, dan macam-macam lagi. Aku malas sikit bab ping ni. Korang boleh explore lebih sendiri ya.


Setakat ini dahulu. Kalau ada sebarang persoalan atau kurang jelas, boleh tanya aku di ruangan komen. Atau korang nak tambah, boleh saja. =)


Semoga entri aku ini dapat memahamkan korang serba sedikit dengan entri SEO. Semoga korang faham dengan penjelasanku dan boleh mula membuat entri SEO. Yeah!


P/s: Untuk kawan-kawanku, aku tak nak lagi bila aku cakap pasal SEO, korang akan tanya aku balik atau tertanya sendiri, SEO tu apa. Segala ilmu dan petua aku dah perturunkan. Terserahlah korang nak amalkan atau tidak.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. SEO.... 1st time dengar search engine official :D

    t korek tengok bab official tuh.. siyesly tak pernah dengar sebelum ni..

    BalasPadam
  2. haa.. SEO.
    salah satu cara memudahkan pencarian :)

    BalasPadam
  3. masih agak blur lagik pasal SEO neh ==

    BalasPadam
  4. tak pandai zuan bab SEO ni.. huhu buat entry biasa2 je :D

    BalasPadam
  5. Wah kak sha skunk layan SEO ea ?

    wat entri SEO pun dah dapat SEO kan ?

    hehehe .

    BalasPadam
  6. l pun malas nk ping2.. huhu

    jom baca sekejap.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

    BalasPadam
  7. gud info sha! :) stp blog perlu ada entry mcm tu :)

    BalasPadam
  8. waw !! mekasih shareee ^^ kene apply nii ~

    BalasPadam
  9. nice info kak sha.. :) saya pun baru nak berjinak-jinak dengan seo ni.. :)

    BalasPadam
  10. masih merangkak lagi pasal SEO ni..hee~

    BalasPadam
  11. kadang-kadang ada jugak yang gunakan strategi terbalik atau salah eja..

    seo jugak tu kan? betul tak

    BalasPadam
  12. terima kasih atas sharing seonya
    salam kenal ya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker