Langkau ke kandungan utama

Cara Keracunan Makanan Boleh Dielak





Assalamualaikum.
  Keracunan makanan? Korang pernah terkena tak? Aku pernah. Memang rasa merungut je marahkan peniaga tu. Apa la, nak niaga pun  basuh la betul-betul. Teruk aku kena (bajet jer teruk). Rasa dunia berpusing dan bila gerak sikit je, muntah. Gerak badan sikit jer muntah.

Okay, cerita pasal entri pula. Aku terbaca (maksudnya aku malas nak baca. Haha~). Tapi untuk ini, aku memang baca (sebab aku yang tiap sendiri) kerana aku rasa adalah perlu untuk aku  selaku perempuan yang selalu ke dapur (Ceh, bajet jer selalu. Haha~) untuk mengetahui dan mengamalkan amalan penyediaan makanan yang sihat. Ianya juga penting kepada kaum ibu dan para suri rumah, juga kepada mereka yang selalu ke dapur untuk penyediaan makanan.


Jom kita check apa yang perlu untuk dilakukan

1. Membeli
Beli bahan mentah di gerai yang bersih dan mematuhi piawaian kebersihan.
beli bahan mentah yang segar.
·        Jangan beli bahan mentah yang ada tanda aneh.
·        Jika beli teulr, pastikan kulitnya bersih dari najis. Jika ada kesan najis, bersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan. Pastikan juga kulit telur dalam keadaan sempurna dan tidak retak.
·        Makanan dalam tin (ayam atau daging) selamat dimakan kerana semuanya diberikan rawatan  yang tinggi bagi membunuh bacteria dan virus.


2. Simpan-Pastikan ianya cukup sejuk
·        Ayam dan daging perlu disimpan dalam peti dingin beku atau masak segera sebaik tiba di rumah kerana mikro organism yang sedia ada boleh membiak dengan cepat apda suhu bilik.
·        Simpan makanan mentah dan yang sudah masak dalam bekas berasingan serta bertutup bagi menghalang jangkitan. Jangan letk makanan mentah dan masak bersebelahan.
·        Elak menyah beku ayam pada suhu bilik. Untuk menyah beku, letakkan ayam di bahagian bawah peti sejuk malam sebelumnya. Jika menyahbeku dalam ketukar gelombang mikro, pastikan ayam berkenaan dimasak segera.


3. Kendali
·        Elak menyentuh mata, hidung atau mulut ketika menyediakan makanan. Basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas menyediakan makanan.
·        Gunakan pisau dan papan pemotong berasingan untuk makanan mentah atau masak. Atau basuh bersih kedua-duanya setiap kali ia digunakan.
·        Buang papan pemotong yang sudah lama dan mempunyai banyak kesan hiris kerana di sinilah tempat penyembunyian virus.
·        Bilas semua tempat yang digunakan ketika memasak (sinki, papan pemotong, pisau)dengan air panas.
·        Cuci tuala dapur dengan 10 peratus bahan peluntur kerana tuala tangan juga boleh menjadi alat penyebar virus.
·        Basuh telur setiap kali sebelum masak. Jika kotor basuh sehingga bersih. Islam pun dah ajar. Kalau ada najis, memang tak suci dan tak bersih nak makan.
·        Basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan telur kerana kulittelur mungkin tercemar dengan ayam, walaupun ia tampak bersih.
·        Jika tangan anda luka, basuh dengan antiseptic dan balut dengan plaster kalis air atau pakai sarung tangan.

4. Memasak
·        WHO menyarankan semua ayam dimasak pada suhu 70 darjah Celcius selama 30 minit atau 80 darjah selama beberapa minit. Lebik baik, pastikan ayam benar-benar masak.
·        Jika memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, pastikan ayam dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan ditutup. Balik-balikkan ayam tersebut.
·        Elakkan memasak ayam separa masak (untuk kegunaan kemudian) kerana bakteria dan virus boleh masih membiak dalam keadaan ini.
·        Jika dapat, kurangkan memang makanan dengan tangan. Gunakan sudu, senduk atau garfu.
·        Jangan sesekali mencelupkan jari ke dalam masakan untuk merasa, sebaliknya gunakan sudu yang bersih.

5.  Ketika makan
·        Basuh tangan sebelum makan. Walaupun diajar sejak kecil ramai yang masih mengabaikannya.
·        Panaskan makanan sebelum makan (atau makan sejurus selepas ia dimasak).
·        Panaskan baki makanan sehingga mendidih.
·        Elak simpan makanan pada suhu bilik lebih dari dua jam kerana mikro organism mudah membiak.
·        Simpan dalam peti sejuk dan jangan biarkan melebihi tiga atau empat hari.



Oo, macam ini rupanya.. Aku kena amalkan ini supaya memperoleh kesihatan yang optimum. Korang pun jom la ubah cara penyediaan makanan ke arah yang lebih bagus dan sihat. U are what u eat.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. tip yang menrik...
    tlor ayam dkt psar raya byak taik..
    so bsuh btol2 ye..
    miahahaha =p

    BalasPadam
  2. huhu. eden maleh nak panaskan lauk.. haha.. tp da baca ni.. npknye kene lah panaskan lauk klu tak nk kracunan mknn. thanks for sharing :)

    BalasPadam
  3. una main makan je ..yelah makan kat luar.. adat hidp student merantau kan ? =(

    BalasPadam
  4. nice tips..
    nak sihat kena disiplin sikit..heee~

    BalasPadam
  5. Peyan: ye ke? *jarang ke kedai.
    Basuh kasi bersih

    BalasPadam
  6. wahhh dah macam pakar pemakanan pulok.. hee thanks utk info nih.

    BalasPadam
  7. cik: kena buat lagi2 kalau dah terdedah lebih dari 2 jam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker