Langkau ke kandungan utama

Semoga Berbahagia di Sana, Ya

Comel saja, Adik Kecik tidur atas sejadah pada 7hb November, Hari Raya Haji kedua

Assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal kucing. Aku tahu cerita ini memang orang akan kutuk. Ah, lantak la..

Malam tadi, aku dah rasa pening kepala. Pukul 3 pagi, aku mohon undur diri daripada kawan-kawan aku. Aku masuk bilik nak tidur.

3.30 am tetiba rasa badan sangat lemah. Ah, aku kena makan. Mungkin lemah sebab aku skip makan siang tadi. Dalam duk fikir, kalau aku tidur sebab terlalu mengantuk ni, dapatkah tubuh aku memberi aku tenaga untuk beberapa jam lagi sedangkan ianya tak ada? Non sense je kan.

Jadi, aku ambik keputusan untuk makan. Pergi dapur dan selongkar apa yang ada.

3.40 am layan lagu dan surah yang ada dalam handphone kesayanganku ini. Tetiba teringat pada anak kucing yang baru meninggal. Aku diserang kesedihan. Mutiara jernih dah membasahi pipi.

4.15 am Mula-mula malas la nak tengok dia. Kemudian tetiba rasa nak sangat tengok Adik Kecik (anak kucing yang mati), takut menyesal nanti.

Dalam mengantuk tu, aku pergi ke sangkar Adik Kecik. Kucing yang lain, kerumun melihat reaksi pelikku. Aku tak pedulikan mereka. Aku lihat dia, tubuhnya yang mula dihurungi semut kecil. Mencurah-curah air mata.

"Adik Kecik..""Adik Kecik.."
"Adik Kecik.."
"Adik Kecik.."

"Aku akan rindukan kau."

Memang menangis giler la waktu ni. Aku usap kepalanya. Lembut bulunya seperti selalu. Syahdu.

Aku balik ke bilik. Nak tidur. Ingatanku disapa oleh kenangan gambar Adik Kecik yang aku ambik. Aku belek-belek gambar dia. Dia tak pernah tahu aku mengambil gambar itu kerana dia sedang tidur. Sekali lagi aku tak mahu rasa rugi kalau menyesal di kemudian hari tidak menunjukkan gambar itu kepadanya.

Aku pergi ke sangkar Adik Kecik. Aku unjukkan gambar dan bercerita di mana dan bila aku ambil gambar itu. Aku tahu, rohnya masih ada di situ.

"Semoga Adik Kecik bahagia di Sana, ya,"

4.30 am Aku balik semula ke bilik. Tangisan masih lagi berlagu.

5.17am Masih lagi menangis. Bila saja mata mahu terlelap, ingatan pada Adik Kecik menjelma dan air mata masih mahu mengalir. Syahdu gila. Sedih sangat.
Lepas subuh, pukul 7 baru aku dapat lelapkan mata. Bangun, mataku dah bengkak.


Adik Kecik tidur dengan kakaknya. Comel je formation diorang, kan? =)


Kenangan


23hb- Adikku memarahi kakak kepada Adik Kecik kerana berebut menghisap susu dan menindihnya. Adik Kecik sudah demam.
24hb- Adik Kecik nampak lemah. Aku ambik dia dan bawa ke dapur untuk makan. Adik Kecik tidur lama-lama, tak bangun, tapi ia jaga. Kesian aku melihatnya.
25hb-Nampak ia tidur dalam sangkar. Tak nampak ia jaga pun. Nyenyak saja.
8pm-Adikku kata Adik Kecik dah mati. =(


Perasaan pemilik pet


Begini rasanya perasaan haiwan peliharaan (pet) meninggal. Rasa tak nak tidur. Aku tak sihat tapi masih ada rasa tak nak tidur.

Seingatku, aku tak pernah begini untuk binatang. Mungkin aku rapat dengan Adik Kecik. Adik Kecik tak buat masalah pun. Ia juga tak suka bunyi, mengiau. Jarang sangat la dengar ia menyiau. Itu yang aku suka, kucing yang kurang mengiau.

Ia suka datang dan naik untuk tidur atas pahaku. Bila aku tak bagi, ia pandang mataku lama-lama. Tersentuh hatiku, aku bagi jua ia tidur di pahaku.

Ia lahir di atas katilku, yang mana aku bagi privilage terus untuk menetap di situ (sebab aku geli dengan anak kucing). Tiga bulan sahaja usianya, kecil saja tak macam kucing yang lain.

Adik Kecik, semoga berbahagia di sana, ya. Berapa kali aku nak ulang ayat ini, aku tak kira. Aku tahu, Adik Kecik akan bahagia di syurga sana. Binatang tak ada dosa, apatah lagi seusia tiga bulan, terus masuk syurga.

Adik Kecik, tunggu aku ya. Nanti kita jumpa lagi.

Aku mula merindui Adik Kecik. Sunyi je rasa tanpa Adik Kecik hari ni. (Crying).

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. adik beso kate "semoge die bahagia disane. jangan bersedih ye? mungkin akan ade adek junior kecik menggantikan adek kecik yang sudah tiada nieee." ;) seyummm

    BalasPadam
  3. aku pon dulu sedih giler kucing aku mati dan hilang. sobs

    BalasPadam
  4. miow sy pon bru jea mati..
    lebih kurang je rupe "nour" ngn adik kak sha...

    BalasPadam
  5. Sedih tengok ayah buang kucing den..
    melelah air mata...

    adik beradik yang lain tgok diorang gelak je.. HAMPEH !

    semoga bhgia di sana !

    BalasPadam
  6. sedih nya yanggg ;'(
    even i takot kucing,tersentuh baca cite ni.
    hmm.sabar ye.dah ajal.moga dia baik baik di sana.
    jangan nagis,tak elok

    BalasPadam
  7. mcm nak lebih besar dr mak dia da..hehe

    BalasPadam
  8. Ain: tq dear =)

    mungkin akan datang tapi ia takkan dapat ganti Adik Kecik.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Azri: a ah kan..
    this is my time to mourn like that. Sobs. =(

    BalasPadam
  11. Alooo, ciannya adik kecik. Semoga ia bahagia di sana~ (':

    BalasPadam
  12. Halimatun: erm, sedih..
    rupa sama ya =(

    BalasPadam
  13. Peyan: kucing kite kena buang, sedih kan..

    amin.. =(

    BalasPadam
  14. syafiqa: tersentuhkah?
    kite sedih..

    semoga Adik Kecik bahagia di sana.

    Sekarang ni asyik nangis je. Nanti2 ok la. =)

    BalasPadam
  15. biar dia bahagia di sana..

    tetiba sebak gak..teringat kucing d rumah...sob3..

    BalasPadam
  16. dulu gua ada kucing.
    tapi masa nk pindah family gua tak bg bawak dia. =(

    BalasPadam
  17. sedih..

    pernah juga bela kucing time sekolah rendah dulu..bila kucing mati, kite nangis juga..:)

    BalasPadam
  18. Ijam: ko tengok yang mana weh?

    Adik Kecik tu warna brown.

    BalasPadam
  19. Raisya: Adik patut kesiankan Kak Sha la.. Adoi~

    Amin.. Semoga Adik Kecik bahagia di sana =)

    BalasPadam
  20. Ila: ya, tapi masih sedih terutamanya rasa sunyi je hari ni dia tak ada. Mak dia pula tercari-cari dia. Sedih..

    maaf, mengingatkan awak kepada kucing di rumah.

    BalasPadam
  21. Puan: alamak, bukan nak buat puan sedih..

    erm, dah lama kan puan..

    BalasPadam
  22. Sis bui: bagus juga tak bela, tak payah rasa sedih bila kehilangan..

    BalasPadam
  23. aww, kucing dayana pun pernah hilang tiba-tiba..
    be strong okehh.

    BalasPadam
  24. dah selalu sgt nangis psl kucing ni,,tp bila pikir balik,,kita tk pyhla terlampau syg sgt takut nanti bila kehilgn tu trauma teruk plak,,huhu,,

    BalasPadam
  25. siapa yang pernah lalui macam ni mesti akan terasa kehilangan...

    BalasPadam
  26. PM: ye ke.. meh berkabung, eh bergabung. Hehe~

    BalasPadam
  27. Miss Ina: this is my 1st time.

    hari ni dah ok dah. =)

    BalasPadam
  28. Ezad: ya, siapa yang laluinya sahaja yg faham =)

    BalasPadam
  29. betul.. kalau tirah pun, tirah nangis berhari-hari..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker