Assalamualaikum.
1. Greeting (sapaan)
Anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum”dengan bersungguh-sungguh, terang (jelas) dan sepenuh hati.
-Biarlah kita yang tegur orang dahulu. Aku pun dah terbiasa dengan budaya Amerika yang mana kalau jumpa orang, say hi, how are you. Mula-mula dengar ni, masa belajar Master (Pensyarah dan kawan-kawan international selalu buat macam tu) rasa diri sangat dihargai. Tetapi, bila dah tau itu adat orang putih, tak rasa apa-apa dah, cuma bertukar soalan 'apa khabar' dengan diorang.
2. Anda sentiasa penuh
bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
3. Anda sentiasa
jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
4. Anda banyak mengukir
senyuman manis yang ikhlas.
5. Anda
menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
-
Peyan, i did, right? Haha~ Poyo.
6. Anda
tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
7. Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan
nama-nama orang.
-Biasanya playboy amat cepat ingat nama orang. Itu pengalaman aku. Kalau lelaki biasa, susah nak ingat nama perempuan yang baru dia kenal.
8. Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan t
idak menyinggung mana-mana pihak.
9. Anda
tidak mempersendakan dan mempermainkan sesiapa sahaja.
10. Anda
berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
-sopan gitu
11. Anda menitikberatkan
cara penampilan anda ketika anda bersosial.
12. Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan
kata-kata kesat dalam perbualan anda.
13. Anda tidak lokek dalam menghulurkan
bantuan kepada orang.
-ringan tulang dan pemurah
14. Anda tidak menyimpan perasaan
syak wasangka terhadap orang lain.
-Chill sudah
15. Anda sentiasa
menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi.
-Jaga perasaan orang lain
16. Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
-warm -
mudah mesra- pandai ambik hati
17. Anda dapat menghindarkan diri daripada
menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.
-ayat berlapik, tak marah depan orang lain yang boleh menjatuhkan maruah.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Kalau rasa entri ni amat berguna dan bernilai, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.