Langkau ke kandungan utama

Terkejut dengan Pemergianmu

Assalamualaikum.
Selamat hari raya.



Terkejut aku hari ni apabila mendapat perkhabaran buruk daripada adik-adik kesayanganku di UUM, bebudak persatuan. Pesanan yang dibawa adalah Mantap YDP PSSCM UUM, Sallehudin Mat Lazim telah kembali ke rahmatullah. Ya ALLAH, patut la aku rasa lain je bila nak dia komen dalam group fb PSSCM UUM, bebaru ni. Tapi, aku tak tegur.


Tak percaya

Malam tadi, aku sudah mahu melelapkan mata sebentar akibat tak tahan sakit kepala (sedih sebab kehilangan arwah juga). Tapi bila dengar berita Buletin TV3 -kemalangan dan nama yang disebut adalah rakanku, aku terus bangun dari katil dan cakap, "kawan aku tu," sampaikan kakakku berasa hairan, tetiba saja aku keluar bilik dan cakap macam tu.

Aku tak maklumkan pada dia tapi aku bagitau pada adik-adikku. Diorang faham la bila aku sebut "kawan aku tu".

Kakakku yang kehairanan bertanya, "ye ke mati?"
"Ye la."
"Sallehudin tu kawan ko ke?'
"Ya. Memang kawan, kawan-kawan dah bagitau tadi pasal kematiannya."
"Ye ke mati?
"Iya la, tu dah keluar tv. Din budak persatuan- budak silat. YDP"




Aku tak pernah berada dalam era pemerintahan (pengurusan, er apa ayat  yang sesuai), ha kepimpinan beliau (Din). Tapi, aku kenal dia bersama teman rapatnya Fitri (Fit), diorang budak persatuan yang aktif dan junior aku. Aku aktif? Boleh la, tak la aktif sangat tapi YDP, MT semua kenal aku walaupun ada yang tak tau nama tapi muka cam.



Diorang (arwah Din dan Fit) bebudak junior aku yang aktif dalam persatuan, no wonder la aku kenal diorang. Haha~

Pasal arwah Din, dia memang seorang yang kelakar dan ada bakat kepimpinan. Cuma aku terkejut la bila dapat tau Din dan Fitri jadi orang penting dalam PSSCM. Means, orang yang aku kenal. Ingatkan kot-kot la sape-sape yang datang dari diploma ke yang pegang tampuk kepimpinan.

Aku dengar cerita daripada Syikin (Timbalan Pengarah Projek USR di USM), Din ni okay sangat, kelakar. Aku dengar cerita daripada adik-adik junior,diorang sangat menyenangi Din. Diorang kata Din bawa cara kepimpinan yang berbeza daripada YDP yang terdahulu. Ya, memang aku akui, berbezanya cara kepimpinan. Dan Zul, YDP sekarang ni pun okay. =)

Aku masuk PSSCM UUM sejak di bawah kepimpinan YDP Abang Faizal, Abang Dos, Hedir. Din je aku tak pernah (pernah pun sekali jer) dan Zul.

Aku tak ingat ayat ni dari siapa. Tapi memang biasa dengar dalam persatuan

MELAYU ITU PENGEMBARA LAUTAN.
MASUK KANDANG HARIMAU BAWA KELUAR JADI KUCING.

berita 1- pengesahan dari PSSCM
berita 2- gambar kemalangan

Semoga arwah Din dirahmati dan bersemadi dengan tenang di sana. Jom sedekahkan al-fatihah kepadanya. Al-fatihah.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.


Ulasan

  1. la yekeee
    eksiden ke kak
    aduhaiiii

    sy yg bace pon sedih
    kawan yg kita kenal kan
    emm3

    xpela kak..ajal maut di tangan tuhan kan..
    doakan yg terbaik buat arwah ye kak..

    alfatihah buat arwah..

    BalasPadam
  2. al-fatihah..
    sama2 la doakan tergolong dalam golongan yang beriman..
    saya pun pernah macam tu..
    kawan masa sek rendah..

    BalasPadam
  3. Aimie: a ah, excident.
    sedih juga kehilangan mengejut.
    amin, semoga di tempatkan dalam golongan orang yang beriman

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker