Langkau ke kandungan utama

Menyampah dengan Blogger yang Perasan Bagus


Assalamualaikum.

Korang tahu tak yang blog aku sedang menjalankan segment Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah. Boleh join lagi sebelum 29 Februari 2012.

Cerita je pasal kehidupan korang masa sekolah rendah dan kawan korang. Contohnya: Pada suatu hari, aku tak ada duit nak makan. Kawan aku, Ali kasi duit belanjanya untuk aku makan. Terharu.
Kami sama-sama panjat pokok rambutan masa balik sekolah.


Senang je kan? 


Promosi segment
Nak buat segment mahupun kontest kena rajin blogwalking (BW). Ya, aku dah buat tu. Malam awal, tidur pukul 2. Malam semalam 4 pagi, semata-mata nak promosikan segment tu. 

Bukan aku duk promosi sangat pun (kantoi. Lalala~). Ada hal lain juga yang dibuat. Layan filem kat tv dulu. Makan. Lipat baju. Berfacebooking dengan bincang isu-isu hangat. Bergayut telefon sejam dua sampai tak tau nak cakap apa dah (tapi tak jemu). Hahaha~

Tujuan aku buat segment sebab rasa bosan je asyik muka sama je duk lawat melawat blog. Kalau buat segment, aku akan lebih kenal ramai blogger lain. Alhamdulillah, setakat sekarang ni, aku dah kenal dengan banyak blogger baru dan tahu apa sisi pandangan mereka. =)


Blogger senior yang sombong


Dalam pada itu, aku jumpa seorang blogger yang agak senior. Umurnya memang dah banyak. Dalam 40 agaknya. Aku memang tak rapat dengan dia tapi tak sangka plak begitu perangainya. Bukan apa, umur dan blog dia yang agak dikenali tu, tak sangka perangainya  teruk. Aku betul-betul terkejut!

Kalau nak kata dia kerja tak bagus, bagus (nilai-nilai murni juga) kerja dia tu. Tapi, boleh ke orang respek kalau perangainya macam itu? Maaf, aku tak boleh respek pada dia.

Nampak macam dia nak bangga diri je. Orang lain duk bincang pasal blog, tetiba dia cakap kenapa tak temubual dia sebab punya pendapatan lagi tinggi, 5 ribu sebulan tapi tak heboh pun. Hak eleh, kalau tak heboh, pe hal dia komen macam tak puas hati?

Dengan segment aku pun dia kutuk. Hei jantan, aku cakap! Aku tak minta apa-apa pun dengan ko. Kenal ko pun tak. Maaf, perangai ko buat aku hilang hormat pada ko.

Ko ingat aku tak faham ke yang blogger yang dah stabil tak akan join segment blogger lain? Aku tak minta pun ko masuk. AKu ajak semua blogger (tapi blogger ada nama, tak la). Sape nak masuk, masuk la, boleh eratkan hubungan persahabatan antara blogger. =)

Nak tahu siapa dia? Maaf, aku tak akan bagitau sape dia. Buat apa aku nak heboh-hebohkan keburukan dia. Korang nak tau, carilah sendiri. Klu: Blogger suam-suam kuku je pun.


Kesimpulan

Blogger otai dan dikenali ramai pun tak belagak bodoh sombong macam pak cik ni. Siap diorang request jadi friends kat fb. See, tak pernah ada batasan antara blogger biasa dan otai. Unite. Bersatu. Humble. Down to earth.

P/s: Tolonglah jangan nak berlagak walaupun korang tu (perasan) blogger otai. Ingat orang nak respek ke? Please la!

Maaf, entri emosi plak. Hehe. Komen?
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. huhu..jgn dilayan sgt blogger camtu dik.. nanti sakit hati je.. huhu

    BalasPadam
  2. HAHA. sabar jelah. kat dunia macam2 orang, macam2 ragam ^_^

    BalasPadam
  3. sapelah pakcik yg buat kak marah nih.. orang berlagak tak kemana pon..

    BalasPadam
  4. biaselh bila dah hebat mula berdabik dada... padahl kita same jet klau blogger nie

    BalasPadam
  5. pait qasa mcm knai blogger hat sombong nih . sbb dah besa kena tapi pait boh dya blik . perasan baguih . pui !

    pait polo sini noh -.-v

    BalasPadam
  6. yup betol 2... blogger msti unite :) biarkan die dgn perangai sombong bodo 2.. satu hari nanti die akan terfikir semula :)

    BalasPadam
  7. cik moon: memang tak layan pun. Bolayan je.

    dik? auw, terasa diriku muda remaja. kahkah~

    BalasPadam
  8. Jangan layan,buat tak tau je.
    Jangan marah2 nanti muka cepat tua.ehehehee...

    BalasPadam
  9. sabar ye sayang .


    dunia blogger banyak dugaan

    BalasPadam
  10. Anggap jer sebagai dugaan dunia blogging.
    Tak payah layan sangat.

