Langkau ke kandungan utama

Bahasa yang Orang Suka dalam Blog


Assalamualaikum.

Aku nak 'berkongsi' sikit pasal penggunaan bahasa untuk mengamit dan melekatkan pengunjung dan pembaca blog anda. Bukan setakat blog, same goes to web. Kalau web, lebih-lebih lagi la, kan? Mesti korang nak, kan ada je pembaca setia?
Bahasa yang difahami

Kalau khalayak blog anda faham bahasa Korea, tulislah dalam bahasa Korea, Hangul. Tapi aku yakin, yang membaca entri aku ini adalah orang yang faham bahasa Melayu yang aku tulis ni. Kalau pun dia tak faham, dia akan menggunakan translator supaya dapat difahami juga.

Kalau khalayak anda adalah orang Barat, tulislah dalam bahasa yang sesuai, bahasa Inggeris. Ini adalah dikhaskan kepada mereka yang membuat blogshop. Adalah ada eloknya menggunakan kedua-dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tapi harus diingat, jangan sekadar menggunakakn kemudahan google translate. Ayat yang diterjemahkan oleh mesin tidak akan dapat memahamkan dan menyampaikan maksudnya yang sebenar. Manpower khidmat manusia juga diperlukan untuk membuat tafsiran.

Kalau anda menggunakan loghat daerah, pastikan anda menerangkan semula apakah maksudnya. Hal ini kerana khalayak anda belum tentu akan faham dengan dialek anda. Internet ni bukan ada dalam rumah anda sahaja malah terbuka luas di angkasa raya. Jadi, ada kemungkinan besar orang tidak dapat faham dengan dialek anda.


Gunakanlah penulisan yang semua orang suka

Jenis tulisan ringkas sahaja yang senang dan mudah mata meluncur di skrin untuk membaca dan otak senang kerjanya menafsirkan abjad apa yang dipukulkan untuk membentuk perkataan dan ayat yang boleh difahami.


Pendek boleh tapi pasti betul

 Setakat ini, orang masih sukakan penulisan yang menaip satu persatu perkataan dan menggunakan bahasa Melayu yang semua orang belajar kat sekolah. Nak pendekkan boleh tapi biarlah masih betul. Contohnya, ‘ini’ boleh ditulis sebagai ‘ni’ bukan ‘ne’, ‘boleh’ boleh ditulis sebagai ‘leh’ bukan ‘bulih, booleh, boley’.

Satu lagi kepantangan aku, apabila ada yang tidak tahu menggunakan penghubung ayat dan kata kerja ‘di’. Aku pun tak berapa ingat, apakah nama ayat ‘di’ itu tetapi aku masih tahu fungsinya. Ramai sangat yang keliru, ada yang letak jauh ada yang letak dekat. Sebenarnya, perkataan ‘di’ untuk menggambarkan jarak dijauhkan. Contohnya, di sana, di sini, di dalam, di luar, di Kuala Lumpur.

Manakala perkataan ‘di’ yang biasanya diapit dengan ‘..kan’ mestilah didekatkan. Perkataan yang berada dalam di dalam apitan ‘di….kan’ dan ‘di’ adalah kata kerja. Kata kerja tu apa? Apa yang aku faham, kata kerja tu melambangkan apa yang dibuat. Contohnya, dilakukan, dicungkil, diperah, dimakan tikus, disesuaikan dengan, diperolehi, dibatalkan.

Eh, dah jadi cikgu bahasa Melayu pula aku ni. Tak apa, untuk sebarkan ilmu tak salah. Eh, jangan kata aku banyak ilmu dan berlagak pula. Aku pun masih belajar dan perlu belajar banyak perkara.


Kesimpulan
Bila ada blogger yang tegur, janganlah cepat melenting. Ada juga yang tak boleh terima teguran terutamanya blogger lelaki bila ditegur oleh blogger perempuan. Blogger perempuan itu pun tidak lah dia suka suki sahaja mahu menegur blogger lain melainkan dia nampak potensi blogger itu dan ingin lihat blogger tersebut melangkah lebih jauh. Kalau tak boleh tegur, buat blog untuk tatapan sendiri dan jangan sibuk nak blogwalking (BW) dan promosi segala bagai.




Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Betul3...

    Kena guna bahasa yang mudah untuk orang paham.Jangan terlalu singkat sehingga orang tak paham bila bacanya.

    BalasPadam
  2. setuju sangat dengan entry neh . :)

    BalasPadam
  3. saya pula jenis suka baca blog yang mudah fahami tapi dalam masa yang sama santai saja penulisannya.

    Penggunaan bahasa yang terlalu formal pula kadang kala kurang menarik minat.
    kalau yang guna 'boley' instead of boleh pun tak kesah juga, tapi jangan la selalu sangat..

    BalasPadam
  4. hmm blog zuan ada memenuhi criteria tu tak?

    BalasPadam
  5. che sakinah: ye la, senang nak faham.

    BalasPadam
  6. zuan: mestilah ada kan, kalau blog hebat zuan tu :)

    BalasPadam
  7. hehe thanks, btw i got bnyk visit blog yg guna loghat negeri diorng..haha pening kepala baca..

    BalasPadam
  8. bestnya kalau kena tegur, lagi2 kalau yang tegur tu blogger perempuan..

    orang kata perempuan ni dia teliti sikit, betul ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker