Langkau ke kandungan utama

Ong Kim Swee Akui Kesilapannya Hadiah Jepun 4 Gol


Gambar masa team Harimau Malaya merayakan kemenangan ke atas Indonesia.



Skuad Olimpik Malaysia perlu banyak pembaharuan

23 Februari 2012
SKUAD Olimpik negara perlu melakukan penambahbaikan dari segi permainan sekiranya berhasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik.

Ketua jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh anak didiknya hari ini terbukti belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

"Kita perlu lebih banyak melakukan pembaharuan dari segi permainan sekiranya ingin bersaing dengan negara-negara hebat dalam bola sepak seperti Jepun," katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun, malam tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara gagal beraksi cemerlang di laman sendiri setelah dibelasah 0-4 oleh pasukan Samurai Biru.

Kim Swee turut mengakui kekalahan hari ini turut berpunca daripada kesilapannya yang gagal mengatur strategi permainan yang berkesan.

"Saya menjangkakan corak serangan yang diamalkan seperti perlawanan terdahulu (di Fukuoka) Jepun, mampu memberikan kejutan kepada mereka, namun saya tersilap membuat ramalan," katanya.

Sementara itu, jurulatih Jepun Sekizuka Takashi memuji anak buahnya kerana memberi persembahan yang hebat mengalahkan pasukan negara dengan jaringan yang besar.

"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain saya hari ini kerana mereka bermain dengan baik dan telah menjaringkan empat gol," katanya.

Beliau gembira jika pemain dapat menambahkan jaringan gol untuk meningkatkan peluang mereka menjadi pasukan pertama menempah tiket ke pusingan kelayakan.

Jepun akan bertemu Bahrain di laman lawan pada 14 Mac ini manakala Malaysia akan bertemu dengan Syria di gelanggang berkecuali iaitu di Jordan pada tarikh
yang sama. - Bernama dalam sumber


Kataku:

1. Macam tu hero, berani mengaku salah bila ada buat salah. Sayang coach!

2. Apa-apa pun, aku berbangga dengan skuad negara. Penyokong Malaysia yang memenuhi stadium walaupun sedar Malaysia tak akan layak ke Olimpik 2014.

3. 'Oh Ma-Lay-Sia!' bergema hasil dari penyokong setia yang lebih dikenali sebagai Ultras Malaya. Tahniah, semangat patriotik dan nasionalisma kita masih tinggi.

4. Aku pula memberi real feed dengan menggunakan facebook kepada kawan India sebab kat tempatnya hujan lebat, dapat tengok sekerat je.
Ini membuktikan sukan mampu menyatukan kita semua.

5. Rileks la, Jepun ranking dunia no 15 kalau tak silap manakala Malaysia no 140. Team Harimau Malaya sudah memberi yang terbaik.


Kesimpulannya:

Kalah atau menang itu tolak ke tepi dahulu. Yang penting rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada team negara. Majulah sukan untuk negara =)

P/s: Rasa fresh sikit dapat hiburan daripada berita sekarang ni, asyik pasal PR13 je.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker