Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

                Biarkan sahaja si dia bersendirian - kredit, aerialist Assalam. Aku masih lagi sibuk menyiapkan thesisku. Ini adalah waktu berehat sebentar bersama Kit Kat. Hehe~ Kali ni aku nak kongsi tips dengan korang. Ambik dari laman web atau sesawang Cinta.com. Lelaki, mesti korang pun pernah kenal lelaki kan? Pernah jumpa lelaki yang kuat merajuk? Mesti ada kan? Walayeh, rasa tensen jugak. Rasa nak kutuk jer jantan macam tu.Tak pun rasa nak bagi side kick jer. Haha~ Sabar, sabar.. Meh kita usha apa yang diperkatakan kat bawah ni.

[CERPEN]: Di Sempadan Hijab

Kepalaku terasa sakit, aku berdiri dan membuka mataku perlahan-lahan cuba melihat keadaan sekeliling. Aku dikelilingi kepulan asap seakan-akan kepulan awan. Dimanakah aku berada? Baru sebentar tadi aku cuba untuk memetik bunga Ros yang cantik berwarna ungu. Aku bingung memikirkan apa yang telah berlaku. Jiwaku bercelaru. "Jangan bimbang Hidayu.. aku yang bawa kamu kemari", aku lantas berpaling kearah suara itu. Seorang lelaki perkasa berdiri di belakangku, tersenyum segak. Pakaiannya seakan-akan pahlawan kurun ke-15. "Kenapa awak bawa saya ke sini?", soalku gentar. "Aku sudah lama perhatikanmu Puteri ku", jawabnya jujur sambil menundukkan wajah ke tanah. "Tapi kenapa?", soalan ku tidak terus dijawab. Dia lantas datang ke arah ku berwajah serius, "Kerana aku cinta kamu". Aku membeliakkan mata. Dia tersenyum lalu memetik bunga Ros berwarna ungu yang berada di sebelah ku lalu memberikannya kepada ku.

"Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"

Assalam. Jom join "Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"     CARANYA~ ◙ Letak header Ady Budika "hanya ilusi dapat menyatukan langit dan bumi" dalam entri anda. ◙ Tajuk entri : "Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest" , Linkkan ke entri ini. ◙ Dalam Entri anda : Ok aku tak nak banyak benda... Just nak korg luahkan idea yang terpendam itu.... Andai kata korg diberikan peluang untuk mencipta program TV sendiri...

CONTEST:Saya Suka LipGLOSS

Assalam.  Tetiba Sha ditag oleh fyqa . Terkejut jugak sebab selama ni hanya ditag oleh adik-adik yang memang mengenaliku secara alam nyata. Eh, ada jugak kawan alam maya yang tag tapi terlupa dah sape dan tak join pun. Ni nak join pulak? Sebabnya rasa sangat mean and cruel kalau tak join. Kesian jer kat diorang. Ops, bukan tak nak join tapi kesibukan melampau menyebabkan aku kesuntukan masa. Sorry, sorry,sorry, sorry, sorry, sorry. . Eh, macam gaya Anwar Hadi pulak minta maaf dalam Vlognya. Waduh, doakan aku berjaya siapkan tesis.. Ni banner contest tu. iamdya Ok, jom kita tengok syaratnya..

Sapa tu Melayu?

Hang tau tak sapa tu Melayu? Aku la Melayu Emak aku Melayu, bapa aku Melayu Keturunan aku semua Melayu Melayu tak kan hilang di dunia Tapi Melayu yang hilangkan Melayu Hutan rimba bukan lagi hak Melayu Laut bukan lagi hak Melayu Bukit bukau bukan lagi hak Melayu Gunung ganang bukan lagi hak Melayu Sawah ladang bukan lagi hak Melayu Apa ada pada Melayu? Hanya Raja, baju, kereta api, adat saja hak Melayu

Wajah Penagih Dadah Bertukar Hodoh

PEJABAT Syerif daerah Multnomah, Oregon mengeluarkan imej wajah seorang wanita yang berubah disebabkan pengambilan pil methamphetamine. SALEM - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan wajah-wajah penagih pil khayal methamphetamine yang bertukar menjadi hodoh selepas mereka mengambil dadah berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Pendedahan yang mengerikan itu dibuat dalam satu klip video selama 48 minit berjudul From Drugs to Mug. Klip video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada golongan muda supaya jangan terjebak ke dalam kancah penagihan dadah.

Ko Kerani? Perlu ke Berlagak?

Assalam. Kali ni entri luahan perasaan. Saja jer nak luah perasaan sikit. Minta maaf kalau kurang matang. Tadi pergi pusat komputer. sombong betul la minah yg jaga tu. Muka jer nampak macam baik tapi macam *****! Hek eleh, belagak! Setakat duk front line pun nak belagak ker? Rasa nak sekolahkan jer minah tu. Dah la sambut dgn masam. kita bg salam n senyum pun dia balas dgn tarik muka. Rasa macam nak bagi pelempang jer. dah kerja ko, ko buat la! Nak tarik-tarik muka apsal! Tak guna punya staf eh kerani cabuk!

Angin Menyerangku.

As salam. Apa khabar semua? Dapat tidur dengan sempurna tak? Aku tak dapat tidur malam tadi. Angin badan menyerangku. Sapu minyak angin(oilment)? Oh, minyak anginku tiada di sini (sengaja ditinggalkan di Kachi)dan minyak angin rumetku pun entah di mana. Nak kejutkan dia, malam telah larut dan esok dia perlu bangun awal, ada Kegiatan Luar Kampus (KLK) di Baling, Kedah.

Pemilihan MPP UPM Kecoh

Oleh Norakmah Mat Youb, Nik Sukry Ramli dan Safeek Affendy Razali 2011/02/24 SERDANG: Tiga pelajar dan tiga kakitangan keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) keselamatan cedera dalam kekecohan ketika bantahan keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011, di universiti itu semalam. Insiden bermula jam 3.30 petang selepas bekas pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M), Mohd Lukman Al Hakim mendakwa dikasari selepas perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang juga Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Pro Dr Mohd Fauzi Ramlan. Dalam kejadian itu, lebih 60 pelajar Pro-M dilaporkan merempuh pintu kaca di bangunan pentadbiran universiti itu hingga pecah selepas Mohd Lukman mendakwa dikasari ketika mengadakan perbincangan bersama Dr Mohd Fauzi. Lukman dikatakan dikerumuni tiga hingga empat kakitangan keselamatan universiti ketika cuba membawa keluar fail yang dipercayai mengandungi bukti penyelewengan yang berlaku pada

Cerita Suami Isteri? Erk!

Assalam. Malam ni jenguk-jenguk blog orang yang aku follow asyik bercerita pasal suami isteri. Erk, apakah sebabnya? Apa hal tetiba majoriti blog nak bercerita pasal itu? Tolong la faham tak semua orang dah kahwin! Tak semua orang ada pasangan. Ni ramai-ramai plak cerita pasal hubungan suami isteri plak, pasal kahwin..Rasa menyampah pun ada jugak. Ada apa sebenarnya ni?

Kenapa Perlu Sibuk?

Assalam. Aku tak faham la, kenapa perlu sibuk? Eh, apa yang sibuk ni? Sibuk pada masa semester akhir.. Dulu masa degree pun bila jer sem akhir, sibuk sangat. Sekarang ni master pun, sem akhir jugak (insya-ALLAH) tetap sibuk mengalahkan sem-sem sebelumnya. Ahh, tak sukanya.. Korang tengok kat bawah ni, jadual untuk minggu ni: 24th Feb (Khamis)~Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri ~Dewan Muadzam Shah ~3 petang ~Ceramah agama ~Dewan Terbuka DPP MISC ~8 malam 25th (Jumaat) ~Seminar Bersama Zed Zaidi ~Dewan Kuliah Gugusan 2/2 ~8 pagi 26th(Sabtu) ~Majlis Ijazah Buah Asas dan Potong ~Surau lelaki, Pusat Konvensyen ~2petang dan 8 malam. 27th(Ahad) ~Kelas ganti ~Padang DPP Petronas ~8 malam ~Taklimat perarakan Maulidur Rasul ~Dewan Terbuka DPP MISC ~8 malam 28th (Isnin) Perarakan Maulidur Rasul ~Penjaga air minuman MASUM &a

Pro-Aspirasi Kuasai 7 Universiti

Pro-Aspirasi kuasai 7 universiti Oleh JUNHAIRI ALYASA, KAMILAH MUSTAPHA dan YUNUS YAAKOB berita@kosmo.com.my PELAJAR UIA membuang undi menerusi sistem e-undi di universiti tersebut di Gombak semalam. KUALA LUMPUR – Pro-Aspirasi terus mengungguli pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2011/2012 apabila berjaya mengukuhkan kedudukan di tujuh buah universiti awam di negara ini. Antara universiti yang dikuasai oleh kumpulan yang melabelkan diri mereka selari dengan aspirasi kerajaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bagaimanapun Pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa sudah berjaya merobek beberapa kubu Pro-Aspirasi. Menurut jurucakap Pro-Aspirasi UPM, Muhammad Zulkhairi Dzulkifli, semua pemimpin dan pendokong kumpulan tersebut harus bekerja lebih keras

Calon Pilihan Raya UM Ditemui Lemah di Bangi

Assalam. Korang boleh cek sini kalau belum tahu kisah sebelum ni.. Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA kamilah.mustapha@kosmo.com.my MASTURAH (kiri) ditemani ibunya, Mariam pada sidang akhbar mengenai kehilangannya di UM, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, 22, yang hilang pada petang Sabtu lalu dijumpai awal pagi semalam dalam keadaan lemah di tepi jalan berdekatan sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi. Menurut ibunya, Mariam Abdul Rashid, 50, Masturah telah menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit seorang pemilik kedai makan yang berada bersebelahan masjid di situ. "Dia hanya panggil saya umi, umi, lepas itu saya suruh dia panggil pemilik telefon bimbit sebab Masturah seolah-olah tidak boleh bercakap lagi," katanya pada satu sidang akhbar di Akademi Pengajian Melayu UM di sini semalam. Mariam memberitahu, selepas diberitahu oleh pemilik kedai makan itu meng

Evolusi Tontonan Google TV

Evolusi Tontonan Google TV Oleh Khairul Anuar Abdul Rahman PELBAGAI pengalaman baru dalam dunia penyiaran dan pemerolehan informasi kini boleh dilakukan dengan kewujudan Google TV. PELBAGAI jenama pengeluar televisyen kini menghasilkan produk yang menyokong ciri televisyen berinternet. HARI ini, media seperti televisyen atau akhbar tidak lagi menjadi satu-satunya cara untuk kita mendapatkan berita dan maklumat mutakhir. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Calon Pilihan Raya Universiti Malaya Didakwa Hilang

Assalam. Sekarang ni demam Pilihan Raya Kampus (PRK) di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Di universitiku, Universiti Utara Malaysia (UUM) pun sama. Memang happening jugak la.. Macam-macam nama, rupa orang dan slogan yang diorang bawakan. Setiap slogan tu adalah melambangkan parti yang mereka anuti. Kat UUM ni, ada tiga parti. Perubahan (mewakili kerajaan), Pro-Mahasiswa (mewakili Pembangkang) dan Aspirasi (bebas dan tolong buat kerja pengundian seperti tampal poster, edar flyers, kumpul ramai-ramai dan tepuk tangan, sokong bila ada pihak buat rapat umum. Kira diorang ni lebih kepada bahagian promosi.

Sengal Zone : Saya Sengal Zone VIP !

Mari Jadi Sengal Zone VIP Siri 9! As salam. Tadi, buka 'papan pemuka' (dashboard)Blog Sengal Zone punya. Tetiba nampak panggilan Mari Jadi Sengal Zone VIP Siri 9! Aku kena rebut peluang ni. Dah lama nak masuk segmen si Deeyaudeen Sabri ni.Hari tu tengok pun dah lepas setengah jam dari masa penutup. Gigit jari la jawabnya. Haha~ Ok, mari kita semak syarat untuk kali ini: * Buat Entri bertajuk Sengal Zone : Saya Sengal Zone VIP! * Letak Logo bulat tu beserta Link ! * Jawab Soalan ni : o Berapa lama kah korang berblogging? o Best tak blogging ni? * Postkan entri korang ke ruangan komen entri ni ! * Pastikan sebelum pukul 8.00 Malam ni ! * Semua layak jadi VIP ! * Jangan lupa bawak roti gardenia coklat sekali ! <-- Lebih lebih pulak. Haha Okeh.. Satu.. Dua.. Tiga !!! Mana la VIP aku ni oiii.. ! :P So, nak menjawab soalan.. Soalan 1: Berapa lama kah korang berblogging? Mula buat blog tahun 2009. Sekarang dah tahun 2011. Kirany

SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER

As salam. Hui, semua... Ni ada berita baik punya. Abang Ben ajak lagi masuk dalam blog dia. Hehe~ Jangan jeleous.. Korang nak jugak? Ok, ni syarat-syaratnya..

Gadis Unik, Boleh Lenturkan Badan

As salam. Jom baca tentang keunikan seseorang.. KIRSTY NICHOLSON melenturkan badannya di dalam balang di rumahnya dekat Middlesbrough, Britain baru-baru ini. LONDON - Seorang gadis di Britain pulih daripada sindrom berasa takut apabila berada di dalam ruang yang sempit, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Kirsty Nicholson, 23, pulih selepas ibunya memasukkan dia ke dalam tong sampah. Kejadian itu berlaku semasa dia masih kecil kerana anaknya itu mampu melenturkan tubuhnya.

Chong Wei Bukan Lagi Wakil Malaysia Tapi Jadi Pemain Indonesia!

As salam. Tadi, aku baca newspaper. Tertancap tajuk ni: Chong Wei pula ke Indonesia. Bila baca sikit intro, terus fikiranku berdialog: Hah, Datuk Chong Wei nak berhijrah ke Indonesia?! Jadi player Indonesia? Jadi, sape plak nak harumkan nama Malaysia? Oh, tidak!

Dipatuk Ular, Oh Tak Rasa Apa-apa..

As salam. Korang pernah tak dipatuk ular tapi tak rasa apa-apa? Korang pernah tak disengat tebuan tapi tak rasa apa-apa? Korang pernah tak disondol lembu tapi tak rasa apa-apa? Aku yakin mesti ramai yang pernah, kan? Tak percaya? Percayailah.. Sebab semua ni dalam mimpi. Hehe~ Aku bermimpi dipatuk ular. Ular tu kecik jer. Warna putih kekuningan. Bentuknya seperti Ular Tedung Selar. Asalnya ular tu seorang lelaki, dalam mimpi aku la.

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

As salam. Entri kali ini aku ambik dari sebuah blog perempuan. Alah, dah lupa dari blog mana, kalau tak, boleh bagi kredit kat dia. Yang pastinya, blog perempuan. Jom kita layan.. JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Wajah-wajah Bilionair Malaysia

KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam. Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion)

Nak bertunang? Tanya Dulu 10 Soalan

As Salam. Bertemu kita di ruangan maya. Nak bertunang? Ehem, tanya dulu 10 soalan ini. Semoga dapat menjadi pembimbing kita ke arah kebahagiaan. 10 soalan itu adalah: 1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan. Sha: Ada wawasan. Kalau tak de, susah la nak hidup bersama..

Melayu Oh Melayu... Jom Belajar Sejarah

Assalamualaikum.. Apa khabar pembaca sekalian? Jom belajar sejarah? Kompom ada yang dah mengantuk tu.. Hei, cepat bangun sebelum cikgu ketuk dengan pembaris kayu bercat kuning ni. Eh, ada lagi ke pembaris macam tu? Kali ini aku nak bercerita a.k.a berleter kat korang? Haha, sanggup dengar tak? Ah, tak kira, sanggup ke tidak ke, jom kita baca kat bawah ini. Banyak yang aku pelajari masa pergi ke rombongan Interaksi IPT bersama Silat Cekak. Antaranya, ialah ketabahan orang terdahulu mempertahankan tanah air dengan nyawa dan darah semata-mata mahukan tanah hak milik mutlak.

Salah Guna Facebook

Guna Facebook cari keldai dadah 16/02/2011 4:31pm KUALA LUMPUR – Penggunaan ejen rakyat tempatan kini dikenalpasti sebagai taktik terbaru sindiket dadah antarabangsa untuk mencari ”keldai dadah” melalui laman web sosial Facebook. Taktik yang menggunakan rakyat tempatan untuk merekrut ”keldai dadah” itu masih menggunakan cara yang sama iaitu menabur janji manis, kemewahan dan percutian menarik kepada mangsa sebelum ditugaskan membawa dadah ke negara ketiga. "Di dalam Facebook mereka berkenalan, menjalin hubungan rapat dan apabila mendapat kepercayaan, mereka akan digunakan untuk dijadikan keldai dadah,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim. Beliau berkata taktik itu dibongkar berikutan penahanan seorang pemuda berusia 23 tahun di Lapangan Terbang Ezeiza, Buenos Aires, Argentina, akhir bulan lepas ketika cuba menyeludup keluar dadah jenis kokain dari negara itu ke Qatar. Hasil soal siasat polis negara itu, lelaki terb

Aktifnya.. (1)

Salam. Apa khabar semua? Semalam merupakan hari yang amat memenatkan aku. Sebab tu aku tak sempat nak update blog. Sorry ye kepada pembaca setia. Sorry. Sorry. Sorry. Ceh, bajet jer ada pembaca setia. Hihi~ Ok, bermula kelmarin 14 haribulan, aku tak sempat pun buka on line. Bila bangun, terus je bersiap dan pergi ke rumah pertamaku. Hihi~ aku ada rumah pertama dan kedua tau. Jangan jeles. Itu la, lain kali kena aktif. Bila aktif, semua orang suka dan senang untuk berurusan a.k.a minta tolong.

Perihal Seorang Aku... Sha (2)

Salam. Tajuk kali ini: Lelaki yang Merimaskan Aku.. 1. Lelaki yang Merimaskan Aku.. [Sang lelaki] slm. hai wt pe? Tidak dibalas. Tak sempat balas pun. [Sang lelaki] awt sombong sngt niii............Xpe lah xmau rep dh... org dh x ska kn...

[TERKINI MESIR]: Tangguh Dulu Perjalanan Pulang

Tangguh Dulu Perjalanan Pulang KUMPULAN akhir pelajar Malaysia yang dibawa pulang menerusi Ops Piramid tiba di Pangkalan Udara Subang kelmarin. MEMBAKUT - Rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir dinasihatkan supaya tidak pulang ke tanah air buat sementara waktu kerana keadaan di negara bergolak itu dipercayai akan beransur pulih berikutan peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak malam kelmarin.

[TERKINI MESIR]: Hosni Mungkin Lari ke Luar Negara

Salam. Akhirnya tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak. Keadaan sekarang ni kembali tenang. Syukur, Alhamdu lillah.. Jom baca: Hosni Mungkin Lari ke Luar Negara BEBERAPA orang termasuk wanita membersihkan Dataran Tahrir di Kaherah semalam. KAHERAH - Selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden Mesir, timbul spekulasi bahawa beliau akan melarikan diri ke luar negara, lapor beberapa buah akhbar dan laman web semalam.

YANG ORANG TAK BUAT SEMASA PERGI MAKAN KENDURI

Salam. Apa khabar semua? Harap sihat la. Ok, kali ini, mari kita semak apa yang patut kita buat, eh apa yang patut kita elakkan masa kita pergi kenduri. YANG ORANG TAK BUAT SEMASA PERGI MAKAN KENDURI by Ujang Moy on Saturday, February 5, 2011 at 2:17am Penulis: Tuan Rumah

TOPUP GA UNTUK FOLLOWER LISA!

Salam. Apa khabar? Dari tak de buat apa-apa, saja ja nak support kawan-kawan blogger yang lain. Dari situ la kita akan lebih kuat, kan? Bersatu teguh, bercerai.. kahwin lain.. Hihi~

Mini GA - Pink bling bling wallet

Condition: Want to own this pinky wallet? Leave your comment in this N3

“Kome Nak Tak?”

Salam. Cantik kan barangan kat bawah ni.. Contest kali ni adalah dari: karipapsayur.blogspot.com * Follow blog Mak Qaiser [done] * Buat entry tajuk “Kome nak Tak?” [ni ha, entrinya] * Copy paste photo atas tu taruk dalam entry. [dah] * Tak yah tulis panjang. Cukup sekadar cakap; “Haku nak! Kalo korang pun nak, datang blog Mak Qaiser nih.” . [udah] * Kemudian parking url entry korang tuh di comment section [selesai] sampai 15 feb jer. p/s: Kenapa muka Mak Qaiser ni macam aku kenal jer? Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

VALENTINE DAY, Benarkah Hanya Hari Kasih Sayang Belaka ?

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia. Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. SEJARAH VALENTINE

Jom Jamu Mata..

Salam Aku dapat mesej ini dari emel kawanku. Dia orang Arab. Ini mesej forwarded. Kira dari Arab, kira korang susah la nak dapat, kan? Hehe~ Bajet, dunia sekarang macam dunia dulu-dulu. Sekarang ni dah canggih la, Cik Sha. Maklumat di hujung jari! Jom kita jamu mata kita dengan kek yang nampak sangat sedap dan menarik di bawah ini. AWAS: SILA MAKAN DAHULU SEBELUM MELIHAT GAMBAR DI BAWAH INI.

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY Salam. Jom tengok TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Kitak Kacak Gilak

Salam. Apa khabar? Hah, tak faham dengan tajuk kat atas? Oo, maksudnya, Awak Cantik Sangat. Sape cantik? Aku ke? Haha, perasan betul la minah ni. Aku tak cantik la. Biasa-biasa saja. Humble . Mari kita belajar bahasa Borneo.

300 Kali Ganda Manis daripada Tebu

Salam. Jom, membaca.. 300 kali ganda manis daripada tebu Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR PADA pada masa rakyat di seluruh dunia sedang dibelenggu dengan diabetes iaitu penyakit yang berpunca daripada gula, satu penemuan baru mungkin memberi harapan baru dalam menjauhkan penyakit itu daripada manusia. Di Malaysia menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada 2010.

1tube: Santai Bersama Ben Ashaari video sharing Malaysia!

Salam. Aku dah tonton vlog yang Abang Ben buat. Boleh tahan bestnya.. Eh, korang nak tau tak apa isinya? Isinya banyak pasal dunia blogging. Aha, mesti korang pun nak tau apa kisahnya, kan? Korang tengok la sendiri. Banyak nasihat dan tips yang berguna. Betul apa yang Abang Ben cakap tu, aku setuju.

Dengan Mekap, Perempuan itu Penipu?!

Salam. Tadi jalan-jalan selongkar blog orang. Tetiba masa geledah tu, jumpa sebuah blog dan entrinya yang membuatkan aku rasa geram jer. Terus bersemangat nak taip entri ni walaupun masih demam. Demam, cepatla sembuh, aku banyak lagi urusan yang perlu dilakukan! Blog dia tu blog yang dia suka fikir lain dari orang lain. Itu tak kisah la. Yang rasa nak baran ni, boleh plak dia kata dia rasa tertipu dengan mekap orang perempuan.

Tempat Tidur Kucing

Salam. Korang ada kucing tak kat rumah? Kalau tak de pun mesti ada jiran yang bela kucing, kan? Kucing ni suka tido, korang perasan tak? Kalau tak perasan, jom kita tengok gelagat kucing yang suka tidur macam Garfield tu..

A Beautiful Story About QURAN.

Salam. Segment English kembali lagi! :-) Jom baca cerita dalam Bahasa Inggeris. Apa, tak pandai nak berbahasa Inggeris? Ala, aku tahu, korang boleh punya. Yakin diri sikit. Kalau tak faham pun, baca la jugak, dan agak apa yang diceritakan. Eh, kalau korang tak faham bahasa Inggeris, korang boleh baca dalam Arabic. Hihi~ Kebetulan cerita ini, aku dapat dari kawan aku. Dia orang Arab. Siap ada tulisan Arab lagi. Apa lagi, jom layan..

Ujian Blog

Salam. Aku rujuk ini: http://ariffshah.com/sila-uji-blog-anda-dulu-sebelum-menjemput-orang-untuk-baca/ .Ni Ariff tak marah sebab aku letak sumber dan rujuk dia. Bukan main ceduk dan buat macam tulisan sendiri jer. Tak faham lagi ke, aku perli korang ni. Hihi Selalu aku akan lepak kat sana, kat entri ni. Bukan sekali dua tapi berkali-kali. Kerap bangat. Tapi entri yang ni aku tak komen. Malas nak komen, sebab rasa macam sama jer macam orang punya komen pun. Kalau entri yang lain tu, ada jugak aku komen. Kalau tak percaya, pergi la periksa: ariffshah.com So, marilah kita tengok apa yang menjadi perhatian dan rujukan untuk membuat blog kita disukai ramai. Sila Uji Blog Anda Dulu Sebelum Menjemput Orang Untuk Baca ( http://ariffshah.com/sila-uji-blog-anda-dulu-sebelum-menjemput-orang-untuk-baca/ ) Kat sini aku nak listkan macam mana nak uji blog kita supaya kita tahu macam mana orang lain punya perasaan bila masuk blog kita (untuk mereka yang rajin blogwalking dan menghar

Awak..(Part 4)

Salam. Boleh semak entri terdahulu: Awak... (Part 1) Awak... (Part 2) Awak... (Part 3)     Sila pasangkan lagu Kitaro atau lagu yang sedih-sedih (seperti Pergi oleh Aizat) dan ambik feel untuk baca puisi di bawah ini. Kadang-kala aku terasa aku merinduimu, sayang namun, kita tak boleh lagi bersama terlalu banyak jurang antara kita bukan aku yang menciptakan jurang itu sumpah, bukan aku! Biarlah ku pendamkan rahsia itu seperti hasratmu jua..

[TERKINI] Krisis Di Mesir: Kaherah Kembali Pulih

Salam. 762 Pelajar dari Jeddah Tiba Pagi ini! Yay! JAMIL KHIR beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj, Jeddah semalam. JEDDAH – Seramai 762 pelajar Malaysia yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini menjadi kumpulan pertama berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan pertama pada pukul 6.30 petang waktu tempatan.

Saya Sayang Pak We Saya Walaupun Dia Sengkek!

Assalamualaikum... Apa? Cerita pasal boyfriend (bf) ku? Oh, tidak! Ini adalah artikel lucu mengenai bagaimana seseorang menyayangi kekasih hatinya. Macam sweet je, kan? Jom kita lepak-lepak dan layan artikel yang penuh dengan air mata. Bukan nangis sebab sedih tapi sebab tak tahan ketawa dan gelak. Hahaha~

Happy Birthday: Terima Kasih Kawan-kawanku.. Sayang Korang

Salam. Apa khabar semua? Hari ni nak reveal pic yang berada dalam simpananku dan simpanan handphone Nokia C3 Aida. Hehe~ Ada lagi tak? Sebab hari tu, aku ada tengok pic dalam handphone dia,(dengan kebenaran) masih tersimpan elok gambar-gambar tersebut walaupun dah berbulan lamanya majlisnya. Ingat nak ambik, tapi terlupa plak.

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Assalamualaikum.. Wah, kali ni baru la sempat nak join Segmen dari abang berbadan sasa ni, Ben Ashaari. SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ?? Aku memang minat membaca dan menulis, juga jenguk-jenguk kat blog orang sambil baca apa yang ada dalam blog itu. Sebelum nak jadi pengikut, aku baca dulu perihal dia. Kalau tak kena dengan jiwaku, seperti seorang yang suka mencarut, pakai dedah-dedah, minta maaf la aku nak jadi pengikut. Blogwalking pun aku tak hingin. Hehe~ Kejam giler aku.

Wahai Lelaki (2)..

Salam semua. Jom baca puisi nan puitis ni. Pandai betul la Abang aku ni buat. Tengok ayat dia di bawah ni, memang tak boleh blah, bila saat romantiknya tiba.. Hehe~ Prosa ini ku persembahkan untuk semua wanita indah nan jelita dan pria lembut nan perkasa di muka bumi ini.... Link terdahulu: Wahai Lelaki (1) Kepadamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Contest Teddy Bear by Lyeanna Wana

Salam. Comel kan teddy bear ni.. Nak, boleh? Saja ja nak join contest. Saja nak asah bakat menjoin contest. Aku plak sangat suka akan teddy bear. Korang pun nak join jugak? Klik sini, tapi sebelum tu jom usha syaratnya:

Sengal Zone : Saya Blogger Baru !

Assalamualaikum...                                           http://sengalman.blogspot.com/ Sha my heart nak masuk contest? Biar betul. Selama ini tak pernah pun nak masuk apa-apa contest. Pernah jugak masuk tapi tak menang pun. Cuma menang perhatian jer. Hehe~ Itu pun tak letak link blog sebab banyak lagi kena belajar waktu tu. Cek kan pemalu orangnya.. Hikhik. Ok, aku story sikit..

YANG PERLU KORANG BUAT UNTUK MENGHILANGKAN RASA BORING SEMASA MENUNGGU

Salam. Jom layan.. YANG PERLU KORANG BUAT UNTUK MENGHILANGKAN RASA BORING SEMASA MENUNGGU by Ujang Moy on Friday, February 4, 2011 at 12:23am Artikel gaya ala - ala bebas Penulis: Orang yang tulis artikel ni la Boring .... memang boring kalau kena menunggu. Nak pulak menunggu benda yang belum tentu muncul. Untuk menghilangkan rasa boring korang buleh buat bermacam aktiviti sampingan seperti yang di tulis kat bawah ni. Tapi sanggup buat ke? He he he he ....

[TERKINI] Krisis Di Mesir: [LATEST] Egypt Crisis:Students Safely Home at Last

Salam. Hari ni, kita baca paper omputih plak, ok tak? Ala, aku pun bukannya terror sangat Bahasa Inggeris ni. Tak pa la, kita sama-sama improve (tingkatkan) penguasaan Bahasa Inggeris kita. Aku pilih newpaper The Star . Lagipun, bahasanya mudah sikit difahami (menggunakan bahasa yang biasa-biasa jer kita guna. Bahasanya tak la bombastik). Sebenarnya, Bahasa Inggeris ni jugak ada yang mudah difahami- biasa-biasa saja dan bahasa tinggi- yang sukar untuk difahami.

[TERKINI] Krisis Di Mesir: Pelajar Diacu Pistol di Kepala

ATIF SAMSUDIN (kanan) mengetuai bacaan doa kesyukuran setelah dia bersama sebahagian pelajar lain selamat tiba di KLIA, Sepang semalam. SEPANG - Pengalaman diacukan pistol ke kepala ketika berada di Mesir bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan seumur hidup kepada seorang pelajar tahun pertama jurusan pergigian Universiti Al-Azhar. Siti Nabilah Mohd. Azaman, 20, memberitahu, kejadian menakutkan itu berlaku ketika dia dan empat rakannya keluar ke kedai berhampiran untuk menambah nilai prabayar telefon bimbitnya bagi menghubungi keluarga di tanah air. "Sedang kami berjalan kaki menuju ke kedai, kami terkejut apabila seorang warga tempatan yang tidak dikenali mengacukan pistol ke kepala kami dan menyuruh kami pulang ke rumah.

Berapakah Nilai Blog Anda?

Bolehkah kita tahu nilai blog kita? Macam barang jual beli plak? Oh tidak, aku tak sanggup nak jual blog ini.. Hehe~ Poyo jer, macam la ada apa sangat dengan Blog Sha My Heart ni. Memang la tidak ada apa sangat tapi sayaaanngg kot, dari sini la aku belajar segalanya tentang blog. Bila tengok balik entri aku pada mula-mula dalam dunia blogging ni, nampak sangat tak matang. Malu sendiri jugak tapi tak pe la, blog ni juga mengajar aku erti kematangan menulis. Betul tak? Sekarang ni pun aku masih merangkak dalam dunia blogging. Cuba belajar dari blogger yang lain. Ok, berbalik kepada topik, bagaimana nak menilai blog kita? Aku ada caranya.

Perihal Seorang Aku... Sha (1)

Salam. Hari ini nak tulis yang rileks-rileks sikit. Nak meringankan beban dalam kepala hotak aku ni. Hihi~ Blog jugak salah satu tempat untuk aku luahkan permasalahan dan rasa hati ini. Chewaah! Aku nak cakap pasal hal peribadi sikit. Pasal cinta. Pasal pasangan. Harap korang tak muntah darah baca ayat jiwang aku ni. Hihi~

[TERKINI] Krisis Di Mesir:"Anak Kehabisan Makanan, Duit"

Salam. Keadaan di Mesir masih belum pulih.. Pagi tadi jenguk-jenguk blog orang lain, macam-macam cerita. Jom baca berita kat bawah ini. GHAZALI (tiga dari kiri) berbincang sesuatu dengan ibu bapa pelajar di HRPZ II di Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – “Anak kami dalam bahaya, tolong selamatkan mereka.”Demikian rayu lebih 30 kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini, yang juga ibu bapa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir. Kesemua mereka merayu agar kerajaan menghantar wakil dari Kedutaan Malaysia untuk memastikan keadaan anak-anak mereka selamat.

Tutorial Cara Letak Energy Saving: Selamatkan Bumi Dari Pemanasan Global

Korang mesti pernah pergi ke blog orang dan bila tinggal lama sikit, dia jadi hitam macam kat bawah ni. (Wah, memang straight to the point entri kali ni). Inilah Energy saving, misi selamatkan bumi dari pemanasan global. Aku dan Anis yang cantik lagi kiut-miut tanya aku macam mana nak buat? (Kami memang akan berkongsi pengetahuan tentang blogging). Sekarang ni duk berentap siapa yang paling banyak follower. Memang tak boleh blah la kami ni kan? Haha~ Er, ada sesiapa yang nak join in the club tak? Kelab tarik tali. Hehe~ Kami pun berfikir, macam mana la orang tu buat energy saving, kan? Mesti dia pandai coding ni.. Tengok blog dia pun ada domain sendiri. Domain .com di belakangnya. Contohnya yang ada domain sendiri: Ariffshah.com Tapi setakat ini, Arif belum buat lagi energy saving ni.. Memandangkan aku ni merangkap awek kawan kepada Ariff, harruuss nak kena promote kat dia jugak la ni. Hihi~ Blog yang ada energy saving ni dah tak ingat alamat dia. Kalau tak, boleh je

[TERKINI] Krisis Di Mesir: 'Tolong Selamatkan Kami'

'Tolong selamatkan kami' Oleh ADHAM SHADAN adham.shadan@kosmo.com.my RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup. Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin. Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur. "Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam. Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang

Open Tracker