Langkau ke kandungan utama

Sekali Lagi? Redha Je



Assalamualaikum.

Ini adalah entri crap. Minta maaf, mood ke laut. Mood orang baru putus cinta. Haha~

Orang kata bercinta tak semestinya bersatu. Aku dah alah rasanya dengan perpisahan.

Aku tak marahkan sesiapa. Kalau tiada jodoh, tidak akan bersatu, kan?
Bila tengok orang lain, senang sahaja dapat jodoh. Berkawan dan berkahwin, jalani kehidupan bahagia bersama anak-anak.

Allah tak kan uji seseorang kalau tidak dapat dilaluinya. Itu ayat penyedap hati.

Hari ini aku lalui perpisahan lagi tapi aku masih boleh rileks sahaja. Boleh gelak-gelak, boleh gurau-gurau. Kecewa dan sedih? Bohonglah kalau aku tak rasa tapi jap je. Aku kan jenis happy dan optimis. Dah orang tak nak, lupakan sahaja. Tak perlu nak seksa-seksa diri. Cari je orang lain. Masih ramai lagi yang ada =)

P/s: Minta maaf kalau aku tak balas komen korang. Mood kurang. Lain hari aku lawat korang.
Tolong jugak jangan nak kata aku muda lagi. Pls..

P/s/s: Siapa yang kerja Nuffnang yang jawab-jawab soalan ni? Dulu ok je, sekarang ni aku tanya lain, dia jawab lain. Sebab tu ada entri ni, menerangkan pada staf tu.

Mood bengang.
15 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)