Langkau ke kandungan utama

Dah Pandai Masak, Boleh Kahwin




Assalamualaikum.
Aku sajikan korang dengan cerpen. Kalau dah cerpen, agak panjang.

"Mana kakak?"

"Duk masak."

"Masak apa tu?" Sapa abang iparku di muka dapur, mengejutkan aku dari lamunan, berkira-kira untuk mengagak sukatan yang tepat meletakkan garam pada sebatian tepung.

"Goreng lauk," jawabku, selindung resipi yang aku mahu masak. Kebetulan ikan sedang dimasak dalam kuali. Abang ipar menghampiri. Dia belek-belek sebatian tepung yang diletakkan atas para lantaran aku perlu mengalih ikan dalam kuali.

"Apa ni?"

"Cucur"

"Cucur ke?" Alah, dia soal pula, tau la dia pandai masak pun.

"Udang goreng mentega", jawabku acuh tak acuh sebab aku sibuk di dapur sekejap ke frigde ambil bahan nak masak. Aku kena cepat kerana sudah masuk waktu Maghrib, nak siapkan makan malam, mandi dan solat.

Dah la sedari tadi lagi aku berjam-jam kat dapur kerana menolong emak membuat kuih. Alih-alih, mak tinggalkan aku seorang menghabis setengah besen adunan kuih. Bukan setakat adunan, kena canai, potong dan canai semula. Kemudian, goreng dan bukakan adunan yang sedang menggeras di dalam kuali.

Ku soal abang iparku seraya mempelawa, suruh makan nasi kat sini. Kalau nak, aku akan masakkan banyak sedikit daripada biasa. Ikutkan keperluan famili aku, dah cukup nasi dan lauk untuk makan malam. Tapi ada tetamu, abang ipar dan parent dia datang. Aku tak sempat nak jenguk pun sebab terlalu banyak kerja nak kena buat kat dapur ni. Perkakas dan kuih tadi belum sempat kemaskan lagi.

Nasib baik ada adik-adikku membantu untuk  mempersilakan mereka masuk dan
menyediakan air minuman untuk tetamu. Mujur dia ada menghulurkan tangan tatkala aku sibuk di dapur.

Apabila sudah siap aku goreng sebatian tepung, ku unjukkan pada abang ipar. Niatku suruh dia rasa tapi dia bawa pergi kepada parentnya pula. Tak pe la, memang niat nak bagi diorang makan pun. Lagipun tak elok la kita masak tapi tak kasi/sembunyi kepada tetamu.

"Wah, sedap." Pujinya ikhlas.

"Kalau sedap macam ni, dah pandai masak, dah boleh kahwin."

Gulp. Mana aku nak cari calon?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. kisah benar ke ni?
    kalau kisah benar tera aahh...bole masak untuk hidang dekat tetamu lagi. saya pon rasanya lom pass, takat makan family sendiri bole la..hehee

    BalasPadam
  2. Cerita ni tentang akak sha ke? hehehe. Minta abang ipar tu carikan calon. kekekeke.

    BalasPadam
  3. girl harus pndai masak
    tidak la suami makan lua.
    kan lbh baik air tgn isteri

    bukan air tgn indon kedai makan ke?
    kekeke

    BalasPadam
  4. awwwwww
    akaaaaakkk shhaaaaa cpt kawin!
    kikiki

    aminnn :))

    BalasPadam
  5. untung lah pndai masak :) niax pndai pom msk kalau hdg dekat tetmu mahu pehsang tetamu

    BalasPadam
  6. untung la pandai masak..
    hahaha=))

    BalasPadam
  7. ecece.. dh pndai msak ^^ *angktkening*

    BalasPadam
  8. calon ramai, pilih je mana nak hehe

    BalasPadam
  9. yeay2!pasni usaha lbh ckit,nti ada la calon yg sesuai. :)

    BalasPadam
  10. bagus bagus..perempuan ni memang kena pandai masak..

    Tiga hari dalam hidup

    BalasPadam
  11. cik sibuk: kisah benar tv3..hehe~ masih belum ada keberanian rasanya nak hidangkan pada tetamu. LOL. haha~

    BalasPadam
  12. raisya: yup.. cerita kak sha. dia pun tak de calon yg sesuai

    BalasPadam
  13. kairul: ya, itulah pengikat kasih sayang =)

    BalasPadam
  14. wow..kalau mcm nie aynie pon dh leh kwen la erkk hihih...=.=

    BalasPadam
  15. aimie: amin.
    nasib baik doakan. kalau kenyataan, mahu makan kasut ni. :P

    BalasPadam
  16. nia: overnya.. belajar la dear. kata ada bf.

    BalasPadam
  17. nia: overnya.. belajar la dear. kata ada bf.

    BalasPadam
  18. baguslah dah pandai masak..perempuan mmg harus bz kat dapur! good satu sikap yg boleh dipuji! :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker