Langkau ke kandungan utama

Rahsia Top Blogger Otai


Assalamualaikum.

Korang kenal tak Fatin Liyana, Lyssa Faizureen, Yuyu Zulaikha, Hanis Zulaikha, Ben Ashaari, Ariff Shah, Eqbal Zack, Just Khai (yang memiliki rangkaian Oh,…! Oh, tidak! Oh, Media! dan lain-lain), Siti Badliah, Dunia Sebelah Zara, Nisa Menaip? Sekadar memetik beberapa nama blogger hebat yang menulis perihal peribadi.
(Kalau blogger SEO, terlalu ramai. Blogger hiburan pun ramai juga, sama seperti blogger agama. Semua itu susah nak ukur kejayaan mereka kerana trafik banyak mungkin disebabkan carian dalam SEO).

Dunia Sesawangku, Ijam Nizam, Jer Azhar, Anif Abdullah (AA), Aynie, Mizmarmalade, korang kenal tak? Tak ramai yang kenal sebab mereka hanyalah kawan-kawan sekampusku dan merupakan blogger meningkat naik.

Apa rahsianya mereka yang top top ini terus mendapat tempat di hati ‘pengusaha blog’?
(boleh pula cakap blogger sebagai pengusaha blog? Hentam sahaja Labu.. Haha~ )


1. Aura

Setiap daripada kita mempunyai aura sama ada aura positif mahupun negative. Masihkah ingat kepada juara Akademi Fantasia musim ke-tiga, Mawi? Beliau banyak dikatakan mempunyai aura. Aura mawi, orang kata.
Nak buat blog pun kena ada aura juga. Aura inilah yang menarik minat orang untuk terus melekat dan dilekatkan ke blog mereka. Blogger otai memang memiliki aura ini. Macam mana nak dapatkan aura? Mungkin boleh perbaiki hati dengan berzikir, betulkan niat, bersangka baik dengan orang lain, jaga percakapan dan apa sahaja yang relevan untuk menenangkan dan mendamaikan hati. Ceria.


2. Penulisan

Kebanyakkan mereka ini mempunyai gaya penulisan yang memikat hati. Bahasa yang digunakan juga mudah untuk difahami. Ketulusan dan kejujuran mereka menulis dapat dirasai.

Ada juga blogger yang mengakui dan terus promosi bahasa Melayu penulisannya dapat A1 tapi bila tengok penulisannya kalah dengan orang yang dapat BM B je. Tulisan kita penting kerana medium penyampaian maksud dan melancarkan pembacaan khalayak kita tanpa ada gangguan di minda mereka perkataan apakah yang dipilih dan apakah maksud yang hendak disampaikan.



3. Blog


Teknikal blog mereka sudah semestinya tip top. Mereka pandai dalam bab nak lajukan blog walaupun macam-macam disumbatkan ke dalam blog diorang tu tetapi load blog masih maintain laju. Ye la, tak ada siapa mahu masuk ke blog yang loadnya lembap. Jenuh nak tunggu, siot.

Kebanyakan blogger yang top-top ini menggunakan warna latar putih sebagai latar blog, dan warna tulisan hitam solid (macam aku la, haha, perasan). Warna putih dan hitam adalah asas, semua orang suka, paling tidak pun semua boleh terima kerana warna hitam dan putih adalah earth color
Ada juga yang aku jumpa blog (bukan blog ternama) menggunakan warna tulisan kelabu muda dengan latar belakang warna putih. Aduh, sakit mataku. Silalah edit di design>template>pilih warna hitam pekat.


4. Promosi

Ramai yang menggelarkan Ben Ashaari (BA) sebagai raja segmen. Beliau selalu membuat segmen untuk blogger baru. Ramai lagi blogger top-top ini yang membuat contest-contest dan give away (GA) yang berhadiah lumayan yang ditaja.

Selain itu, ramai yang meletakkan blog mereka dalam bloglist. Ini adalah salah satu promosi affialate yang sangat berkesan.


5. Peribadi dan keperibadian

Peribadi mereka sudah tentulah terbaik. Keperibadian pula, mereka bukannya jenis suka memaki dan menceritakan keburukan orang.

 Ada juga aku jumpa blog yang duk perli-perli entah siapa. Adoi, ko cerita pasal sape? Ini memberi tanggapan tak elok kepada orang lain. Sekali sekala tak apa. Tengok blogger ternama, mereka bukan tidak ada masalah tetapi mereka bijak mengawal keadaan.

Mereka juga ramah-tamah walaupun mereka sibuk dengan kehidupan seharian, tetapi kalau ada masalah mereka akan tetap menolong. Contohnya, Ariff Shah (orang lain, aku tak tau sebab aku tak rapat sangat, sekadar kenal blog mereka sahaja). Orang cakap Lyssa Faizureen pun ramah.


Kesimpulan

Banyak yang kita boleh belajar dari blogger ternama ini. Janganlah ambil langkah mudah dengan copy paste entri mereka tetapi belajarlah dari otai dunia blog (mereka tak kedukut ilmu). Kalau mencuri hak orang lain, kita tidak akan berjaya mencipta jalan kejayaan kita sendiri.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.


Ulasan

  1. sy pun kagum dengan mereka. thanks untuk tips ni. nak try amalkan satu2.. :)

    BalasPadam
  2. mr. ben mmg terkenal dgn segmen nya.kratif..stiap blogger ada keistimewaan masing2.. :)

    BalasPadam
  3. ya..mereka naik dengan cara mereka yang tersendiri
    :)

    BalasPadam
  4. Wahhhh . Lyssa LIKE Entry ini . Mantopppp !!!

    BalasPadam
  5. here's another thing, ur aim as a blogger doesn't necessarily has to be achieving a high page rank or receiving the most traffic..people will appreciate it more if they can see sincerity in ur writing :)

    BalasPadam
  6. mereka hebat kan! nak kene berusaha bagi hebat mcm dorg :)

    BalasPadam
  7. gary: sila lah sila =)
    nanti dah jadi famous amos dan otai, jgn lupa kak sha tau. =)

    BalasPadam
  8. true true. yang menulis ni pon mantop, hehe XD

    BalasPadam
  9. Just Khai, aku kenal dia dari forum kedahonline.net. Salah sorang admin dalam tu. Kenal dia sebelum dia berblog lagi. Tapi skang mmg mantap. Review macam-macam. Tu yg best

    BalasPadam
  10. bell: yup. perlu ada keistimewaan masing2 =) kalau sama je tak best la.

    BalasPadam
  11. Jer Ahmad ?

    Kak Sha maksudkan jer ke orang lain. kompius2 . haha . nway nice entry :)

    BalasPadam
  12. selalu dengar nama deorang..punya aura tersendiri~

    selamat berblog~ ;)

    BalasPadam
  13. nice post...

    setidaknya, diantara blogger malaysia, bahasa kamu yang paling mudah untuk saya pahami ^_^
    jadi aku mengerti maksud dari posting ini...

    aku rasa, kamu juga salah satu dari blogger itu...hehehe

    BalasPadam
  14. aah.diorang mang best. sume ramah-ramah :D

    BalasPadam
  15. ara: yup. perlu naik sendiri. tak best la tumpang2 orang utk naik. tak ada originality dan tak rasa bestnya nikmat berada di atas hasil usaha sendiri

    BalasPadam
  16. Bloger otak tdk peluang bw"....... Ekekekekeke.

    BalasPadam
  17. assalamualaikum sha,
    maaf abg eq lambat reply sebab sibuk sikit hari ni.
    terima kasih tak terhingga sebab selitkan nama abg eq kat entry ni. abg eq pun masih peringkat belajar lagi drp otai2 yg lain...
    cuma sha kena betulkan nama abg eq tu, bukan IQBAL ZACK tapi yang betul EQBAL ZACK..hehe...

    semoga sha juga berjaya dalam dunia blogging ni...teruskan menulis ok..

    ikhlas,
    abg eqbalzack

    BalasPadam
  18. masing2 ada aura dan cara tersendiri dalam berblogging..:D

    BalasPadam
  19. emy: ya. berusahalah semoga takdir menyebelahimu =)

    BalasPadam
  20. azri: aku belum cukup mantop la wei..

    BalasPadam
  21. salam ..

    anda pon layak .. punya identiti tersendiri .. terima kasih kerana sudi selitkn nm sy .. : )

    BalasPadam
  22. orang-orang lama dan berpengalaman ni selalunya macam tu lah, lagi banyak makan garam, dan ada cara tersendiri untuk memantapkan blog sendiri..

    nak jadi 'pengusaha' blog katakan .. hhe

    BalasPadam
  23. Ramai lagi blogger blog personal saya tak kenal rupanya. Antara semua tu, separuh ja blog selalu saya lawat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker