Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Fesyen Lelaki Korea- SuJu

Assalamualaikum. Entri kali ini menempek gambar dan gaya kumpulan lelaki Super Junior a.k.a SuJu, dari negara Korea Selatan. Jom layan gambar dan gaya fesyen mereka. Stail juga fesyen diorang, kan P/s: Aku letakkan water mark sebab orang lain tak boleh senang-senang je copas (copy and paste). Kalau korang nak gambarnya, pergi google sendiri la. Penat tau nak cari satu persatu ni. Hihi~ Entri yang berkaitan: Fesyen Lelaki Korea, Cool  Fesyen Lelaki Korea Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Tips Persediaan Bila Ada Orang Nak Masuk Dapur Kita

Assalamualaikum. Meh baca sketsa ni:  "Esok, Mak Njang nak tolong masak." 'Ha, nak tolong masak?' Nampaknya bertambahlah tugas aku. Bukan apa, kalau kita masak sendiri, dapur sendiri tak de la kisah sangat. Tapi kalau ada yang nak tolong masak, kena la dapur lebih kemas. Meh baca persediaan untuk dapur kita dimasukki orang. 1. Peti sejuk   Perlu pastikan kemas dan bersih. Barang-barang perlu teratur dan tersusun. Tak boleh bersepah-sepah. 2. Kain buruk Kain buruk kena bersih putih suci murni gitu. Kalau guna sendiri, kita tahu la kan mana satu kain buruk buat angkat periuk, lap meja dan lap pinggan. 3. Periuk belanga Kalau guna sendiri tak kisah pun warna apa tapi kalau ada yang membantu kenalah bersinar-sinar. 4. Pinggan dan cawan Yang ni pun kena beri perhatian jugak. Orang datang dan nak makan juga, paling tidak pun minum segelas air. Jadi kena la pastikan set peranggu meja ini sentiasa elok dan sedia untuk digunakan. 5.

Aktivitiku Sepanjang Peninggalan Kalian

Assalamualaikum. 46 hari parent tinggalkan aku bersama adik-adikku. Hanya bertiga. Sepanjang tempoh tu, aku lebih rajin. Ui, nak menjaga maintenance rumah ni beserta kawasan sekitarnya (halaman) dan ladang getah, agak berat. Aku bukannya merungut, sekadar bercerita. 1. Paling terasa bebannya, dapur . Ada dua orang saja, adik-adikku tapi mangkuk pinggan kotor banyak. Masa mak ada, tak terasa sangat walaupun hidup berlima. Mungkin mak rajin basuhkan pinggan mangkuk. Sekarang ni, aku la. Bukannya aku tak rajin basuh, tapi terasa tiada penolong. Haha~ Tak pe hal kecil je. 2. Then, masak . Masa mak ayah ada, aku jarang masak. Bukan aku tak masak, kadang-kadang masing-masing nak masak sendiri, jadi biar je la. Tapi dalam tempoh ni, aku dah rasa pandai memasak. Macam-macam aku masak. Suka =) 3. Kami adik beradik pun rasa lebih akrab dan rapat. Kakak-kakakku yang duduk jauh selalu bertanya khabar melalui telefon dan balik masa Raya Haji semata-mata nak bersama kami. Kalau

Jawapan Teka Teki Haiwan, Kelakarlah

saja letak gambar anak kucing ni. Kucing kan haiwan juga. Assalamualaikum. Hari tu aku ada tanya soalan teka teki berkaitan dengan binatang. Soalannya ialah: 1. Apa nama ibu bapa Transformer? 2. Kuda apa yang sangat girang? 3. Binatang apa yang paling besar dalam dunia? 4. Binatang apa yang ada 3 kepala, 6 kaki? Jom kita tengok jawapan teka teki daripada bloggers. Aku bahagikan ikut nombor soalan ya. 1. Apa nama ibu bapa Transformer? Aiman : erk.. diorang lahir ke T_T Panggil Aku Han:  transparent AciDFlynNWraitH : Transparent Jawapan sebenar: Transparent . Pandai juga korang ni ya.. XD 2. Kuda apa yang sangat girang? Aiman : donkey ? Panggil Aku Han:  kudapat duit AciDFlynNWraitH : kuda kepang   Jawapan sebenar: Ku dapat rezeki terpijak. Kan lebih riang gembira dan girang daripada dapat duit je. Hihi~ 3. Binatang apa yang paling besar dalam dunia? Aiman : ikan paus lerrr Panggil Aku Han:  IKAN PAUS BETINA OBESITI BUNTING

Kenapa Kau Harus Belagak

Assalamualaikum. Malam tadi, aku tension sangat. Banyak benda bermain di fikiran. Banyak nak kena fikir. Rasa jadi separuh nanar sahaja. Haha~ Hari ni pula ada jugak budak tu buat hal. Aku tak faham. Kenapa harus belagak? Kalau ikutkan, aku yang harus belagak lebih dari dia. Pelik, dia tak punya apa-apa tapi belagaknya ya Rabbi.. Mengalahkan syaitan. Biar la kat dia, terima kasih la buat aku stress balik. Terima kasih buat aku kenal perangai ko. Baru je kenal, dah nak tunjuk belang. Erm, tak guna ko nak tunjuk baik kalau hati ko memang tak baik! Kahkah, ada yang terasa tak? :P Stress aku. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ku Lihat Bintang

Assalamualaikum. Jom baca: Ku lihat bintang, bintang sirna dek kesiangan dan terangnya cahaya mentari ku lihat bulan, bulan hilang dek balik awan yang menelan bayangnya Ku lihat embun, embun semakin mengecil dek bahang suria pagi Ku rasa deru bayu menyapa ke mukaku Ku rasa titisan air hujan menerjah ke kepalaku Betapa indahnya ciptaan Tuhan. Subhanallah. 2.32 pm 28 November 2011 P/s: Ada masalah dalam famili besar arwah Tok Wan. Aku 'pusing' juga memikirkannya. Malu, ya juga. P/s: mak ayah dah nak balik dari Mekah, oyeah~ =) Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker