Langkau ke kandungan utama

Dah Pandai Masak, Boleh Kahwin




Assalamualaikum.
Aku sajikan korang dengan cerpen. Kalau dah cerpen, agak panjang.

"Mana kakak?"

"Duk masak."

"Masak apa tu?" Sapa abang iparku di muka dapur, mengejutkan aku dari lamunan, berkira-kira untuk mengagak sukatan yang tepat meletakkan garam pada sebatian tepung.

"Goreng lauk," jawabku, selindung resipi yang aku mahu masak. Kebetulan ikan sedang dimasak dalam kuali. Abang ipar menghampiri. Dia belek-belek sebatian tepung yang diletakkan atas para lantaran aku perlu mengalih ikan dalam kuali.

"Apa ni?"

"Cucur"

"Cucur ke?" Alah, dia soal pula, tau la dia pandai masak pun.

"Udang goreng mentega", jawabku acuh tak acuh sebab aku sibuk di dapur sekejap ke frigde ambil bahan nak masak. Aku kena cepat kerana sudah masuk waktu Maghrib, nak siapkan makan malam, mandi dan solat.

Dah la sedari tadi lagi aku berjam-jam kat dapur kerana menolong emak membuat kuih. Alih-alih, mak tinggalkan aku seorang menghabis setengah besen adunan kuih. Bukan setakat adunan, kena canai, potong dan canai semula. Kemudian, goreng dan bukakan adunan yang sedang menggeras di dalam kuali.

Ku soal abang iparku seraya mempelawa, suruh makan nasi kat sini. Kalau nak, aku akan masakkan banyak sedikit daripada biasa. Ikutkan keperluan famili aku, dah cukup nasi dan lauk untuk makan malam. Tapi ada tetamu, abang ipar dan parent dia datang. Aku tak sempat nak jenguk pun sebab terlalu banyak kerja nak kena buat kat dapur ni. Perkakas dan kuih tadi belum sempat kemaskan lagi.

Nasib baik ada adik-adikku membantu untuk  mempersilakan mereka masuk dan
menyediakan air minuman untuk tetamu. Mujur dia ada menghulurkan tangan tatkala aku sibuk di dapur.

Apabila sudah siap aku goreng sebatian tepung, ku unjukkan pada abang ipar. Niatku suruh dia rasa tapi dia bawa pergi kepada parentnya pula. Tak pe la, memang niat nak bagi diorang makan pun. Lagipun tak elok la kita masak tapi tak kasi/sembunyi kepada tetamu.

"Wah, sedap." Pujinya ikhlas.

"Kalau sedap macam ni, dah pandai masak, dah boleh kahwin."

Gulp. Mana aku nak cari calon?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…