Kisah Bengong Kawan Tapi Mesraku | ! sha my heart

.

Isnin, 2 Januari 2012

Kisah Bengong Kawan Tapi Mesraku



Assalamualaikum.

Entri kali ni aku nak bercerita sikit.

Aku ada kenal seseorang. Perangai dia ni pelik sikit, kira memang tahap gila-gila habis la. Cuma orang yang faham dengan karenah gila-gila dia je yang mampu bertahan untuk kawan dengan dia. Dia ni jenis hyper active.

Kalau korang tak tahu hyper active tu macam mana, meh aku nak habaq. Haha~ keluar dialek Utagha. Dia seorang yang sangat aktif, semua orang kenal dia. Nampak macam dia tak pernah sunyi daripada bergaul dan buat macam-macam perkara dalam satu hari.

Kira aku pun mampu la kawan dengan dia sebab kepala aku memang mereng jugak, (ops aku tak gila atau mempunyai sebarang penyakit kejiwaan, aku normal). Kami merupakan kawan kamceng. Macam-macam kami buat bersama. Eh, kami bukan buat maksiat tapi kami buat aktiviti seperti camping ramai-ramai dengan Kelab Kembara, kayaking, abseiling, fire fox, berlawatan sambil belajar, berbakti siswa dan macam-macam la kalau nak senaraikan penuh satu blog. Haha~

Suatu hari, kami ada masalah sikit. Aku yang terasa dengan dia dan tunggu dia pujuk. (Sebab apa? Maaf, terpaksa rahsia. Aku pun dah banyak kot simpan rahsia dia). Tapi bila aku tahu dari kawan kami yang lain, dia kata dia pun terasa dengan aku. Patut la dia tak pujuk-pujuk aku.

Dah tau macam tu, aku cuba dekati dia. Amboi bukan main susah nak pujuk betul la mamat ni. Aku sepak jugak kang. Hahaha~ Ikutkan hati memang aku nak buat macam tu. Tapi dia makin membuatkan aku terasa dengan perli-perli dan menjauhkan diri (mengelak) tatkala ternampak aku.
 
Agak lama, baru huluran persahabatanku disambut jua. Aku gembira tapi dia kemudiannya menyepi terus. Entah apa silapnya lagi. Sampai sekarang, sedih juga la kehilangan seorang rakan. Kesnya memang kecil. Jangan pula kata kes kecil padaku tapi tidak padanya. Kesnya memang kecil okay.

Kali ini, aku tidaklah sesedih seperti sebelumnya. Aku biar dia tenang dulu.

Lama kami terpisah. Kini, aku dapat tahu dari kawan-kawanku yang lain bahawa dia malu dengan tindakannya. Tapi, aku tak boleh nak approach dia dulu. Sebab aku tak nak la menggangu dan meningatkan pelanduk akan jeratnya. Lagipun, aku kenal dia macam mana. Biarlah dia yang berusaha untuk berdampingan denganku semula seperti saat dulu.


Untuk awak, saya dah lama maafkan awak. Saya minta maaf ya awak, kalau-kalau ada terkasar dengan awak. Mari kita jalinkan persahabatan yang tulus suci seperti dahulu.

P/s: Perkara pertama yang aku nak buat masa dah baik balik dengan dia nanti ialah nak pukul dia, sebab tinggalkan aku macam tu je, tak tanya pape. Lain kali tanya aku dulu, bincang. Ko kan beb, isk buat aku nangis. Macam ni ke kawan?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

25 ulasan:

eiyzniey berkata...

Sabar ye..
Semua y trjadi tu pasti ade hikmahnye.
:)

missina berkata...

cepat baik2 blk,,bukan seng nak cr kawn sekepala nih,,huhu,,

Faza berkata...

no one perfect.. ambil yg keruh buang yg jernih :)

dye.yana berkata...

pernah mengalami situasi lebih kurang macam ni. tapi sekarang, kitorang bestfriend! so, hope u will get together semula :)

AcidFlynN WratiH berkata...

bestnye ada kawan

Jerr berkata...

huhu , kawan la baik-baiik :)

anismelon berkata...

jangan la gado gado..xbik..kwn susah senang..bukan senang na cari tau..

Cik Gee berkata...

hermmm susah ni.. malu atau ego? ape2 pon saya mendoakan yg terbaik utk korang berdua.. happy2 selalu ye.. (:

sI nYemPerEnG berkata...

anythin happens for a reason =))

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) berkata...

salam . i follow u ,follow me back ya . ngeh2 . http://www.ali-punyakata.blogspot.com

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) berkata...

salam . i follow u ,follow me back ya . ngeh2 .

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) berkata...

korang try follow blog aku eh http://ali-punyakata.blogspot.com nanti aku follow back . thanks

Firdaus® berkata...

just follow ur nice blog..do follow me back =)

Picoz Shupalula. berkata...

sabar. huhu

ABU berkata...

panjang cerita tapi ayat last yang di condongkan tu yang paling penting hehehe..^^

Miz.Know♥Roll berkata...

nice story..hehehe..

ani craft berkata...

jemput lihathttp://ani-craft.blogspot.com/2012/01/first-stock.html?showComment=1326362480583#c1295429288433596446http://www.facebook.com/pages/Anies-collection/195773270517860penghantaran percuma .

sha my heart berkata...

iezniey: tq ya dear =)

sha my heart berkata...

miss ina: itulah pasal..


kawan baik tapi bila dah gaduh, fuh macam nak terbalik bumi. haha~

sha my heart berkata...

faza: yup.. i very agree with ur statement

sha my heart berkata...

yana: bestnya.. =)

sha my heart berkata...

acid: awak tak de kawan ke? pelik je statement awak. hehe, saje buat2 tak faham. jgn jeles, saya ada kawan mcm tu. hihi~

sha my heart berkata...

jer: baik. hehe~

sha my heart berkata...

anis: tq dear =)

sha my heart berkata...

cik gee: terima kasih =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...