Assalamualaikum.
Fikiran aku tak menentu saat aku menaip ini. Ada sedih, ada sedikit pengharapan.
Aku menulis entri ini untuk seorang yang aku amat rindu. Aku tahu, aku salah dan dia membenci diriku. Bayangkanlah orang yang kita amat sayang, membenci diri kita. ;( *tears rolling.
Awak, ya perangai saya sangat teruk. I am so bad. Saya boleh cakap macam tu pada awak, malam tu, kan? Tak patut. Memang tak patut.
Sedangkan sebelum ini, awak selalu berada di sisi saya, menyokong tindakan saya dan menenangkan saya.
Saya tak percaya ianya akan berlalu begitu sahaja. Tapi apabila awak cakap awak serius, air mata saya meluru turun. "Takkan semudah tu?"
Tapi awak buang saya semudah tu je. Ya, saya tak berguna. Awak benci saya. Jadi, awak boleh buang saya sesuka hati awak saja. Awak langsung tak ingat pada saya.
Awak juga larang saya cari awak lagi. Ya, saya memang akur. Sebab saya takut dan hormatkan awak. Mungkin ini awak tak tahu, memang saya hormatkan awak. Cuma awak sahaja yang tak tahu.
Saya tahu awak membenci saya. Saya tahu awak terasa dengan entri tu.
Teruskanlah membenci saya kerana kesalahan saya ini.
Hanya satu saya minta, maafkanlah saya. Saya akan pergi (eh, memang saya sudah pergi) dari hidup awak.
Jadi, saya mohon, jangan rindu saya lagi. Jangan ingat saya lagi. *Saya dapat rasa awak rindukan saya, saya jadi sedih sangat. Saya tahu awak tak kisah pun semua ni. Saya tahu awak menyampah dengan saya. Jadi, biarlah saya hidup tenang.
Awak boleh bahagia dengan perempuan lain. Saya doakan awak. =)
Saya cumalah seorang perempuan biasa yang tiada apa-apa keistimewaan. Saya tak pernah menyenangkan hati awak. Saya tak pernah menggembirakan awak. Saya tak pernah menghiburkan awak. Saya buat baran awak naik je. Tentulah awak menyampah dengan saya. Saya tahu awak benci saya.
Jadi, tak perlu cari saya lagi kerana saya tak berguna. Saya teruk. Saya perempuan perangai huduh. Saya tak sedar diri. Awak meluat dengan saya, awak menyampah dengan saya.
Terima kasih untuk segalanya.
Saya nak tengok awak kahwin dulu daripada saya.
Ok, awak nak kutuk saya, kutuklah.. Awak nak maki saya, makilah. Sebab saya memang layak terima semua kutukan, makian, hinaan, kejian daripada awak. Sebab awak benci saya, saya tak berguna.
Untuk lebih tag dan link yang berkaitan, baca ini.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.
Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.
:(
BalasPadam;(
T_T
tabah, bagus. teruskan hidup. bungan bukan sejambak, kumbang bukannye manusia
BalasPadamape y akk pikir tu , kdg2 sy pun pkir mcm tu , btpe xbgune nye saye , sllu wat dy x tenang , hmm ntala kak , tp mgkin stuasi kite xsame ,
BalasPadamakk mesty kuat , kite mmpu :))
Allah masih sayang..., simpan kamu untuk jauh yg lebih menghargai kamu..insyaallah, tabah yer :)
BalasPadamaku ada, hehe :p
BalasPadamHave a SUPER week !
BalasPadamT__T
BalasPadamseperti yang anip cakap,buang yang keruh..ambik yang jernih..
BalasPadamsetiap apa yg berlaku ada hikmah kan ?
tak encem la akak sedih2 .hehe
xmo la sedih2 kak sya...
BalasPadamjom cari jejaka yg lebih baek..
kak sha...u need to calm. i think, u can discuss with him. slow talk with him. but, kalu kak sha dh tekad x mao cntct2 lg ngan dya, so kak sha, u need to try forget him. let bygones be bygones. u can find n meet other guy that much2 better than him.
BalasPadamanyway, stiap apa yg brlaku mmg ada hkmahnya, kak sha. muhasabah diri, kak sha... :)
waaaaa..sabo2...........
BalasPadamrebellion: terima kasih.
BalasPadamsuka pepatah tu. haha~
el: tak sama.
BalasPadamterima kasih Erl cayang =)
najwa: tq sayang =)
BalasPadamAzri: aku suka ayat ko. ko la kawan aku susah dan senang =)
BalasPadamtq beb =)