    BalasPadam
  11. Hoho. Bawak bersabar banyak-banyak kak Sha oi.

    tadi ternampak perkataa. "sembang sampai dua jam(tapi tak jemu)" ekekeke.Untungla.haha


    Cmmnt here :)

    BalasPadam
  12. fuyooo dah ade pakwe baru ek,,hehe,,ermm sapelah agaknya tu,,rasanya blum ada jumpa lg kot yg 40-an ni,,hermmm

    BalasPadam
  13. biasalah.. kalau dh rasa diri tu bagus sgt mmg cm 2.. biarkan je dia dengan dunia keangkuhannya.. smile je.. :D

    BalasPadam
  14. hehehe...sabar yer sha ..kalau yang sombong2 sangat pun tak kemana jugak...nanti lama2 orang muak la tu dengan kesombongan dan keangkuhan dia tu. :)

    BalasPadam
  15. auwww.. ape sombong2 nie?? meh nk poke muka dia... ala.. org lain ramai g pemes.. xsmbong pom.. pakcek2.. ma siswi pesan..xbaik sombong..hikhik..

    BalasPadam
  16. sabo eh kak :) bagus akak bub xmantion nama dy ^^ sebab lau akak mention jadi ngumpat . bile ngumpat dapat dosa . hee

    kadang2 sedih bile kite pergi blogger otai nih xnak balas un kunjungan kite . cett ! macam kite semua xpernah jadi blogger higusan kan :')
    renung2kan dan selamat beramal . hehe

    BalasPadam
  17. cik suka: yo la. sabar yo la. hahaha~

    BalasPadam
  18. Anif: ada la pak cik entah pape. Hihi~

    ya, berlagak tak kan ke mana =)

    BalasPadam
  19. poyo sgt blogger tu...
    haiyaaa...
    bajet bgs plak..

    BalasPadam
  20. tu la manusia..cepat bangga diri..singgah2 blog kami..blog psl remaja dn perhubungan sosial..mnympaikan msj dgn unsur2 humor..tq

    BalasPadam
  21. Acik: nak dabik dada kalau betul2 bagus tak pe.. haha~
    aah, sama je. port blog juga.

    BalasPadam
  22. Faiz: ang berani boleh la. Kak Sha bukan tak berani tapi malas nak cari gaduh. Kang ada plak batu api. Hancuss2..

    Apa2 pun tabik la sebab Faiz berani =)

    BalasPadam
  23. Henry: sgt stju dengan kata-kata anda =)

    bersatu.

    BalasPadam
  24. Feenas: senangnya cakap. hahaha~

    Ok, ok, i[ll be chill =)

    BalasPadam
  25. Cik Ros: tengok orang tak layan dia pun. Nampak dia je yg terhegeh2 attention seeking!

    BalasPadam
  26. Jer: Yo la, adikku.

    Alamak, ada org perasan akan perkataan itu. Hahaha~

    reply ur comment =)

    BalasPadam
  27. Miss Ina: Alamak, perasan juga ek? Hahaha~

    nanti2 jumpa la tu.

    *sumpah, tak nak jumpa orang tu lagi.

    BalasPadam
  28. cik hana: muak? kita tunggu saat dan hari dia. haha~ *gelak ala witch.

    BalasPadam
  29. Siswi: entah la.. tak tau dia. dia ada masalah kot. haha~

    yg popular pun tak sombong pun.

    BalasPadam
  30. Cik Chokie: aah, sebab tu tak mention nama sesiapa sebab tak nak jadi dosa. nama2 cerita dalam blog ni biasanya dah ditukar dgn nama lain, (w/p tak bgtau dah tukar) kecuali la fakta. tak leh nk wat apa la fakta.

    Cik kena faham, blogger otai sibuk. Bukannya nak hadap blog je. Kalau kita tak komen, dia tak rugi apa-apa pun. sebab orang akan tetap melawat blog dia. Kita yang rugi, sebab kehilangan trafik sesat satu-dua masuk ke blog kita dari blog blogger otai. =)

    BalasPadam
  31. Disrim: agak2 la nak bangga diri pun

    BalasPadam
  32. sbr ek..huu..mcm2 org dlm blogging ni...tp setakat ni xpnh jmpa plak..

    BalasPadam
  33. sabar je la... biasala rasa diri hebat camtu la :)

    BalasPadam
  34. Bloggger OTAI mesti tak pandang blog saya yek..psl blog saya takde cite psl artis or personal life..kan..kan..kan :P

    BalasPadam
  35. siapa pulak yang dah terlebih otai tu ish.. bukan ke sepatutnya semakin otai, semakin menunduk

    BalasPadam
  36. juliet ira: bagus la kalau tak pernah jumpa. harap2 awak tak jumpa dgn orang mcm tu.

    BalasPadam
  37. zafendy: itu lebih baik daripada senior yg entah apa2..

    BalasPadam
  38. ticer wan: sabar je ni. cool jer. hihi~

    mungkin la.. tapi agak2 la kan. nanti ada orang menyampah je. haha~

    BalasPadam
  39. sabree: itu la, makin naik makin tunduk kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker