Langkau ke kandungan utama

Apa Ko Tahu Wei, Mabuk La Lu, Bhai




Assalamualaikum.

Aku ada seorang kawan, Ali (bukan nama sebenar). Mula-mula memang aku rapat dengan dia tapi sejak dia tulis dan kritik macam-macam, aku dah mula jauhkan diri. Dia tulis sesuatu yang aku tau tak betul tapi orang macam tu tak boleh nak tegur, pendapat dia je yang betul. Susah la orang macam tu, tak nak buka mindanya.


Agenda politik sempit

Aku tahu ramai orang yang terpengaruh dengan agenda politik sempit, ye la dah media arus perdana yang utarakan. Kalau adil tak apa la, tapi berat sebelah. Yang baik pun dikatakan tak baik. Diorang yang buat tapi tuduh pihak lain. Memang jenis putar alam.


Sebelah pihak

Kita tak boleh dengar sebelah pihak sahaja. Kita kena dengar dua-dua belah pihak. Kata seorang kawanku, kena dengar empat belah pihak, saksi yang adil. See, mana boleh dengar sebelah pihak sahaja.

Lets say, kawan aku si Ali tu hanya dengar dari satu pihak, kenapa dia tak nak dengar satu pihak yang lain? Sumber? Banyak la wei. Di hujung jari pun ada.


Terbuka

Mungkin aku lebih terbuka kerana aku ada kawan-kawan yang terlibat dalam politik ni. Dia mengaku ada ambik rasuah, dia sendiri tak suka dengan cara rampasan kuasa di Perak walaupun dia sendiri wakil cawangan UMNO/BN. (Maaf, nama tak boleh aku sebut, kang susah pula dia).

Bukan itu saja, aku ada kawan yang kerja wartawan. Diorang sendiri bagitau, diorang tahu benda sebenar tapi terpaksa tulis benda yang tak betul sebab yang pegang saham tu adalah BN, kena la tulis selari dengan kehendak majikan.


Kesimpulan

Luaskan pengetahuan anda dengan bergaul dengan ramai orang, dalami apa kata rakyat marhean yang duk di kampung-kampung (bukannya yang pro-kerajaan). Kena dengar banyak pihak. Jangan bias.

 
Pesanan untuk Ali:

Bhai, ko pun belajar sampai university (U). Mesti ko tahu kat U, dah tak ada lagi usul menyokong semata-mata seperti dalam SPM, STPM. Tapi masa kat U, ko kena bangkang balik apa yang diutarakan. Masa ni la ko akan dapat idea yang kreatif. Ko tak ingat ke? Ke ko tak buat assignment (upah orang buat)? Kahkah~

P/s:  Aku tak suka orang yang pro-kerajaan/pembangkang sangat. Diorang dah tak dapat nak lihat  sesuatu isu dengan baik. Tapi ada hati nak mengulas? Hentikanlah, jangan buat orang pening. Dosa pahala jatuh kat orang yang tulis tu.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. saya pon tak suka politik.. memang tak campur

    BalasPadam
  2. org mcm memang x best bwa berbincang.. xleh terima pndapat orng lain.. pelikk

    BalasPadam
  3. Acid: dulu suka, tapi sekarang ni dah tak suka, sebab politik Msia trllu kotor.

    tapi kena tau juga sikit.

    buat entri ni pun dah rasa pening (tak suka entri pasal politik).

    BalasPadam
  4. CKK: ya, setuju.
    tu la, dia je betul..

    BalasPadam
  5. wah , politik ... no cmmnt :D

    nanti kene ISA .ahha

    BalasPadam
  6. masih terikut sifat bebudak lagi...tapi kena tenang kalau nak selesaikan sesuatu perkara

    BalasPadam
  7. l;au tak boleh tgur susah gak tu huhu

    BalasPadam
  8. haha . klaka citer awk . hmm politik sye x minat . tpi sye mnt citer awk .
    apa pon cutenye blog awk . hehe . hmm sye dah follow blog awk . nti tolong follow blog sye leh . hehe . ni link dia http://chibidomokim.blogspot.com/ thanks ^_^

    BalasPadam
  9. Jer: bercakap secara jujur macam kak sha ni tak salah, Jer.

    Kita kena ambil tau jugak.

    ISA dah tak de tapi ganti dgn akta ke__an, kemakmuran ke, apa ntah, tak ingat.

    BalasPadam
  10. Kancil: berfikir secara rasional dan tenang akan membuat jawapan yg terbaik =)

    BalasPadam
  11. bobo: tu la, susah nak bercakap dgn org mcm tu.

    BalasPadam
  12. HJ: tak terfikir pulak. Ali Rustam? Pun boleh.. hehe~

    BalasPadam
  13. Chibi: kelakar ke? haha~ biasa la bila dah pro- krjn/pmbngkang ni, diorang tak nampak sudut lain dah =)

    BalasPadam
  14. politik skrg byk ke arah kepentingan tertentu.


    2 yg org naik muak

    BalasPadam
  15. isu yang bijak dan diolah secara bijak or cerdik oleh kak sha *bukan kipas.jujur

    anip dah biasadengan isu ini. sentiasa diperdebatkan sana sini..last sekali,satu hape tak dapat~ jadilah neutral.tak boleh nak overdose kalau minat sesuatu parti itu tnpa libatkan diri dengan kebenaran sebenar.. ~orang kita ni banyak berkata,sampai minda pon leh tertutup ngan mudah.. bahaya dah tuh.. :)

    BalasPadam
  16. emy: jgan tak ambik peduli, daftar mengundi tu penting tau

    BalasPadam
  17. Anif: apakah isunya? Kahkah.. Jgn layan sangat kesengalan kak sha ni. Haha~

    dah lama buat entri, dah pandai olah topik. =)

    Itulah org kita, terlalu taksub, sedangkan org atas ok-ok je, boleh makan semeja. erm..

    BalasPadam
  18. hehehe :P

    tak minat laa org mcm tuuu..

    jauhkn,yeahhh!

    BalasPadam
  19. haha, dulu ms kecik2 pernah berniat nk amik calon nk berparti. tapi skrg dh abaikan cita2 tersebut!:))

    BalasPadam
  20. mark pitz: aah, mual ya jugak.. haha~

    BalasPadam
  21. Ana: tak minat jugak.. egonya tinggi, kira nk menang je

    BalasPadam
  22. sebab tu la aku tak suka politik err.. betul la putar alam je banyak orng politik ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker