Langkau ke kandungan utama

Jenis Blogger yang Aku Tak Suka

 Assalamualaikum.


Straight to the point ye la..

Blogger yang aku tak suka sebab:

1. Bajet Datin/Datuk
Tengok blog dia entah pape pun tapi belagak divanya ya Rabbi, kalah blogger otai. Menyampah tau. Ingat orang lain suka kot. Ergkh, ko sape nak suruh aku layan ko macam VIP?! U are no body, okay. Dah cukup dah aku bersabar dengan ko. Tapi perangai ko tetap tak berubah. Jadi, pergilah ko dengan hidupmu sendiri, aku dah malas nak layan perangai ko.

Kalau blog ko entah pape, jangan nak perasan la nak diva. Blog pun tak de trafik, nak belagak sombong dengan aku? Aku pun bukannya ada trafik tinggi tapi aku tak de nak belagak macam ko. Memang aku menyampah betul la dengan spesis manusia begini. Kesimpulannya, nak berlagak diva pun kena la seiring dengan blog korang. Jangan nak buat aku gelak dengan perangai korang la, wei.

2. Comment
Aku pasti ramai yang katakan pasal komen yang ada notify ni. Tapi ramai lagi yang masih guna. Aku pun rasa dah bosan kot nak ziarah balik ke blog yang berkali-kali aku tegur suruh buang notify tu tapi biarlah. Itu hak dia. Hak aku pula, aku tak nak dah singgah blog yang menyusahkan aku nak tinggal jejak. Ha, kan dah padan mukanya hilang sorang pembaca setia dan pengomen berkaliber. Ahaks! :P

Satu lagi, pasal komen. Dah orang komen kat blog korang, jejaklah balik ke blog mereka. Apa besar sangat ke korang tu tak nak kunjung-mengunjung blog orang lain?

3. Load blog
a. lagu – aku paling tak suka kalau aku BW, (kadang-kala je aku BW pun) ada blog yang lambat load sebab ada lagu nak load. Haish, rasa nak pukul-pukul je tuan blog tu. Load lagu tu berat, tau. Lagipun, sorry la, aku tak berminat nak dengar lagu kesukaan korang. Lagi satu, aku paling pantang bila dengar lagu (sekali sekala je pun aku dengar), diganggu dek lagu dari blog korang. Potong mood aku.

b. widget- segala mak nenek korang nak letak dalam tu. Selagi boleh sumbat, korang nak sumbat ek? Seriously, serabut gile blog korang! Kalau setakat nak cuba-cuba letak tak pe la. Tapi kesian kat orang lain yang nak baca cerita menarik korang tapi terpaksa tunggu lima jam. Menarik ke kalau macam tu?


Semoga apa yang aku perkatakan ini korang ambil serius, ya. Tolonglah buang segala apa yang patut kalau korang mahu maju dalam dunia blog.

Minta maaf, aku memang jenis cakap lepas macam ni dalam blog. Tapi kalau jumpa aku in personal, aku ni seorang yang sopan, tau. Haha~ kekok pula rasanya nak berformal segala.

Ulasan

  1. komen notify tu ape..

    saya pon x suka 3a..nyampah sebab kengkadang kita lupa mute speaker..tetiba hah lagu kuat pasang. nasib bukan kat ofis.

    lagi satu tak suka..takleh tinggal komen sebab komen boleh tinggal thru FB aje. tak semua orang ada FB okayyyy..

    BalasPadam
  2. blog zy ok x? Sila beri kritikkan yer...

    BalasPadam
  3. tepat sekali kak sha... kita serupa~.. hehe.. sayer pun tak suka gak.. :)

    BalasPadam
  4. tapi sha... kita tak boleh nak kata apa jugak.. yg tu blog diorang jadi ada hak nak buat mcm mana pun... kalau kita tak suka cara diorang berblog kita jgn BW je lah kt situ hehehhe

    BalasPadam
  5. sya...iera berlagak datin tak?? blog pon picisan jer..nak berlagak cam ner..huhu....iera komfem tak letak lagu sbb iera pon rimas..hahaha...

    miss nak komen2 ngan sya...:))

    BalasPadam
  6. makan dalam betol no 2 tu perenggan kedua.. terasa dow..


    walk away..lulululu...

    hahahahaha

    BalasPadam
  7. hey sha, btw sy dh buang pon notify tu, awk je dh xsinggah lagi, sy ade tulis kat satu entry utk bgtau yg sy dh buang notify tu n cyap link ke blog sha, tp tu kire note kecik kt last entry je lah, tp dh delete lah entry tu..sbb tajuk besar entry tu sy memaki seseorang, so, rse mcm over then delete lah, so automatic i delete sekali note kecik tu..hehehe

    BalasPadam
  8. cik sibuk: notify tu yang ada kena isi perkataan yang diberi. kalau tak, tak leh komen.

    BalasPadam
  9. eira: masalahnya blog picisan je pun tapi belagak bebenor. menyampah doh. haha~

    eira sibuk..

    BalasPadam
  10. lynn: bukan sebab tu. sha sendiri tak on9. ni pun curi2 masa je. yang lain, banyak buat autopublish.

    sha sempat baca entri yg dimaksudkan tu =)

    BalasPadam
  11. em..lumrah blogging..x semua blogger kite minat kan..
    ape pun kite berblog dengan care tersendiri & sentiase bersangka baik..maybe die x balas sebab line tenet die lembab kot hee

    BalasPadam
  12. cik najihah: a ah kan.. tapi tak semua sebab line lembab.

    BalasPadam
  13. entry mcm emo je ni ahahaha, tp kan, kalau ada comment notify tu kan baru senang nak prasan yg kita ada komen baru, kdg2 tanpa notify kita xtahu pun org komen post kita..

    BalasPadam
  14. blog saya tak ada lagu, jadi boleh masuk dekat blog saya..

    lagi satu, saya tak tau macam mana nak masukkan lagu haha..

    jadi begitulah blog saya seadanya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker