Langkau ke kandungan utama

Bersambung Semula Selepas 8 Jam, Ngeri, Kejam

8 jam sambung tangan putus
Wartawan Sinar Harian
16 Februari 2012
Pasukan perubatan berjaya menyambung semula



















KUALA LUMPUR – Pasukan perubatan dari Hospital Gleneagles terpaksa turun ke lokasi kejadian mencari tangan kiri Poon untuk menyelamatkannya yang kehilangan banyak darah.

Tindakan pantas pegawai perubatan itu bukan sekadar dapat menyelamatkan nyawa mangsa, tetapi dapat menyambung semula tangan yang terputus lebih sejam itu.

Menceritakan detik mencemaskan ketika merawat mangsa, Pakar Perubatan Trauma, Tangan dan Micro­surgeri Hospital Gleneagles, Dr Palani Ramasamy berkata, mangsa sampai ke wad kecemasan jam 9.30 malam dalam keadaan separa sedar.

“Saya segera ke hospital apabila dihubungi Dr Mary Ann yang berada di wad kecemasan. Beliau cuba mene­nangkan dan berkomunikasi dengan mangsa dalam usaha mencari semula tangan kiri tersebut,” katanya.

Beliau berkata, mereka segera melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan meminta bantuan untuk mencari tangan itu untuk disambung semula.

“Kami harus mengutamakan nyawa mangsa kerana peluang untuk tangan itu disambung semula adalah dalam tempoh enam hingga 12 jam, bergantung sama ada ia disimpan dalam ais,” katanya.

“Kami mencari dalam longkang dan sekitar kawasan itu. Akhirnya, tangan mangsa dijumpai 100 meter dari lokasi kejadian di laluan pejalan kaki,” katanya.

Katanya, pakar bedah hospital mengambil masa hampir lapan jam bagi menjalankan pembedahan.


Kata mereka:

  • Ji Mie · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia

    mangsa putus tangan akibat ditetak perompak.. polis pulak gagal menjumpai tangan mangsa, lalu pihak hospital yg akhirnya terpaksa cari sendiri di tempat kejadian hingga berjumpa.. thanks docs!

    Smooth Artwork
    polis nie cari tangan ke cari benda laen sampai xjumpa
  • Zuraimey Azley
    nasib baik jumpa balik tangan tu,kalau tidak kudung lah simangsa....(teringat kes mak aku putus jari kena chop nyok..punya ler cari jari x jumpa2...)

    Delia Farisha
    chop nyok tu apa wak
    • Noor Hapisah · Top commenter · Universiti Utara Malaysia

      Delia Farisha alat yg nk buka sabut kelapa


      Reen Mahupun Zureen
      ya allah..dasyat penjenayah skang..sanggup wat ape saje.. arap2 tgn tu blh berfungsi balk..amin..
  • Mohd Shamsul
    subhanallah.... knp la pancaindera milik TUHAN di jadikan tmpt melepaskan nafsu amarah.

    Mohamad Bakhari ·
    Syabas Doktor2 Hospital Gleneagles n tahniah.
  • Si Tunggul Kayu ·
    ush..dasyat gler..
  • Laili Qusra Vs Nubhan
    Knpa tngan dia boleh putus ni, xbgi thu pun.. Info x lengkap?
  • Mohd Airiell Mohd Aizat
    Semoga tgnnya dpt brfungsi semla. tabahkan hati apa yg tlh brlaku..kecuaian boleh mmbawa kecelakaan olh itu berawspdlah apbla melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Md Sabri · Top Commenter
    stanby lah 60 ribu ke bawah kena sedia untuk bayar kos rawatan. itu hanya ramalan.
  • Abam Ming
    syukurlah dgn pemberian Allah s.w.t http://blin.gd/4dga..
  • Danny Dan
    minta dijauhkan dpda perkara ini.

    Sumber

    Kataku:
     

    Syabas kerana cari dan jumpa serta dapat sambung balik.
 Apa komen korang?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. ngerrriii nye.... eeeee... x sanggup nak tengok

    BalasPadam
  2. oke.. akibat dari tak tengok tv dan baca paper lansung.. tak tau apa punca kes ni

    tengok dalam komen tuh,, kes penyamun ?

    statement "polis cari tak jumpa, doktor cari jumpa" agak menjatuhkan maruah polis.. kua2..

    surely polis2 tu kena marah..

    gratz to doktor2.. n,, poop.. sorry for ur hand,, hope it can be use again..

    BalasPadam
  3. Ijam: memang wei, putus tangan dia.. ngeri

    BalasPadam
  4. Aiman: kak sha pun sama. lama giler tak baca berita. baca gitu2 jer.

    sebab tu letakkan komen pembaca sekali. senang nak faham. tahu baru orang bukannya rajin sgt nak membaca.

    BalasPadam
  5. arghh.. takut2.. xmo jd cmtu.. skit!!

    #ces.. nak samun..samun la..jgn kerat tgn org.. pfft.. (emo!!)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker