Assalamualaikum.
Aku rasa ada eloknya aku kongsikan pada korang pasal wanita dibenar letak syarat halang poligami. Aku yakin ramai yang tak tahu pasal penambahan pada lafaz taklik pertahan kebajikan isteri.
Kuala Lumpur - Wanita boleh meletakkan syarat tambahan, termasuk tidak membenarkan suami berpoligami atau melarang isteri bekerja dalam lafaz taklik memastikan kebajikan dan nasib mereka selepas berkahwin terjamin.
Tidak disedari
Syarat tambahan itu yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Keluarga Islam adalah antara perkara yang dibenarkan tetapi tidak disedari kewujudannya hingga menyebabkan kebanyakan wanita yang ingin berkehawin hanya merujuk syarat dan perjanjian yang ada pada Surat Perakuan Nikah.
Lafaz taklik pada Surat Perakuan Nikah lazimnya hanya meliputui syarat yang membolehkan isteri memohon cerai sekiranya suami tidak nafkah selama empat bulan terturut-turut atau lebih, suami meninggalkan isteri tanpa sebab dan suami mencederakan dan menyakiti isteri.
Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dr Mohd Na'im Moktar, berkata syarat tambahan itu dibenarkan namun jarang digunakan kerana wanita tidak mengetahui atau didedahkan mengenainya.
Hak isteri
Katanya, syarat tambahan itu juga tidak boleh disalahanggap kerana ia hanya bertujuan untuk menjaga kebajikan isteri daripada penganiyaan suami selepas berkahwin.
"Ini bermakna syarat yang ditetapkan wanita itu adalah jaminan kepada mereka khususnya yang bekerjaya dan berpendidikan tinggi untuk menetapkan syarat boleh terus bekerja walaupun selepas berkahwin sebagai jaminan.
"Mungkin ada yang mempersoalkan jika wanita meletakkan syarat suami tidak boleh berpoligami kerana hukumnya harus bagi yang berkemampuan, namun kita perlu ingat, ia sudah dipersetujui kedua-dua pihak dan lelaki perlu patuh kepada janji yang wajib berbanding poligami yang harus," katanya kepada Berita Harian.
Sumber: Berita Harian
Aha, boleh letak syarat supaya suami tak poligami rupanya. Baru tahu.
Apa komen korang? Komen sikit..
Aha, boleh letak syarat supaya suami tak poligami rupanya. Baru tahu.
Apa komen korang? Komen sikit..
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
huuu,xnk lgsg bole ?huuu
BalasPadampoligami..?oh tidak,nauzubillah..
BalasPadamsha..kak bui sebenarnya dh letak blog sha dekat bloglist kak bui tapi yg peliknya keluar blog lain..tajuk blog tu Q Who..?
dh beberapa kali kak bui cuba tp masih jugak mcm tu
tpi dun worri,nnt kak bui try lagi ea..
lelaki sering guna alasan ikut sunnah nabi, sdgkan sebenarnya hanya ikut nafsu..emo * haha
BalasPadamAna: tak nak apa?
BalasPadamSis Bui: Memang patut dan dibolehkan wanita untuk membuat syarat lafaz taklik macam tu kan? =)
BalasPadamBlog Sha mengalami masalah sikit. Harap bersabar ye.
Sis: itu la..
BalasPadam