Langkau ke kandungan utama

Membebel Sajalah Kerjanya




Assalamualaikum.

Aku nak membebel je entri ni. Hehe~

-Parent aku masih berada di negara Arabs. Alhamdu lillah, sampai seru kedua ibu bapa tercinta ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji dan umrah. Aku bila lagi? Teringinnya sampai ke bumi tempat lahir Nabi s.a.w. Parent aku akan balik 29hb Nov, 2011, dijangka pukul 10.30 malam sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan pesawat KT49.

Rindu juga nak bertemu dengan kedua ibu ayahku. Nak ngadu? Tak ada apa untuk aku adukan. Aku jenis tak reti nak adu domba. Aku jenis lurus bendul. Aku tak cakap jahat pasal orang walaupun tahu dia jahat. Maaf, ini bukan tempat untuk aku angkat diri masuk bakul eh terbalik, masuk bakul, angkat sendiri.. Aku cuma meluahkan rasa.

Tak perlulah nak lemparkan tuduhan yang meragut ketenangan jiwaku. Aku tak kacau sesiapa, jadi tak perlu kau kacau aku.

- Oh ya, mak ayah aku akan sampai. Jadi, aku kena kemas rumah lagi. Harap-harap esok secerah hari ni sebab luas juga rumah aku ni nak kena kemas. Aigoo, siapa nak tolong aku ni? Masa kenduri nak ke tanah suci, sekeluarga aku letih teramat. ('sekeluarga aku' bukan 'aku sekeluarga' membawa maksud aku belum bekeluarga. Hehe)

Bayangkanlah, 5 hari bertungkus-lumus dari dalam rumah, dapur (paling banyak spend time), bilik air, luar rumah. Gila weh, kenduri kahwin pun tak seletih ni dan ini adalah kenduri yang ever letihnya. Aku pula jenis tak reti tidur awal (burung hantu), jadi kena bangun awal (tak leh tidur dah) menyebabkan aku sangat-sangat letih dengan tidur yang tak cukup. Aku sempat tidur 13jam untuk 4 hari. (Manusia perlu tidur 6-8 jam. 13 jam bahagi 4 hari = 3.25 jam sahaja! I really damn need a rest).

Sebab tak cukup tidur dan keletihan juga padahnya aku terima.  Jari telunjukku melepuh akibat aku sentuh periuk panas.  Masak dagingnya. Sedih wei lihat jari ni. Deria rasa (sentuhannya) pun kurang. Pijar je rasa.

-Mak ayah balik, kakakku pula akan bercuti 10 hari. Makanya aku kena kemas bilik tidurku. Rumahku tak besar. Eh, tadi kata besar. Besar juga. tapi tak banyak bilik. Ada 4 bilik. 1, untuk adik lelakiku. 2,  untuk adik-adik perempuanku, 3, untuk parentku. 4, untuk kakakku yang akan pulang nanti sebab dia nakkan privasi dan nak tidur awal.

Disebabkan aku tidur lambat, maka aku la jadi 'mangsa'. Tak pe la, tak kisah pun. (Hormatkan tetamu tu lebih penting). Dapat berada dalam keluarga ini pun aku dah cukup bersyukur. Eh, kenapa rasa macam anak angkat pula? Tak la, aku anak kandung. Tak leh lari mana lagi, muka macam mak, perangai macam ayah. Haha~

-Aku jalan lagi dan terjumpa blog kawan mayaku. Orangnya kacak. Tak tahu pula yang dia ni dulunya berisi. Sumpah, masa dia berisi dia adalah seorang yang langsung tak ada rupa tapi bila dia kurus, pergh, cair aku. Haha~ Tackle him? Mahukah dia dengan aku? Kahkah.

-Misi mencari masa depan semakin mendesak sekarang ni walaupun aku cool jer. Aku malas nak fikir sangat. Ye la, dah tak ada calon. Entah kat mana aku nak cari pun tak tau. Takut pun ya juga, ye la semakin ramai orang jahat. Ah, pemisifnya aku.

-Seriously, aku teringat-ingat balik kenangan lama. Kenapakah? Menyesal? Tak baik menidakkan takdir yang telah tersurat. Lagipun aku tak ada buat salah apa-apa.

P/s: Kucing 'adik kecik' aku gelarnya, dah mati malam tadi. I'll miss u.  Sedih.. :(

P/s: Aku tahu blog aku tak cantik. Entri aku tak best. Jeles juga tengok blog orang lain. Tapi dah ini je aku mampu. Bersyukur je la. =)

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Adik sama dengan akak sha, jenis tidur lewat dan bangun lewat. Miahahaha!

    BalasPadam
  2. wow pnjg nyeeeeeee....penat bce..mmg membebel betol nie..hikhikhik...=p

    BalasPadam
  3. Aini: dah nama pun membebel, mesti la panjang. haha~

    BalasPadam
  4. simple tu nice lahh. best nyee.. ain nak air zamzam. leh x? bia cerah ckit hati nie.. aigooo !

    BalasPadam
  5. blog dah entry dah secantik orangnye. Kesederhanaan. Tu yang penting. heheh selamat berhujung minggu

    BalasPadam
  6. Wahh dah nak balik dah ye parents.. huhu.. Dayana pun teringin jugak nak pergi umrah.. Bestnyaa.. Bila lah rezeki nk pergi sana ni..

    BalasPadam
  7. perempuan memang suka membebel, hehe

    BalasPadam
  8. Ain: simplicity is the best virtue. tapi dah nama membebel, panjang la. haha~

    Nak air zamzam? Datang rumah.

    BalasPadam
  9. Acid: aduh, ni puji ke perli? Kahkah.

    Ye la, sederhana.. =)

    BalasPadam
  10. Dayana: kan kan, teringin nak turun sana =)

    orang kaya boleh la pergi buat umrah. kite nak buat haji terus la. =)

    BalasPadam
  11. Azri: ye la.. aku ngaku aku perempuan. tapi aku jarang membebel. Chill sudey~ Hehe~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker