Langkau ke kandungan utama

Sedapnya Resipi Tepung Pelita Ni

Ni adalah kek, okay bukan kuih tepung pelita. Kenapa tepung pelita? Entah, mungkin sebab ada dua warna kot. Nak resipi tepung pelita, ada kat bawah ni. =)

Assalamualaikum.

Aku baru berjaya membuat kuih tepung pelita yang aku teringin nak berprojek pada dua tiga hari lepas. Banyaknya halangan. Hari ni pun sama tapi aku tekad nak buat jugak. Aku rancang dari awal-awal. Buat bekas guna daun pisang. This is my first time cooking that. Sedap pula. Sukanya. Hehe~

Aku kasi korang resipi yang aku ambik dari internet dan ubah suai ikut ilmu dapur yang aku pelajari. Hehe~

Bahan untuk membuat Tepung Pelita

Lapisan bawah -warna hijau
1 cawan  tepung beras
5 cawan air
5-7 helai daun pandan (dikisar bersama dengan 1 cawan air di atas dan ditapis)
1 cawan gula  

Lapisan atas – warna putih
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan (guna 1 1/2 santan pekat + 2 1/2 cawan air)
1 tsp garam (ratakan)
boleh masukkan bunga cengkih 2 kuntum dan sedikit kulit kayu manis utk membuang bau tak sedap santan. Kalau-kalau santan berbau siedikit.

Kelongsong daun pisang secukupnya @ bekas plastik pun tak pe. Tapi kalau guna daun pisang, sedap sikit sebab ada aromanya. Salai dulu daun pisang. Kalau tak, ianya rapuh dan mudah pecah. Macam mana nak buat kelongsong kalau dah pecah, nanti masukkan bahan-bahan, tumpah la.

Cara-caranya:-
Bahagian Bawah
  1. Tepung, air, jus pati pandan dan air kapur disatukan. Tapis dan masukkan ke dalam periuk
  2. Masak bancuhan tepung sehingga naik wap. ( Kacau dengan senduk kayu sehingga nampak ada ketulan tepung yg pekat pada senduk.)
  3. Masukkan 1 sudu makan gula (lebih jika anda suka manis) ke dalam kelongsong daun pisang/bekas dan barulah dituangkan bancuhan lapisan bawah yang masih panas (separuh dari kelongsong). Buat sehingga habis.
Bahagian Atas
  1. Masukkan tepung, garam dan santan kacau sehingga sebati. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga pekat dan likat.
  3. Masukkan adunan yang masih panas ini di atas adunan berwarna hijau tadi.
  4. Biarkan seketika.
  5. Boleh  masukkan dalam peti sejuk untuk mendapat rasa yang lebih nikmat. Rasa lapisan bawah macam lompang, rasa lapisan atas macam tepung talam.

    Selamat mencuba. Bahagia rasanya dapat buat kuih ni. Hihi~

Sekali sekala memasak adalah nikmat yang tak terhingga. Haha~ Tak salah memilih orang yang tak pandai memasak asalkan dia rajin dan ada keinginan nak memasak. Macam siapa ek? Hehe~

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Han: sedap kan.. rasa nak buat lagi la. tak cukup. haha~

    BalasPadam
  2. hey hey..... sedapnya kek.. ;)
    thnx tau share resipi, nanti leh buat ;p

    BalasPadam
  3. Azzah: sama2. ambik dari internet juga then ubah suai sikit.

    yah yah, sila cuba. terbaik dari ladang, berdasarkan pengalaman sendiri =)

    BalasPadam
  4. deyb: aah kek sedap kan.

    tapi resipi tu bukannya kek,sebaliknya kuih tepung pelita la.

    BalasPadam
  5. nia: main campak2 je. then, ajaib pff, jadi. hehe~

    ala, senang je dear. ikut je resipi ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker