Langkau ke kandungan utama

Perlawanan Mendebarkan, Yess Menang




Assalamualaikum.

Aku berdebar-debar tengok perlawanan bola sepak tadi. Perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia, mencari tempat emas dan perak. Malaysia menurunkan skuad Harimau Muda (23) di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swie.

Sungguh, perlawanan ini amat mendebarkan. Jantungku pun kuat berdebar. Tak henti-henti serangan daripada kedua-dua belah pihak. Al-maklumlah, dua-dua kuat sebab layak ke final. Semi final bertemu dengan Myanmar pun terasa Myanmar tu kuat apatah lagi bila bertemu pasukan jaguh.

Best juga tengok perlawanan ni, sebab pada minit kelima sepak mula, Indonesia sudah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gawang gol Malaysia. Mula nampak muka pemain Malaysia stress bila percubaan mereka tak dapat membuka ruang ke gawang pihak lawan, tetapi semakin kuat asakan ke kubu pertahanan Tumpah Darahku.

Keadaan kembali tenang apabila gol penyamaan disudahkan oleh pemain Malaysia (siapa ya?)pada minit ke 35. Dah tak ada stress ketara lagi. Indonesia pun mula menyedari pertahanannya kurang mantap.

Perlawanan kali ini, Indonesia banyak menyerang. Tapi hingga tamat ke minit ke 90, tiada pasukan yang menang, masih terikat 1-1. Maka masa tambahan diperlukan. Bermain di masa tambahan, masih juga buntu mendapatkan keputusan. Oleh itu, perlawanan perlu disudahi dengan tendangan penalti.

Tendang penalti ini pun cukup mendebarkan. Alhamdulillah, Malaysia menang.



Aku suka tengok captain pasukan Malaysia, cool jer. Mana-mana captain pun akan selalu cool macam Safiq Rahim, tapi kali ini, nampak Baddrol Baktiar lebih cool, sweet gitu. Bayangkanlah stress bermain di depan 100,000 penyokong Indonesia, pemain pun stress terutamanya nampak pada Tamil. Tapi Tamil, Fadhli Has, banyak membantu menjaga daripada keadaan bahaya di gawang gol Malaysia.

Khairul Fahmi pun okay, beraksi cemerlang walaupun melepaskan 3 gol (2 tidak dikira kerana offside) dan satu tendangan penalti. Mula-mula main tu jer, dia jadi gelisah sikit. Nasib baik tak lama kemudian, dia tenang semula =)

Suka tengok Nazmi (17 tahun) yang terpaksa tangguhkan exam SPM yang rancak berlangsung sekarang ni semata-mata nak bantu Malaysia. Comel je budak ni =)

Perasan muka Fandi no 17 kalau tak silap, macam blogger yang meningkat naik la, Khairul Azri yang lebih popular dengan nama Sergeant Keroro.

Tengok bola kali ini, hati berdebar-debar, menjerit juga kadang kalah bila keadaan cemas. Memang boleh hilangkan stress. Hehe~ Terapi tu. =)

Alhamdulillah, Malaysia menang dengan penyudahnya Baddrol menyepak bola yang nampak seakan tak masuk tapi yes, bola bergolek ke pintu gol. Malaysia Menang Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea ke-26 dan berjaya mempertahankan kejuaraan ini. =)

Kali ini, Indonesia dan Thailand harus percaya Malaysia kuasa bola sepak di rantau Asia Tenggara sekarang ni =)


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. awk minit ke 53 ke malaysia gol??
    silap ler..
    hehehehe

    xper2 yg pastinye bile baca nie air mata saya deras mengalir...
    memang terbaek harimau muda kte...
    terima kasih player2 harimau muda...

    BalasPadam
  2. Ijam: Dia saja nak buat suspen.. Tapi, dia yang terlebih dahulu berlari gembira.
    This is awesome, wei =)

    BalasPadam
  3. Acai: dah betulkan.. keliru sebenarnya. hihi~

    memang harimau muda kita terbaik. Awesome wei.

    eh, awak menangis? Kenapa? Syahdu dengan entri saya ke? Perasan! mesti awak rasa syahdu sebab M'sia menang, kan =)

    Yang Penting Kite Enjoy =)

    BalasPadam
  4. kak bui dan hubby melompat2 hepi mlm tadi..nasib baek anak dh tidur kalau tak mesti dia org heran kenapa mak bapaknya melompat2..kekeke

    tahniah Malaysia..yuhuuuuu..hepiii

    BalasPadam
  5. siapa tak bedebar wey.. cuak gila hahahahaha

    pemain2 malaysia mmg hebak dan cool..
    tahniah malaysia.. bangga jadi rakyat malaysia..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker