Mac 2011 | ! sha my heart

.

Khamis, 31 Mac 2011

"Contest Seunik Namaku"

Assalamualaikum...




Assalamualaikum..
haiiii sumer..

 akhirnya zie berkesempatan tuk anjurkan contest sendiri..
harap-harap dapat sambutan dari blogger-blogger..

Ok tak mau membebel panjang lagi..
zie nak cerita sikit pasal contest ni..
mesti korang sumer tertanya nape zie buat contest ni kan?

SEGMEN: ENTRY SAYA TERBAIK DARI LADANG

Assalamualaikum...





  1. sila letak header saya ni pada entri korang.. SUDAH..  
2. tajuk : SEGMEN: ENTRY SAYA TERBAIK DARI LADANG  UDAH SIAP

3. lampirkan entry korang yang paling terbaik dari blog korang. tajuk dan juga link sahaja..1 je tau..tak nak lebih2..yang lama2 punya pun tak pe la..yang penting best..

TAJUK: saya sayang pak we saya walaupun dia sengkek.
 
4. dan kenapa korang pilih entry tu sebagai entry pilihan..?
Pilih entri tu sebab rasa sangat lucu.. Lawak la. Baca berkali-kali pun still rasa lawak lagi. Haha~

tu je..mudah kan..
kalau dah siap paste kan link korang kat cni ye..
tiap hari kalau tak ada kekangan masa saya akan promote blog dan entry korang yang best tu..
tarikh tutup segmen : akhir bulan ni, 31/3/2011 khamis..
kalau ada sambutan mungkin akan dilanjutkan..=)



Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Tempe Pernah Disangka Lepat Pisang

Assalamualaikum...






MAKANAN tradisi Indonesia, tempe kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini termasuklah di negeri-negeri di utara Semenanjung. Di Kedah misalnya, tempe yang dahulunya dianggap makanan yang pelik oleh masyarakat negeri itu semakin diterima ramai sehinggakan tempe ada dijual di pasar-pasar malam dalam bentuk cucur tempe.

Tempe memang laris kerana ia digoreng rangup. Lebih menyelerakan apabila tempe goreng dicicah dengan kicap pedas.

Namun, tidak ramai yang tahu cerita sebenar di sebalik pengenalan tempe yang kian popular di Kedah.

Seorang petani, Yusob Hanapiah, 57, bukanlah seorang yang dikenali ramai. Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah orang pertama yang memperkenalkan tempe kepada masyarakat di Kedah sekitar tahun 1984. Anak kelahiran Kampung Lubok Ipoh, Malau, Jitra, Kedah itu mempelajari cara-cara memproses kacang soya menjadi tempe daripada seorang rakannya berketurunan Jawa ketika merantau di Kota Tinggi, Johor sekitar tahun 1981.

Rabu, 30 Mac 2011

Jati Diri dalam Karangan Seni

Assalamualaikum... 

Aha, bukan sajak ye, kawan-kawan. Ini adalah entri..


SEBAHAGIAN besar generasi muda di negara ini masih tidak mengetahui tentang puisi apatah lagi mengenal lebih mendalam mengenai konsep dan pengisian maksudnya.

Seperkara yang terdetik dalam fikiran mereka tentang puisi adalah karangan seumpama lirik lagu dan patah-patah perkataan yang dibaca oleh pendeklamasi sempena sambutan acara tertentu. Lebih malang, mereka menganggap acara deklamasi puisi sesuatu yang membosankan.

Mungkin itu stigma yang bersarang dalam diri sebahagian besar anak muda negara ini yang rata-ratanya lebih meminati budaya popular dari Barat berbanding resam bangsa sendiri.

Secara umumnya, makna puisi menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bermaksud karangan yang berbentuk sajak termasuk syair, pantun dan lain-lain.

Pemuisi pula bermaksud orang mencipta iaitu mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi ataupun penyajak.

Bagaimanapun, generasi muda tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Arus modenisasi hari ini kadang-kala membuatkan generasi baru anak muda alpa dan terkeliru antara puisi dan seni.

Keadaan yang berlaku itu turut menyebabkan mereka tidak mempedulikan budaya kesusasteraan tanah air kita yang sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat indah untuk dihayati dan hebat kelihatan di peringkat antarabangsa.

Mungkinkah juga mereka menganggap puisi tidak setaraf dengan pemikiran mereka yang moden dan hanya layak untuk dinikmati oleh mereka yang berumur?

Kalau ada yang beranggapan begitu, ia ternyata silap dan pandangan skeptikal itu seharusnya diubah kerana puisi merupakan medium seni yang begitu indah dan puitis seandainya dihalusi serta diselami.

Puisi hakikatnya merupakan warisan bangsa turun-temurun daripada nenek moyang kita yang sewajarnya diangkat dan terus dipelihara agar ia tidak akan lenyap di muka bumi ini.

Untuk terus memelihara pusaka bangsa ini, ia memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak untuk mengkomersialkan puisi agar ia mampu menarik perhatian golongan muda untuk menghayatinya.
MALAYSIA tidak pernah ketandusan buku-buku bacaan sastera dan puisi, cuma yang dibimbangkan adalah bilangan pembaca serta pengikutnya.


Selamatkan karya puisi

Pemuisi terkenal negara, Ramli Selamat, 54, menjelaskan bahawa usaha mempromosi seni sastera bangsa perlu dilakukan secara berterusan bagi menyelamatkan idea dan karya puisi negara agar ia tidak terus terkubur.

Menurutnya, penerbitan dalam bentuk buku dan media-media lain perlu dipertingkatkan. Segala penerbitan itu perlu disebarluas ke tengah masyarakat.

“Usaha memasyarakat dan merakyatkan puisi dan penyair perlu diberi sokongan dari segi kewangan dan kemudahan untuk berkarya.

“Selain itu, pendedahan terhadap puisi yang sejati perlu diberikan kepada generasi muda sejak di bangku sekolah atau sewajarnya bermula dari tadika,” kata Ramli yang bekerja sebagai seorang kerani dan berasal dari Kuantan, Pahang.

Sememangnya puisi masih mempunyai peminat dan penulis dalam kalangan generasi muda namun jumlah mereka boleh dibilang dengan jari jika dibandingkan dengan jumlah golongan muda yang berminat dengan program realiti berbentuk hiburan kontemporari.

Sesungguhnya keadaan tersebut tidak dapat diabaikan kerana ia menjadi fenomena di mana-mana negara di dunia ini dan ia dianggap sebagai sesuatu yang normal.

Timbalan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Amiruddin Md. Ali Hanafiah menjelaskan bahawa keadaan suram sambutan yang kurang diterima golongan muda kini mungkin disebabkan kesilapan pemuisi itu sendiri.

Menurutnya, cara seseorang pemuisi itu menyampaikan persembahan mereka perlu mempunyai elemen tambahan dan tidak hanya bergantung kepada lontaran suara semata-mata.

“Pemuisi mungkin boleh memasukkan elemen muzikal, lakonan dan persembahan pancaran layar Powerpoint dalam setiap persembahan mereka.

“Dengan kepelbagaian elemen itu saya percaya ia dapat menarik lebih ramai peminat puisi di kalangan generasi muda,” kata penulis buku kumpulan puisi remaja Anak Warisan itu.

Pada masa yang sama katanya, setiap peminat puisi pasti akan ternanti gimik persembahan seseorang pemuisi setiap kali mereka melakukan persembahan di atas pentas puisi.
SASTERA dan puisi Cina terus hidup kerana antara lain ia dikomersialkan melalui lukisan, terjemahan dan cenderamata.


Walaupun bilangan peminat puisi dalam kalangan generasi muda kurang tapi jumlah mereka masih tetap ada di mana-mana kerana manusia secara lumrahnya memerlukan satu seni yang tulen dan bererti untuk dihayati.

Masih mentah

Seorang pemuisi kritis terkenal negara, Daeng Ramli Mat Akil memberitahu, dunia puisi masa kini dari segi pengisiannya masih mentah dan hampir kebanyakan penyair pada 1990-an hingga kini tiada jati diri.

“Isi kandungan puisi yang disiar dalam akhbar, majalah dan dideklamasi oleh pemuisi di program puisi amat mentah ideanya dan tiada jati diri.

“Selain itu isi kandungan pembelajaran Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) yang diajar di sekolah kini dipilih oleh panel pemilih yang tiada ilmu pendidikan bahasa,” katanya.

Daeng Ramli berkata, puisi Melayu yang bagus terbentuk pada dekad 1960-an, antara tokohnya ialah AS Amin, Noor SI, Noor SM, Latiff Mohiddin, Kassim Ahmad dan lain-lain yang seangkatan dengannya ketika itu.

Generasi kini masih gagal mendisiplinkan diri untuk menghayati puisi kerana beberapa sebab iaitu kebanyakan guru malas dan kekurangan ilmu bahasa, sastera, pendidikan dan agama.

Selain itu, sikap ibu bapa yang kurang prihatin, menteri yang sambil lewa mengangkat darjat bahasa Melayu dan sastera Melayu selain peranan media, akhbar dan Internet yang bersikap seperti melepaskan batuk di tangga.

Daeng Ramli menambah, dakwaan puisi akan terkubur pada masa akan datang mustahil berlaku selagi akhbar dan majalah masih diterbitkan.

Puisi Melayu masih diberi ruang kerana rata-rata pembaca wanita lebih cenderung meminati puisi berbanding pembaca lelaki, jelas Ramli yang turut mencadangkan agar Kosmo! mengadakan ruangan untuk puisi.

“Generasi kini kenali puisi menerusi ujian Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia selain di kolej dan universiti,” katanya.

Kemajuan sastera China
SETIAP bait puisi mempunyai mesej untuk dicerna oleh pembaca. - Gambar hiasan


Daeng Ramli menjelaskan bahawa puisi Melayu jauh berbeza dengan puisi bahasa lain. Puisi Cina lebih maju, lebih banyak antologi sejak dahulu. Silibus sastera China di Malaysia amat kaya kerana orang di belakangnya amat prihatin.

Puisi India pula mengalami nasib yang sama seperti puisi Melayu, lemah dan hampir tiada fokus ilmu. Kita wajar tiru cara China dan Jepun majukan puisi mereka.

Bangsa China dan Jepun memajukan puisi mereka dengan menulis karya puisi indah mereka pada barangan cenderamata, kalendar, baju, tekstil dan lain-lain.

“Jangan jadi seperti orang Amerika Syarikat dan Arab yang kurang aktif memajukan puisi mereka. Banyak akhbar dan majalah mereka tidak siarkan puisi seperti Times, Newsweek, Economist, Los Angeles Times dan lain-lain,” ujar Daeng Ramli.

Justeru, beberapa langkah perlu diambil bagi memelihara khazanah bangsa dan negara ini iaitu dengan mengubah silibus pendidikan negara yang ada sekarang dengan mengajar pelajar mencipta puisi atau cerpen.

Selain itu satu kajian mengenai kelemahan perkembangan puisi sejak tahun 2000 perlu dilakukan dan menyediakan tenaga pengajar yang terdiri dari penyair jemputan.

Penerbitan puisi dalam akhbar, majalah, media elektronik dan buku perlu lebih banyak dilakukan. Ini termasuk melakukan kunjungan ke negara-negara asing melibatkan menteri, belia dan pelabur bagi 
menyaksikan persembahan puisi dengan gaya muzik tersendiri.

 Oleh  Basir Abu Bakar dalam Kosmo!



Aku suka puisi.. Tapi, jarang nak dapat hasilkan yang terbaik. Sebab apa? Sebab aku ikut emosi aku. Itu tidak baik..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Harga hidup INI!

Assalamualaikum...

Apa pendapat kalian jika Tuhan mengeluarkan bil? Ya, bil bulanan kita di dunia. Tiba-tiba, ada bil seperti ini sampai ke tangan kita :


Agak-agaknya, mampu tak kita untuk membayarnya? Hakikatnya, jumlah yang tercatat dalam bil di atas, pastinya belum sampai setitis pun nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita yang ternyata adalah PERCUMA! Itu belum lagi dimasukkan sahabat, keluarga, jiwa, akal, alam sekitar dan BANYAK lagi. Di dalam al-Quran pun ada tercatat :

“Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung” (Surah Ibrahim: ayat 34)


Baiklah, apa kata kita kecilkan sikit skop kita, hanya kepada oksigen sahaja. Katakan kadar harga oksigen RM1.00 sekali bernafas. Kajian pula menyatakan manusia dewasa bernafas sebanyak 18-30ribu kali sehari. Kita andaikan 20ribu kali ya sahabat semua. Katakanlah pula, hayat kita kini 21 tahun. Ayuh kita kira sama-sama :


21 (tahun) x 365 (hari) x 20,000 (kali nafas) = 153,300,000 kali


Dengan itu, kadar bayaran kita adalah sebanyak RM130juta! Wahhh~ muflis secara tidak langsung nampaknya. Namun, pasti nilai sebenarnya adalah lebih dari itu kan. Pasti banyak tunggakan. Jika dah banyak kali tertunggak, bagaimana pula jika Allah s.w.t buat pemotongan? Fikir-fikirkanlah~


Itu baru 0.00000001 bahagian sahaja (oksigen, belum lagi kandungan dalam oksigen tersebut). BERSYUKURLAH. Jika hanya dengan nikmat sekecil ini pun kita masih belum mampu mesyukurinya, bagaimana pula dengan nikmat yang besar?
 

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Saintis Rancang Gali Pusat Bumi

GAMBARAJAH lapisan bumi.
Assalamualaikum...




LONDON - Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298° Celsius.

Perak Haramkan Tarian Poco-Poco

Assalamualaikum...

TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


 
Dulu pernah terdengar jugak, poco-poco diharamkan di sebuah bahagian di Indonesia. Sekarang dah kat Malaysia. Alhamdu lillah.. Semoga kesedaran dan iman ini bertambah.

Pernah dengar masa kecik, ustaz cakap, kalau menari ni tak baik.. Ala, dah lupa plak apakah balasannya.. Waduh, aku dah tua.. Yang aku ingat, kalau kita tak sembahyang, seluruh alam termasuk tumbuh-tumbuhan, tanah, haiwan akan mencaci kita dan minta keburukan ditimpakan kepada kita, kata ustaz tu. Nau'zubillah..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Tempat Yang Bakal Ku Rindui (part1)

Assalamualaikum...


Jom layan gambar.

Tempat yang bakal aku rindui.. Tempat jatuh lagi kan dikenang. Ini kan pula tempat belajar.


Banyak kenangan terpahat di sini.

Indahnya deraian air pancut mengamit memori. Lokasi: Depan library, depan HEP dan belakang Canselori





Selasa, 29 Mac 2011

Berbakti Kepada Ibu Bapa



Assalamualaikum...

BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.
BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.


"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

Isnin, 28 Mac 2011

Blog Review Taufan Bin Ribut"suke bace"

Assalamualaikum...

Sebenarnya, segan sangat nak masuk blog yang kena review ni sebab tau blogku ini bukannya ok lagi. Banyak yang perlu diperbaiki. Lagipun tak nak glemer tak ketahuan hala (pinjam ayat Yuyu Zulaika) sebab blog ni kadang-kadang merapu jer entri. Blog peribadi la katakan.. Haha~

Tapi, korang baca la dulu:

Blog Review Taufan Bin Ribut "suke bace"




Assalamualaikum w.b.t

Blog Review Taufan Bin Ribut "suke bace" ni bertujuan untuk aku cari blog-blog yang menarik dijadikan bahan bacaan aku dan dan juga untuk di kongsi dan diketengah kan kepada pembace lain.Nak-nak blogger baru yang mempunyai gaya penulisan yang menarik. 3 blog pilihan akan aku muatkan didalam entri bertajuk "Blog yang aku suke bace"  yang akan aku war-warkan kepada pembace lain.


Ni bukan segmen atau pun blog review yang korang kene buat entri pasal aku.No!Aku yang akan buat entri pasal blog korang.Ni untuk aku ketengah kan blog-blog yang menarik terutamanya yang mempunyai entri-entri yang best.

GEGAR BLOGGER BARU

Assalamualaikum...

Cara nak join .. mudah jer ...
  1. Sila masuk ke blog BEN ASHAARI ini dan cari mana mana gambar yang ada ... Amik gambar tu ( diberi kebenaran ) .. 
  2.  



Happy Dah :-)



Assalamualaikum...

Entri tawar. Tak rasa apa-apa. Haha~

Alhamdu lillah, dah sihat, segar bugar akibat sangat menjaga diri sampaikan biar baju berjemuran kebasahan dek hujan. Dah berpantang dengan hujan. Oh tidak, tidak sanggup berdemam-demam lagi. Pening kepala cek ni. Tak suka kena tidur jer. Tak suka lemah-lemah. Hehe~

Perasan pun dah tenang. No more tears in my eyes! Agaga~

Rasa agak terharu bila ada seseorang menge'post' lebih kurang begini, "Jangan menangis. Aku tak sanggup melihat air matamu mengalir dari tubir matamu yang indah,"




   

Dubai Airport

Assalamualaikum...


Jom kita tengok gambar lapangan terbang Dubai, Terminal Tiga.




Yg tidak pandai di sana dan tidak pandai di sini..

Assalamualaikum...



pernah tak dengar orang mengata...

kalau di indonesia orang2 yg tidak pandai dan tiada kemampuan akan datang ke Malaysia
bekerja sebagai buruh dan orang gaji. pasal tu mereka tak pandai masak dan didera oleh majikan.

tapi

di malaysia orang2 yang tidak pandai dan tiada kemampuan menjadi wakil rakyat dan wakil parlimen. kalau tidak percaya dengarlah hujah2 mereka di sidang parlimen.

bila orang berbincang ttg kebocoran bangunan parlimen mereka bertekak ttg ahli wanita datang bulan..

buat malu aje.....

 Sumber: Arena18


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ahad, 27 Mac 2011

Cubaan Kehidupan



Assalamualaikum...

Jom kita baca dalam dialek Indonesia kerana tuan blog ini amat malas untuk menafsir dan mengubah perkataan dan ayatnya. Tapi sekali sekala, baca dalam bahasa lain yang boleh difahami lagi pun ada elok jugak untuk otak kita, lagi cepat dia berjalan dan berfungsi. Hihi~


Setiap manusia selalu saja datang cobban dalam kehidupan, tujuan Allah memberikan cobaan sebenarnya agar kita lebih mendekatkan diri kepada Allah. Ada seorang bapak yang selama hidupnya jauh dari Allah. Sampai ada satu peristiwa yang begitu mengejutkan sehingga menyadarkan dirinya betapa Maha Besarnya Sang Khaliq telah menegur dirinya. Anaknya yang pertama, teramat dicintainya sakit. Tiba-tiba perutnya mengembung. Anaknya menangis terus menerus. 

Tanpa berpikir panjang dirinya segera membawa anaknya ke rumah sakit. Sebagai seorang ayah tak kuasa dirinya menahan air mata. Dokter sempat mengatakan kesempatan hidup anaknya tidak lama lagi. Tim dokter sudah dipersiapkan untuk operasi anaknya.

'Siapa yang mengatur hidup mati kita? apakah dokter itu yang mengatur?' begitu tanyanya. Sampai kemudian beliau teringat untuk bershodaqoh di Rumah Amalia. Berdoa memohon kepada Allah agar diberikan kesembuhan untuk putra tercintanya. 


Keesokan harinya operasi itu dilaksanakan. lampu operasi sudah menyala. Sementara seorang anak kecil tergeletak tak berdaya. Sang ayah nampak sangat gelisah. Hilir mudik didepan kamar operasi. Perkataan istrinya sudah tidak digubrisnya lagi. Sang ayah tak henti-hentinya berdoa.

Tak lama kemudian seorang dokter keluar dari kamar operasi muncul didepan pintu sambil tersenyum. 'Bapak, berdasarkan hasil pemeriksaan saya, putra bapak tidak perlu dioperasi,' Beliau menganga takjub. Desah nafasnya terasa ringan. Air matanya bercucuran. Syukur alhamdulillah berkali-kali diucapkannya. 


Pada lantai rumah sakit dibersujud. Sujud syukur sambil menangis tak tertahankan. Alangkah nikmatnya rasanya menerima anugerah Allah justru disaat harapan sudah mulai menipis.begitulah Allah senantiasa memberikan cobaan kepada setiap hambaNya agar mendekatkan diri kepada Allah. Subhanallah..

Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu mereka yang apabila tertimpa musibah mengucapkan, 'Kami berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya (QS 2:155-156).


By: M. Agus Syafii


Ha, korang faham tak? Tak kan tak faham kot? Kita kan serumpun.

Subhanallah. Begitulah ujian dan cubaan dari ALLAH supaya kita tidak lalai dan alpa untuk terus mengingati-NYA..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Awak..(Part 7)



Assalamualaikum.

Entri peribadi jer sekarang ni.

Kalau tak tulis pasal diri sendiri rasa macam tak de pape plak. Maksudku macam dalam hidup ni kehilangan sesuatu. Walaupun dah banyak up date tapi pasal yang lain, rasa hidup seperti tak bermakna. Hihi~

 Entri jiwang nan peribadi kembali lagi..


Awak..
Awak kata awak sayangi saya?


Tapi dalam masa yang sama awak ada dia?


Minta maaf la awak,
Saya tak dapat terima
Saya hanya ingin menyayangi seorang sahaja
dan dia pun hanya untuk saya sahaja


Kalau awak tidak dapat memilih antara saya dan dia
ada baiknya saya undur diri
lagipun saya sedar
hanya satu ciri sahaja yang awak suka pada saya
sedangkan dia adalah wanita idaman awak..

Pergilah awak
Saya sudah tidak kisah
Walau hati ini menangis
walau wajah masam mencuka
Saya akan kuat mengharunginya
dan ya, saya harus kuat
awak akan pilih dia
bukan saya
walau hati awak masih sayangkan saya..

Cukuplah awak
Saya bukan perempuan yang menghancurkan hati perempuan lain
Anggap saja saya sudah mati
Itu adalah terbaik untukmu
Kalau awak ingat
Awak jugak yang meninggalkan saya untuk bersama dia

Jadi, pergi lah bersamanya
Saya ingin mati
Mati dari hidup awak
dan mati dari merindui awak.

Saya janji
Saya tak kan rembeskan rindu ini lagi..

Berbahagialah awak bersamanya
dan jangan cari saya lagi
Saya cukup tersiksa dengan awak
Saya mahu mencari orang lain
Namun dalam masa terdekat ini
Saya belum menemuinya

Tolong lupakan saya..


 Sha,
110 MISC, UUM
11.11 pm  27 Mac 2011


   

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Cantiknya Kereta Satria Diubahsuai

Assalamualaikum...

Jelmaan Satria impian


 
pix_middle
GARANG dan menawan! Inilah transformasi yang dilakukan pemiliknya terhadap kereta Proton Satria keluaran khas ini.
Tidak seperti pelbagai kenderaan modifikasi lain membabitkan kos terlalu tinggi, ubah suai yang dilakukan Zaili Niza Zainal Abidin, 29, terhadap kenderaan kesayangannya ini hanya mencecah RM20,000.

Resipi Turun-Menurun



Assalamualaikum...

 Jom makan satey..


JARANG ada yang menolak jika disuakan sate. Makanan tradisi beraroma itu cukup sinonim dan digemari orang kita. Malah, ia menjadi menu rebutan di kebanyakan jamuan.

Keenakan bahan yang diperap dengan rempah-ratus, dicucuk lidi dan dibakar, kemudian dimakan bersama timun, bawang mentah, nasi himpit dan sambal kacang cukup merangsang selera.

Bagaimanapun, restoran yang mengusahakan sate sebagai menu utama boleh dibilang dengan jari.
Jika anda penggemar sate, kunjungilah Rasa-Rasa Satay di Prima Sri Gombak, Batu Caves, yang menyajikan pelbagai jenis sate. Restoran sate berkenaan mulanya dibuka di Kuantan tetapi berpindah ke lokasi baru kerana pasaran lebih tinggi dan bahan mentah mudah diperoleh.

Miskinkan Diriku..



Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Demam yang melanda diriku ini menjadikan aku malas nak buat kerja. Sebenarnya banyak perkara yang aku nak buat. Tak suka demam menjadikan diriku seorang yang lemah.

Sekarang ni, aku miskin. Tak de duit cash. Yang ada cuma duit kertas RM1 dan syiling seringgit lebih jer. Miskinnya rasa diri ini. Nak beli nasi pun tak lepas.

Duit dalam bank ada tapi memandangkan aku ni demam dan hujan pun selalu (aku alah dengan hujan, nanti demam), maka terpaksalah aku menahan diri dari makan.

AngMo Durian - Natural Cancer KILLER

Assalamualaikum...

Jom baca dalam english. Tapi kalau nak bahasa Melayu, ada kat bawah ni.. Skroll down, k dear..

Hi, the AngMo durian most of us ignored and disliked. Time to plant some at home, if you've the garden.
  AngMo durian= durian belanda
 
Natural Cancer KILLER - 10,000 times stronger than Chemo and more.....

 
 
How many people died in vain while this billion-dollar
drug maker concealed the secret of the miraculous Graviola tree?

If there ever was a single example that makes it dramatically clear why the existence of Health Sciences Institute is so vital to Americans like you, it's the incredible story behind the Graviola tree.

Tips: Washing grapes with Colgate

Assalamualaikum...

Washing grapes with Colgate
 
To get rid of the poisonous
chemical "malathion" that is sprayed on grapes to get rid of insects

 

Washing grapes with Colgate--Great Tip










 

 
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

An Amazing Story about Death



Assalamualaikum...

Entri belajar Bahasa Inggeris kembali lagi.. Hihi~ Korang suka tak?
Jom baca, best jugak cerita ni..

An Amazing Story about Death - Please read it. It's a short story but well worth reading.


The Old Sock (STORY)

A wise and saintly rich man, sensing his approaching death, called his son to his side and gave him these instructions: “My son, I shall be leaving you very shortly. On the day when I die, and they have washed my body and come to wrap it in the shroud, I want you to put one of my socks on my foot. ...This is my final request of you.”

Mohsin Dahar Soon after this, the old man did indeed die, leaving behind his goods and property, his children and his dependents. Family, friends, acquaintances and neighbours attended his funeral. The body had been washed and was almost completely wrapped in the shroud, when the son remembered his father’s wish. Finding one of his old socks, he handed it to the washer of the dead, saying, “In accordance with my father’s last request, please put this sock on his foot.”

Sabtu, 26 Mac 2011

Akhirnya Demam! Haha, Macam Hepi Pulak

Nampak gambar ni macam ubat la pulak.. haha~


Assalamualaikum...

Senyum.. tak perlu kata apa-apa..

Aku dah demam hari ni..

Pening kadang menyinggah
Kadang sihat
kadang tu panas sangat
tak stabil kepala ni
Tak dapat berfikir dengan betul



Ada cadangan ke klinik?
Erm, perlu ke?
Malas nak tambah dadah (ubat moden) dalam badan
pain killer ada jer ni
malas nak telan
biar ia kembali sihat dengan sendiri
natural


Ada orang kata demam rindu..
Erm, ya kah?

Wah, aku dah terperangkap dalam ...
merindui
waduh, enggak mau gue..

Ada orang kata
dah demam, masa untuk berehat
tapi aku tak nak berehat
bosan sangat kalau berehat jer
aku lebih suka lepak depan laptop

Ha, tu la pasal..
degil

Take rest dear..

Ada orang kata
demam ni sebab ALLAH ingat  kat kita
dan nak suruh kita kat DIA
tapi adakah kita cukup ingat kat DIA?
persoalan tu yang perlu kita jawab..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

[CERPEN] Andai... (part 1)



Assalamualaikum...

Ingat nak cerita sikit la.. Korang suka cerita kan? Jom dengar cerita ini. Hihi~

Sambil tu, kalau nak kesan yang lebih dramatik, korang kena sediakan lagu Unbreak My Heart (by  and swear it again.. Mengada betul la minah ni,kan? Haha~

Ala, korang ni. Aku acah jer.  Kalau tak de lagu tu pun, jom baca lirik kat bawah ni..


Un-Break My Heart]
[ar:Toni Braxton]
[la:zh]
[by:YEN]

[00:19.76]Don't leave me in all this pain
[00:28.85]Don't leave me out in the rain
[00:28.62]Come back and bring back my smile
[00:31.91]Come and take the tears away
[00:36.90]I need your arms to hold me now
[00:40.08]The nights are so unkind
[00:45.63]Bring back those nights when I held you beside me
[00:51.73]Un-break my heart

Haiwan Mirip Watak Yoda Dalam Filem Star Wars

Assalamualaikum...



HAIWAN Tarsier yang memiliki wajah mirip watak Yoda.


MANILA - Seorang jurugambar, Erik Mikhailov merakamkan gambar seekor haiwan yang mirip satu watak dalam siri filem Star Wars, Yoda ketika dia mengunjungi sebuah kawasan hutan hujan di Filipina baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebenarnya, haiwan yang dirakamkan gambar itu merupakan Tarsier yang mempunyai ciri-ciri fizikal mirip watak Yoda.

Haiwan itu mempunyai bentuk telinga yang tajam ke atas dan memiliki mata besar.

75 Maut Gempa Bumi di Myanmar

Assalamualaikum...

Kasihan mereka.. Kita di Malaysia ni wajib bersyukur kerana negara kita di luar Lingkaran Gunung Api Pasifik. Tak ada puting beliung. Tak ada gempa bumi. Cuma sekarang ni bencana tersebut seakan ada kerana banyak dosa yang telah dibuat. 

SEBATANG jalan raya terbelah dua akibat gegaran gempa bumi yang berlaku di bandar Tarlay, Myanmar kelmarin.



YANGON - Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh, 111 cedera manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar malam kelmarin.

Beberapa pekerja penyelamat berkata, buat masa ini tempoh selama beberapa hari diperlukan untuk mengetahui jumlah kerosakan yang sebenar. Gegaran yang berukuran 6.8 pada skala Richter itu dapat dirasai sehingga ke Bangkok yang terletak 800 kilometer dari pusat gempa. Gegaran itu turut dirasai di bandar Hanoi, Vietnam dan di sebahagian kawasan di China.

Untukmu Muslimah



Assalamualaikum...

Jom kita hayati apa kata lelaki kepada perempuan.. Apa kata mereka? Nak tau, baca la.. Hihi~

Kami sulit menahan pandangan mata ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan posture yang ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian. 

Kerana itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Jumaat, 25 Mac 2011

6 Reasons Why Sweet To Be Single


Entri khas untuk diri sendiri.. Ahaks.. Umumnya untuk mereka yang dah bertukar status kepada single. Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!! Tapi dari segi kebaratan sikit la..

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantik seorang diri atau ke salun kecantikan.

Wishes Right Now



Assalamualaikum...

How are u, guys?
 Hope u r fine, k.

Another private entry..

Wish some pretty guy say like this to me, right now..

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu

Bersedih Di Petang Hari..



Assalamualaikum...

Minta maaf, entri peribadi. Tak de pengajaran untuk korang.

Mood sedih.. Sila baca dengan pasang lagu Pergi by Aizat or apa-apa lagu sedih la untuk baca entri ni.
Lepas tu sediakan juga lagu Insya-ALLAH by Maher Zain. Lalala~

Ok, teruskan pembacaan..
 



Awak..(Part 6)




Assalamualaikum.

Entri merapu meraban datang lagi. Haha, macam iklan Tora datang lagi jer.
Entri luah perasan sebenarnya.



Awak
Saya tak tau mana awak sekarang
Bukan saya tak nak hubungi awak lagi
Tapi saya tak nak sakiti hati kita lagi


Perlukah saya rindui awak?

Saya tahu,
kalau saya rembeskan rindu ini,
awak pun akan merindui saya


Awak, benarkah apa yang awak kata;
Saya ni menyusahkan awak,
Saya ni membebankan awak,
Saya ni buat awak stress dan serabut?
Benarkah awak?

*                           *                      *                     *

Awak..
Luluh hati saya mendengar suara awak
Suara yang sudah lama saya tidak dengari
Air mata ini tidak mahu berhenti mengalir
Rindu? Mungkin..

Setiap kali mendengar cerita awak, hati ini sakit dan luluh
Saya tidak tahu kenapa?
Kita dah terlalu jauh terpisah

Segala kenangan pahit kembali ditayang semula
Tapi awak pernah membahagiakan saya

Cemburukah saya kerana melihat awak bersama orang lain?
Saya doakan awak bahagia
Untuk kita bersatu kembali, tidak mungkin

Permintaan awak mengajar bahasa Inggeris menjadikan saya serba salah
antara hati dan persahabatan
antara luluh dan ceria
antara tangis dan ketawa
Mana satu yang perlu saya pilih?

Serasanya, saya ingin meraung
Menangis semahunya
Namun untuk apa?
Saya tak punya jawapan

Awak
Saya rindu awak
Tapi saya tak mahu hati awek awak terasa
Lupakan saya, awak



Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




AL-QURAN:TEMAN DI KUBUR



Assalamualaikum...

Walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "

Selamat Berbahagia Wahai Temanku..



Assalamualaikum...

Alhamdu lillah, akhirnya aku dapat jugak up date entri. Tersiksa rasanya jiwa cek sebab tak dapat nak tapi entri sedangkan dalam kepala otak ni dah menggelegak nak keluar. Hihi~

Tapi, nak cerita bab apa ek? Adus, dah terlupa plak. Ni semua line punya pasal la.. Hi, teruknya perangai, salahkan line plak. Diri sendiri tu tak nak plak dipersalahkan.. Hehe~

Ok la, korang baca je la apa yang aku tulis ni ek. Korang kan baik dan sayang aku. Haha~ Perasan betul la minah ni..

Aku baru balik dari majlis berzanjidan burdah kat Sime Darby. Sangat seronok, okay. Sebab ia adalah alunan yang lama dah aku tak dengari dan ianya adalah alunan jiwa manusia. Kita akan rasa terbuai oleh alunannya. Kalau korang nak tau, cuba la dengar dan baca sekali.

Pandai betul la Sheikh Al-Barzanji buat.

Khamis, 24 Mac 2011

Jom Cari Kerja Kat BN Youth Job Fair



Assalamualaikum...

Ada di antara korang yang tengah cari kerja ke? Kalau ya, sila lah ke link yang aku sedaikan kat bawah ni..

 Ada pameran dan pengambilan pekerja pada:



   

Awak..(Part 5)



Assalamualaikum...

Entri peribadi. Korang tak payah la ambik kisah. Aku nak tulis merapu meraban ke, gila meroyan ke, korang tak perlu kisah, k.

Entri ni bukan untuk korang tapi untuk seseorang yang jauh.. Jauh sangat tapi dekat di hatiku...


Awak..
Apa khabar awak di sana?
Awak rindu saya tak?
Saya rindu awak
Rindu sangat..


PERGILAH AIR MATA



Assalamualaikum...
Korang suka cerita yang happy ending, kan?

Jadi, aku kasi korang baca.. Best jugak sebab aku pun dah baca. Tapi kisah sebelumnya, pandai-pandai agak la..

JOM BACA SPECIAL ENDING NOVEL PERGILAH AIR MATA?

Ikmal semakin menjauh. Terasa lelaki itu akan pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Ada sedikit rasa kehilangan di hati. Namun, harus dia akui, dia dan Ikmal kini cuma kenangan. Ada simpati pada lelaki. Dan, doanya semoga Ikmal menemui kebahagiaan.

"Sudah-sudahlah tu. Dah jauh pun perginya,"

Sabrina mengerling. Badrul berpeluk tubuh di sebelahnya. Tersenyum bersahaja. Senyum itu cuma dibalas dengan jelingan kecil. Suara Badrul lebih kedengaran seperti mengusik.

"Bad…,"

Jelingan Sabrina teralih. Senyum Badrul juga menyisih. Dia dah Badrul sama-sama berpaling. Sama-sama menatap senyum Dayana yang tercegat di hadapan mereka.

[Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?

Assalamualaikum...

Kali ni nak join dalam segmen  Blog Picisan. Kalau korang pun nak join jugak, klik banner di bawah ni.

  •  Tajuk : [Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?
  • Jawab soalan ini..
          1.Adakah anda budak kampung?

Ya. Aku budak 'kampung' jer. Mana ada apa. *Hamble. Wink. Wink.

Teringat kata seorang ketua kampung masa aku  join program induksi untuk Bakti Siswa Perdana 2010, 
"Di kampunglah anda belajar macam-macam pasal dunia sebab di kampung ada macam-macam. Saya bangga jadi anak kampung."

Rabu, 23 Mac 2011

Dimensi Baru Dunia Kita (Blogger)

Assalamualaikum...

Kenapa aku pilih berita ni? Aku rasa sesuai untuk kita, para blogger jugak. Tak faham? Tak pa. Tengok je huruf yang aku dah bold (tebalkan). Kemudian baca dengan tukar istilah wartawan kepada blogger, dan akhbar/surat khabar kepada blog, okay.

Jom  mula baca.

Dimensi baru dunia wartawan (baca= Dimensi baru dunia blogger)

PARA wartawan muda yang mengikuti program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia tidak melepaskan peluang bertanya khabar dan beramah mesra secara langsung dengan Mazlan (duduk tengah).




BUKAN mudah untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya jika anda tidak memiliki minat yang mendalam dalam dunia penulisan, membaca, tidak berani menanggung risiko dan tidak sanggup berfikir di luar kotak.

Kereta Jadi Padang Golf Mini

Assalamualaikum...

Kereta jadi padang golf mini

JOHN MCARTHUR berdiri di atas bumbung kereta miliknya yang dijadikan padang golf.


CHELMSFORD, England - Seorang peminat fanatik kereta, John McArthur, 22, mencipta kelainan apabila dia menukarkan kereta jenama Skoda Felicia miliknya menjadi sebuah padang golf mini, lapor sebuah akhbar semalam.

McArthur hanya membeli kereta tersebut pada harga murah iaitu £347 (RM1,718.13) daripada sebuah laman web lelong, eBay bagi menggantikan kereta lama berjenama Renault Megane Scenic.

"Adik perempuan saya tidak akan menaikinya tetapi rakan-rakan saya yang turut sama meminati kereta suka dengan kereta ini.

"Mereka menyatakan orang ramai pasti akan melihatnya apabila saya memandu dan saya ada melihat beberapa orang merakamkan gambar dan bertanyakan pelbagai soalan," katanya.

Dia meletakkan rumput palsu di atas kereta tersebut dengan dilengkapi lubang dan tiang bendera. - Agensi

Sumber: Kosmo

Hai, macam-macam. Unik.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...