Langkau ke kandungan utama

Macam Ni Ke Nak Berkawan




Assalamualaikum.

Entri di bawah adalah penuh emosi. Bencinya. Menyampah betul la.


Berkawan? Memang senang tapi kadang-kadang perlu ikut peraturan/norma budaya jugak.
Ok, aku bagi korang case study.


Kes 1

Ada sorang blogger ni yang suam-suam kuku. Dia singgah kat page facebook korang, dan tinggalkan spam kat setiap satu link blog korang. Tak cukup dengan tu, dia tulis juga kat wall korang suruh korang masuk ke blog dia.

Korang dah kenal dah dia ni jenis nak kan trafik je. Korang pernah masuk blog dia dan komen-komen. Tapi haram dia nak balas balik kunjungan korang. Begini ke cara nak kawan dengan blogger?


Kataku:

Maaf ye, pada aku, bukan begini caranya. Caranya mudah jer, datang ke blog, komen entri. Tapi jangan pula spam link kat ruangan komen. Dapat ke aku, terus padam je. Kehkeh, nampak sangat orang macam tu nak kan perhatian, mental disorder. Annoying, tau tak?

Maaf la ye, aku tak hingin trafik yang entah pape. Aku mahukan pembaca. Bukan follower, bukan pencari trafik.


Kes 2

Tengah malam, korang on line facebook. Then, kawan lelaki yang pernah ada perasaan pada korang, yang dah berkahwin dengan orang lain, yang telah lama tak tegur korang walaupun masing-masing on line, tetiba tegur anda.

Anda mahu menjawab sapaan tu tapi naluri kewanitaan anda melarang kerana :
Adalah tidak wajar bermesej dgn laki orang pada dini hari tatkala sang isteri telah tidur. Semoga masih ada wanita yang baik seperti ini.
_unknown
Anda bukannya tak nak jawab, tapi fikir, kalau la bila dah kahwin nanti ada pula perempuan lain melayan suami anda, mesti geram kan.

Lepas tu, dia jawab pula, dia dah tak de isteri.


Kataku:
Eh, WTHeck.. Macam la aku ni isteri ko ataupun gundik ko yang ko nak bagitau segalanya. Macam la aku nak ko. Kalau kata kawan, kenapa selama ni ko buat aku macam tak wujud?



Aku tengah bengang ni.. Ku sumpah jugak kang. Haha~

Apa pendapat korang pula?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. ak suka juga dengan kejadian diatas..hee..

    BalasPadam
  2. syaz rini: suka? oh no.. tak suka, tak suka..

    BalasPadam
  3. kes ke 3,

    kawan anda cakap, xkan tinggal jejak kat shoutbox je kot? tinggalkan komen sekali, penat2 taip neh hihihihih,

    Kata saya :
    ye.. ye .. sy dah tinggalkan komen kat ruangan komen. heheheh

    jangan marah kui kui kui

    BalasPadam
  4. sokong!
    sembur je org cam2..
    semak jew

    BalasPadam
  5. khairul: nak sembur pun kena ada timing yg tepat jugak. haha~

    BalasPadam
  6. kes 1 sy byk kali kne..tak skee :(

    kes dua pnh jugk..tp xlyn ^^

    BalasPadam
  7. setuju sgt... saya masih baru klu ada buat slp sembur je dpn2 ye :)

    BalasPadam
  8. kes 1 tu mmg selalu terjadi. hehe

    BalasPadam
  9. Ana: sama ye? ha, tiru. gurau je. lalala~

    BalasPadam
  10. nia: ui, tak kan nak sembur depan2.. i still have manner

    BalasPadam
  11. hyz: awak selalu terjadi ke? this is my 1st time.

    BalasPadam
  12. hyz: awak selalu terjadi ke? this is my 1st time.

    BalasPadam
  13. da white: ye ke? nampaknya ramai yg tak suka dan ramai yg buat spam tu..

    kalau nak spam kat page group blogger di fb tak pe, ni page kita pun dia nak spam. lemak r..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker